Antara Identiti Anonymous dan Identiti Sebenar

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia….

Kali ni cik tom nak bagi pendapat mengenai isu blogger menggunakan identiti anonymous dan identiti sebenar. Yang manakah pilihan di hati? Sekarang cik tom memang prefer anonymous (tidak dikenali nama). Pesal?? Cik tom menulis bukan kerana nama atau rupa. Cik tom rasa lagi bebas untuk berkarya. Bebas untuk melontarkan apa sahaja di fikiran asalkan tidak melebihi landasan2nya jugak.

Sebelum ni cik tom memang ada letakkan gambar di entry dan primary photo untuk profile tapi dah buang semuanya. Sebabnya? Rasanya tak perlu cik tom letak kat sini bimbang ramai blogger melenting pulak. Huhu..

Tapi tak dinafikan blog yang menggunakan identiti sebenar lebih pantas meraih populariti dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kalau blogger tue seorang yang tampan dan rupawan. Berebut-rebut orang nak follow. Pakej yang lengkap ada rupa+entry menarik!

Ada yang cakap identiti anonymous ni tak confident pada diri sendiri. Hanya berselindung disebalik identiti anonymous. Ok korang boleh je cakap camtu. Bagi cik tom setiap pendapat tiada betul atau salah kerana setiap orang menilai dari segi konteks yang berbeza. But for me better anonymous identity from fake identity.

Walau apa pun cubalah jadi identiti diri sendiri dan tak perlu untuk tiru identiti orang lain or fake identity dengan mengaku diri anda begini dan begitu. Wallahualam. So, apa pendapat korang?

p/s: Kalau buat thesis, karya anon paling tak laku ;D

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

56 thoughts on “Antara Identiti Anonymous dan Identiti Sebenar

  • October 31, 2010 at 1:09 pm
    Permalink

    betul tu cik tom. better guna guna identiti sendiri daripada menipu bagai. cakap itu ini padahal tidak. hihihi.

    teruskan berblog ciktom walaupun anda menggunakan identiti tomato comel. i like. best dapat kenal ciktom 😀

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:10 pm
    Permalink

    pasal cantik menarik tampan tertampan tu no comment. hihihi :)yang penting blog kita dapat member atau berkongsi maklumat atau info yang bermanfaat untuk kita semua.

    p/s: adoiii! panjang pulak komennya. sory ciktom 🙂

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:16 pm
    Permalink

    pada pendapat qis terpulang la..macam qis sendiri suka guna nama pena dalam dunia blogger ni..bukan lah nak kata tak konfiden dengan diri sendiri ke apa..apapun, terpulang pada pandangan masing2…

    asalkan jangan datangkan bahaya pada orang ramai..tak kesah la kita anynomous ke atau guna identiti sebenar..apapun qis suka makan tomato..yuhuu..!! ^__^

    psst: guna nama qistina sebab suka nama ni..nanti ada anak nak bagi nama qistina..tapi, long long way to go..hehe..panjang lebar pulak komen..=p

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:17 pm
    Permalink

    Nasib muka saya lum terdedah.. kalau terdedah.. takut lisa surihani nak ajak berlakon.. lum lg yana samsudin.. eh? ahakz..

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:21 pm
    Permalink

    salam cik tom,

    Ai terpaksa jadi anonymous sbb dulu Ai ade stalker. kalau nk letak gambar pun Ai kena kasi itu muka hilang. sbb khuatir.

    yang penting, bukan fake identity

    (^_^)

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:22 pm
    Permalink

    salam cik tom…. singgah sini sbb tak ruang shout mix

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:25 pm
    Permalink

    cik tom syg..
    rupe x penting utk berblogging…
    hasil karya itu lbh penting..
    pandai berkarya plus rupawan…
    rupawan tue hanya 1 package
    thats my opi.

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:30 pm
    Permalink

    hi cik tom…:)

    depends la nak wat identiti mana pun asalkan kita bahagia kan…orang tak kacau kita dan kita tak kacau orang…kita menulis pun dengan hati yang gembira…:)

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:32 pm
    Permalink

    I dont mind to use my own identity la cik tom. Ala .. i org biasa2 je, tak glamer. hehe ..

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:41 pm
    Permalink

    suke r layout cik tom! ala..anon ke ape ke tak penting..s long entry best,org mesti datang! cik tom,shoutbox mmg xde ek?he3..puas dh cari ni..

