Restoran Zie’s Corner Kuala Terengganu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Malam jumaat yang lepas, cik tom dengan adik-adik cik tom keluar jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu. Mula-mula ingat nak pergi makan kat Kedai Lempeng, Marang tapi tak jadi sebab nak pergi bandar Kuala Terengganu nak tengok I-City Terengganu. So, alang-alang baik makan kat area sana terus. Kitorang pergi makan western food kat restoran Zie’s Corner di Pulau Kambing, Terengganu. Kat kawasan ini juga dikenali sebagai Kuala Terengganu Waterfront macam gambar kat bawah ni;
Kitorang pergi semua 5 beradik perempuan. Ajak ayah dan emak tapi diorang tak nak pergi. Suruh bungkus je sebab penangan drama tv3 “Bunga-bunga Syurga”. Kitaorang order chicken chop, grilled chicken, omelette cheese, carrot juice, apple juice shake, mango juice shake dan chocolate shake. Bagi cik tom harganya berpatutan dengan jenis masakan ala barat.
Kitorang kali pertama juga pergi ke sana. Alhamdulilah semuanya baik. Servis pun pantas je ambil order dan siapkan makanan walaupun orang ramai tak putus-putus datang. Makanan yang paling sedap ialah chicken chop. Yang lain oklah sedap juga. Jus buahan-buahan yang paling sedap. Cik tom minum jus carrot memang sedap dan harganya RM2.50. Kalau nak jus carrot shake RM3.50.
Adik kedua bongsu cik tom, faseeha sangat berselera makan chicken chop. Siap tak cukup minta makanan kitorang lagi. hehe… Adik cik tom yang ini memang suka makan.
Masa cik tom pergi malam so gelap tak nampak sangat pemandangan laut dari restoran zie’s corner. Cik tom google dan jumpa gambar dari flikr untuk tunjukkan pemandangan dari restoran.
Cik tom bagi 3.5 dari 5 bintang untuk prestasi servis dan makanan untuk Zie’s Corner. Pada yang melawat Terengganu boleh mencuba makanan di sini. Terengganu Bandaraya Persisiran Pantai. Bandaraya Cantik Budaya Menarik. 🙂
Sharing is caring
Tahun ini tahun melawat Teganu
tahun ni ke akak?? cik tom dengar tahun 2013 tahun melawat terengganu..
rasanya mmg tahun dpan, tahun ni tahun melawat perak, kan? 😀
tue la..cik tom baca paper mmg tahun 2013 tahun melawat terengganu..tahun ni melawat perak..
Sudah lama tidak ke Terengganu. Selalu cari keropok lekor dan makan buah durian yang murah disana.
keropok lekor memang identiti negeri terengganu..
Best nyer makan tepi pantai ker?
aah restoran ni sebelah pantai.
sungguh menyelerakan. lapar dibuatnya.
boleh cuba kalau singgah ke terengganu.. xpun cari je mana2 western food di sabah..hee
sy pn selalu mkn kt situ cik tom..sy org tganu..ccceeeedaaapppp!!!!!..jum reramai mai tganu…
rupanya rami blogger terengganu..baru tau..heee..
negeri paling cantik semestinya ganu…:)
terima kasih akak..datang ke sini roger2 la..
yup.. zie’s corner.. chicken chop nye yg best..sy slalu gk ke stu.. sbb sy org tganu..hehe 🙂
owh orang terengganu juga ke..hehe…ciktom suka chicken chop situ best..air buah pun sedap n murah..
Eh, ciktom duduk kat ane ni?
Nampak cam sedap jer…hehe. InsyaAllah lehla bawak ibu tersayang nanti ke sana.
Cik Tom pernah ke kedai roti tempayan kat pantai kelulut tak?
Negeri cantik, orangnya kacak dan anggun belaka seme =)
cik tom orang terengganu..hee.. nape bro hafiz ni orang terengganu ke??
kedai roti tempayan kat kelulut xpernah pergi pulak..
kalau best nanti cik tom menyusul ke sana..hee
oooo…sekapal lah kite ning…tak sangka pulak
saye jugak anak jati terengganu…hehe
roti tempayan kat situ, mmg sedap…mesti cuba.. 😀
hehe… owh xtau pulak anak jati ganu jugok.. ramai jgk yg komen dlm entry ni bgth diorg trg.. blh buat gathering blogger ganu lain kali 🙂
kedai roti tempayan tue nama apa ye?? nanti cik tom nak gi.. cik tom org marang je..hee
ooooh….orang marang…dekat sangat doh ning..hehe
dok ingat pulok nama kedainya..hehe…tp kedai tu sebelah kanan (kalau dari marang ke dungun). mmg sebijik tu jer yg jual roti tempayan belah kanan.
lembut jer roti tu…fuhhhh!
mmg dah dekat…ciktom dah masuk kerja kat negeri sembilan dh skang..xsmpt nak pergi kedai roti tempayan tue..maybe lain kali..hee
perghhh!sedapnya tgk makanan tu. hikhik. blh la singgah nnti ye.
jalan-jalan ke negeri terengganu boleh la cuba makanan sedap kat sini..
terliur juga melihatnya.. 🙂
boleh cuba bila melawat terengganu nanti ye..
wah sedap nak satu cik tom hee..lapar2
memang sedap cik tom.. berselera kitaorang makan.hehe
hari sabtu nie nak pergi ke kuala terengganu.
boleh la singgah ke restoran zie’s corner pi makan2..tapi lagi best makan nasi dagang n keropok lekor..identiti negeri terengganu..
fulamak sedapnya!
kuat betul ciktom menternak lemak ya…haha
p/s: tak tahu pulak trengganu ada i-city..kena pegi ni..
hahah..nak ikut cik epal ternak lemak..
kat terengganu ada i-city..bakal menyusul dalam entry akan datang..hee
Icity terengganu? Macam pelik je.
Zie corner ni mcm pernah dengar je. Femes ke?
I-city terengganu memang ada..tungguuuu entri bakal cik tom publish esok or lusa..
zie corner ni femes kat terengganu..tahun 2009 dah ada..cik tom je baru pergi..hee
amboi. kuatnya dia makannnn..
kena kuat makan baru membesar..hehehe
cik TOM org ganu ke??hehhehheee
aah cik tom org ganu..nape cik mala ni orang ganu juga ke??
tengok macam boleh tahan sedap. mybe kalau ade yg belanja jadi lebih sedap. orang kata, makanan free ni sedap. 😛
haha… mmg semua makanan free sedapp…
Lama sudah tak ziarahi KT..kerja kat KT dulu jer suka jalan-jalan KT..macam2 dah terjadi dekat KT..adusss jalan pun makin pening jer rasa…hehe
oh pernah kerja kat KT ek.. maybe pening sebab makin lama makin banyak jalan yang jadi sehala kot..
wah sedapnyee
rasanya memang sedap..
memang tengah cari tpt makan sedap di kt
Jom baca entri terkini kak ina kl …Jomlah Join Contest Blog Kakinakl.com
aslm…cik tom ada tak lunch delivery dikuala terengganu..kot thu..tk
wslm..sorry tak sure pulak..tak pernah dgr lagi setakat ni..