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:41 pm
    Permalink

    ignore others.
    just be urself
    cik tom da bomb. agagaga 😀

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:41 pm
    Permalink

    oh..pendapat faryzh..
    better jelaskan identiti sebenar.
    bia orang tau rupa kita..bia orang tau nama kita..baru la syok berinteraksi sesama blogger.kita amik contoh terdekat..blogger ben ashari.dia pamerkan identiti sebenar dia..melalui tu orang akan lg cepat nak ingat die..bia kita ada satu jenama melalui identiti kita yang asli..ni sekadar pandangan faryzh je.kalo sape2 rasa tak setuju sila betolkan yer..hehehe..

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:42 pm
    Permalink

    echah pon annoymous gak cik tom..sekeping dua je letak kt blog..
    xkan nak tayang muka je..kalau cntek xpe..hohoh

    Reply
  • October 31, 2010 at 1:52 pm
    Permalink

    hee… ada asasnya ayat cik tom tu hee.. tapi 2 – 2 pon ada kekuatan sendiri… cun/macho tu bonus

    Reply
  • October 31, 2010 at 2:04 pm
    Permalink

    tapi kan ciktom, blogger yg tak penah tayang gambar pun femes jugak. macam ciktom la. hehe 😉

    Reply
  • October 31, 2010 at 2:28 pm
    Permalink

    haha.. selagi bergelar manusia mestilah ada sifat2 ciktom cakap tu.. terlebih ngan terkurang jer.. huhuhu.. yer.. yg penting jadi diri sendiri kan? huhuhu.. yg lain sila tolak tepi

    Reply
  • October 31, 2010 at 2:44 pm
    Permalink

    Hai Cik Tom…dalam kes macam ni,akak setuju dgn si tanpa nama ni,maknanya buat sesuatu atas landasan ikhlas,atau,kita jd anonymous waktu bagi sedekah,tapi,kalau kita diminta memberikan sesuatu pendapat,atau mungkin ingin mempertahankan sesuatu yang kita rasa benar,nama itu perlu,supaya orang tak tuduh kita sebagai penakut…sebagai contoh lagi,akak tak suka orang sebar surat layang ,nak komplen,tapi berselindung di sebalik anonymous…

    Reply
  • October 31, 2010 at 2:45 pm
    Permalink

    biar jadi anon x laku, tetap jgk nak jadi anon.. haha..

    Reply
  • October 31, 2010 at 2:51 pm
    Permalink

    tak kisah mane2 pon. setiap orang ade style tersendiri. tapi bagi yang suka kutuk2 orang then letak anynomous sebab takut. ini memang dibenci!

    mungkin yang lawa yang hensem tuh popular sebab orang nak tengok tuan punye blog (blog dipenuhi gambar). and at the same time mudah dibenci orang yang menyampah dengan dorang.

    so saya salute blogger mcm cik tom. mampu naik dengan cara sendiri. =)

    Reply
  • October 31, 2010 at 3:08 pm
    Permalink

    akak pn guna anon jugak, segan la nak tayang diri sendiri, takpe selagi kita tak menyakiti hati orang, selagi tu kita rasa bebas berblogging, macam cik tom tak nampak muka tapi entri cukup best…hehe

    Reply
  • October 31, 2010 at 3:13 pm
    Permalink

    pada pendapat saya, tak kisah yg mana satu pon..anon ke, profile sndiri ke, x kesah sume tu.janji isi blog tu menarik..hehe..

    Reply
  • October 31, 2010 at 3:21 pm
    Permalink

    SETUJUUUU…windurrr yer dekat cik tom..sgt lama xBW…windur nk borak2 dgn cik tom…teringin sgt nk update belog nk tulis panjg2..tp xde mase sedey yer huhuhu +_+

    Reply
  • October 31, 2010 at 3:44 pm
    Permalink

    singgah sini lak…. nape kena tggu sampai kul 12 ehh?

    Reply
  • October 31, 2010 at 3:46 pm
    Permalink

    hi cik tom..dla ade tag cik tom jwb soklan pekse..kalo free n sudi meh jwb yer..tq 🙂 x pkse taw..hehe

    Reply
  • October 31, 2010 at 3:49 pm
    Permalink

    Setuju dgn cik tom.. Ramai tanya lulu ni sape..nape tak byk cerita mengenai diri sendiri dlm blog..

    Tapi ada org lebih suka low profile dan cerita benda lain dari diri sendiri..ye tak? (mcm lulu)

    Perasan juga, bagi blogger yg ada rupa, blog dia boleh tahan sambutan..hangat!

    Takpe lah..yang penting kita jujur dan ikhlas menghulur persahabatan dan berkarya menerusi blog..

    betul tak?

    Reply
  • October 31, 2010 at 3:56 pm
    Permalink

    sy pun cam ciktom…xreveal act face sebab nak bebas berkarya…aiceh..
    lalala~

    *anon pun bole jadi makcik anon@enon (nama sebenar)kan..-_-''

    Reply
  • October 31, 2010 at 3:59 pm
    Permalink

    erm..kadang2 kan c anon nie bagi pendapat yg bernas tau drpd org yg gne nama sendiri..hihi..neway better anon than fake id la..hihi..

    *ciktom ko pun jadi cam en.ben ke buang smix??adeh..

    Reply
  • October 31, 2010 at 4:06 pm
    Permalink

    Ellen salute ngan Tom…

    Tapi masing2 punya pendapat sendiri…ellen pun Anon juga ..ada jer yang nampak muka…pun tidak mahu tipu orang lain ngan gtau wajah cantik bagaikan ratu cantik padahal yang sebenarnya ialah…hehehe…kadang2 apa yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada keperluan dan keyakinan diri juga…apa apa pun harap Tom do the best kerana memang u re the best..hehe…

    Reply
  • October 31, 2010 at 4:07 pm
    Permalink

    erkkk~ keen ni kira cam anonymous ke?? ^_^

    Reply
  • October 31, 2010 at 4:14 pm
    Permalink

    hehe…. lontaran pendapat tu lebih penting dan segala perkongsian lg best daripada…. org tau identiti sbnr kita ehehe

    p/s: sy bkn teddy bear yg bajet comel ahaha (poyo je ayt miss)

    Reply
  • October 31, 2010 at 5:03 pm
    Permalink

    jadi lah diri sndri kan..

    say no to FAKE~ hehe

    Reply
  • October 31, 2010 at 6:15 pm
    Permalink

    nak jadi anonymous yang terkenal…

    Reply
  • October 31, 2010 at 8:18 pm
    Permalink

    cyg… hihi.. terserah nk pkai anonymous atau nk pkai nama sebenar or nk pkai nama pena.. huhu.. sebelum semua nufa pernah buat.. tp last2 guna nama sendiri gak.. tp kependekan nama laa.. ingatkah dikau ku pernah memakainya waktu skolah dulu.. hikhikhik

    bila dah pkai nama sebenar tue.. kadang2 ekspresi tuk menulis tue ada.. sbb tk rasa macm menipu. yer arr. sbb pakai nama lain dari nama betul..

    taaapiii.. bila pkai nama betul nie konfident plak masalah dia.. segan sikit klau ade org yg kenal kita.. tp kalu cik tom no hal laa.. entry semua power2.. hihihi pastu bila guna nama betul n muka tunjuk terpampang nie kadang2 ade org akan jeles.. tp nufa tk arrr… biasa blogger2 yg glamer2 dan ramai follower jer.. sbb dlm ramai2 yg ikut dia tue pasti ade yg sorg dua yg kureng ngn dia.. tul dakk.. pastu muncul laa komen2 yg mengecam mendownkan tuan punya blog.. hihi

    semua dari pemerhatian terhadap blogger2 yg lain.. cik tom ada potensi glamer ape.. hihihi..
    peace cik tom.. terpanjang plak komen.. kalu ade salah harap di maafkan.. lg pon tgh lalok nih… jika rasa tk sesuai jgn publish komen tau… kot2 den jadik malu… hihihi

    Reply
  • October 31, 2010 at 8:26 pm
    Permalink

    Ye betul tu!!hehehe..ML letak gamba je,nama tak.hehehe..=)

    Reply
  • October 31, 2010 at 8:43 pm
    Permalink

    fake identity yg org xske cik tom..huhu..cm ciktom ni ade gak identiti..tomato tuh haa..:p xkesala kalo nak berselindung kan janji tak kaco org..anon yg duk msg hentam org lain bagai nak rak tu yg menyakitkan hati..kutuk blkg2..hurm..

    Reply
  • October 31, 2010 at 9:25 pm
    Permalink

    Kita bebas berkarya dan meluahkan apa yang kita rasa.

    Reply
  • November 1, 2010 at 12:09 am
    Permalink

    tapi fairuz suke name cik tom.hehhee..

    i loikeeeee

    ^_^

    Reply
  • November 1, 2010 at 12:45 am
    Permalink

    anonymous blogger ke blogger ada letak gamba ke. sama je. janji best, sure baca. hehe. yang x best nya if komen maki2x guna anonymous 😀

    Reply
  • November 1, 2010 at 1:33 am
    Permalink

    hikhik..kalo yg anonymous ni akn buat kte trtanye2 sape la org ni..huhu

    Reply
  • November 1, 2010 at 1:40 am
    Permalink

    i prefer to be anonymous gak..aku menulis bukan kerna nama..lagi plak bukan owang terkenal or public figure pun..my 2 cents onli

    Reply
  • November 1, 2010 at 1:50 am
    Permalink

    salam cik tom…
    akak suka guna identiti sebenar..cenggitulah muka akak..tapi ada gak yg xbenar iaitu nama akak dlm dunia blog ialah sarahnajwan–> tu nama gabungan anak no 3 dan 4..hehe

    tapi itu xjadi hal sb yang penting..kita ikhlas xkira lah nak letak identiti benar atau tak..jangan menyakitkan dan menyusahkan hati orang lain sudahlah..

    btw..hepi2 blogging
    [akak kalu kat tmpat keje hepilah sb line mcm roket..acu balik rumah..ya ampun..aku stress bangat..huhu]

    Reply
  • November 1, 2010 at 2:15 am
    Permalink

    lebih senang orang tak kenal cik tom.. lebih suka orang kenang apa yang amni tulis dari orang kenal amni.. tapi kalau nak kenal hubby amni, no prob.. heee….

    Reply
  • November 1, 2010 at 3:49 am
    Permalink

    prefer gune name sendiri…!! 🙂

    Reply
  • November 1, 2010 at 3:53 am
    Permalink

    jadilah diri sendiri kan lebih senang kalau terjumpa ke..terkenal ke…satu hari nanti

    Reply
  • November 1, 2010 at 4:34 am
    Permalink

    hehehe for me…jadi diri sendiri jep..dalia ni jenis berhati2 jugak orgnye…kalau xdikenali tu takut nk layan..coz dunia ni dah mcm2 ragam hurmm wpun dunia maya takuttt T_______T n satu agy berkawan biarlah ikhlas lau nak sembunyi2 identiti xmo lah..hehe tengs ye cik tom…

    Reply
  • November 1, 2010 at 4:52 am
    Permalink

    tp kan cik tom ada gak yg x letak indetiti sbnr tp trafik m'cacak naik..mngkin entry dia menarik..;)

    Reply
  • November 1, 2010 at 4:53 am
    Permalink

    tp kan cik tom ada gak yg x letak indetiti pun bleh capai trafik yg m'cacak naik..sbb entry bes..;)
    mana2 pun ok ja..

    Reply
  • November 1, 2010 at 5:28 am
    Permalink

    kita memang xberminat nak tunjukkan siapa diri kita..bukan pasal yakin xyakin.. samalah macam ada sesetengah penulis menggunakan nama pena,dan ada yang tak..bagi kita org lain xada hak nak judge knp kita xpamerkan diri kita sebenar dlm hal menulis nih..dlm bahasa kasarnya 'suka hati lahhh'..heehhehe

    Reply
  • November 1, 2010 at 6:19 am
    Permalink

    saya tak banyak letak pic so kira macam anonymous jugak ke?
    tapi saya sokong part yang jadi diri sendiri, tak perlu nak jadi orang lain. Jadi diri sendiri sudah

    Reply
  • November 1, 2010 at 9:43 am
    Permalink

    jangan terlalu mengexposkan diri dalam blog, takut ada perkara yg disalah gunakan oleh orang lain.. sekarang makin canggih org boleh melakukan apa saja..:)

    Reply
  • November 1, 2010 at 11:35 am
    Permalink

    dni guna nama pena tapi gambo dni letak gambo sniri.. hik3

    Reply
  • November 1, 2010 at 12:35 pm
    Permalink

    kalau anon, orang sentiasa tertanya-tanya.. siapakah cik tom? hihi =P

    Reply
  • November 1, 2010 at 2:44 pm
    Permalink

    anonymous ni bkn tak confident tapi low profile jer..mls nk menonjol….btol ker??terpulang pada semua org..hahaha

    Reply
  • November 2, 2010 at 8:22 am
    Permalink

    cik tom. hehe..suke entri.nak kata sya ni 100percent anon tak jugak rasanya. mybe 80percent anon tp
    yg bab tak confident pasal diri sendiri rasa nya sangat tepat sbb sy slh seorang drnya. yep penting bukan fake identity. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!