Resepi Mudah Puding Sedut/ Siruk/ Paddle Pop

Assalamualaikum dan salam sayang… Korang pernah dengar tak puding sedut atau turut dikenali puding siruk. Adik cik tom, Ika bagitau ada jugak orang panggil puding paddle pop sebab warna puding ni berwarna warni seperti aiskrim paddle pop. Amboi banyak betul namanya. Cik tom baru je tau pasal puding sedut ni. Isk asyik lambat info je ek.

Cik tom dapat tahu pasal puding sedut ni pun bila emak cik tom la beria cerita sedap dia sedut puding cikedut tue. Cik tom pun pelik aik puding boleh sedut ke? Biasa makan dengan sudu je. Tak pernah pulak sedut puding. hihi.. Emak bagitahu sedap sangat puding cikedut yang dia makan 2 minggu lepas. Adik belikan RM6 satu botol puding cikedut. Katanya berwarna warni seperti paddle pop gitu. Bila sedut puding tue rasa sejuk2 dan nyamannya anak tekak. Pudingnya pula lembut sangat. Wah gambarannya memang sedap betul kan? hihi..

berjaya buat puding sedut/ siruk/ paddle pop
Yeayy!! Alhamdulillah percubaan pertama buat puding sedut berjaya 🙂

Emak cik tom beria la cakap kawan dia tak beli pun sebab mahal 1 botol RM6. Anaknya ramai mana mampu beli banyak2 kan. Jadi dia google je resepi puding sedut ni dalam internet dan buat sendiri je. Apa lagi emak cik tom pun pesan cuba la cari resepi dalam komputer tu (emak ct tak pandai sebut internet/google). hihi…

Alamak intro je pun dah panjang berjela. hihi.. Dari situ la cik tom tahu mengenai puding sedut ni dan atas permintaan emak, cik tom kali pertama mencuba resepi puding sedut/siruk/hirup dari blog kak Azlita Masam Manis. Terima kasih akak! Mintak halal resepinya ya.

Resepi Mudah Puding Sedut/ Siruk/ Paddle Pop
Bahan-bahan dan cara mudah buat puding sedut

Resepi Mudah Puding Sedut/ Siruk/ Paddle Pop

Sumber rujukan: Azlita Masam Manis Testimoni berjaya: cik tom 😉
*Olahan resepi dan tips mengikut pengalaman dan gaya penulisan cik tom

Bahan-bahan Resepi Mudah Puding Sedut/ Siruk/ Paddle Pop;

1 sudu kecil serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar (ct guna susu cair)
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung (ct guna coffemate)
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna makanan (ct guna pewarna merah, kuning dan hijau)
perisa makanan (ct guna perisa pisang, strawberi dan jagung)

resepi mudah puding sedut/ siruk atau puding paddle pop
Suka tengok warna warni puding paddle pop ni

Cara membuat Resepi Mudah Puding Sedut/ Siruk/ Paddle Pop;

  1. Campurkan serbuk agar-agar, gula, susu cair, coffemate, air dan juga esen vanilla ke dalam periuk. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
  2. Dah mendidih, boleh tutup api.
  3. Bahagikan adunan agar-agar korang tu kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan korang ye. Macam cik tom guna 3 pewarna dan 1 tu guna warna asal jadi, cik tom bahagikan kepada 4 bahagian/ mangkuk.
    • Untuk adunan asal ciktom tak letak any perisa kira kekalkan perisa asal dari esen vanilla. Tiga lagi tu warna merah-letak perisa strawberi, kuning-perisa jagung dan hijau-perisa pisang.
  4. Tuangkan adunan warna pertama ke dalam botol dan sejukkan.
    • Tips cepat sejuk/mengeras, cik tom sejukkan kat peti bahagian sejuk beku tu. Letak la dalam 2-10 minit gitu mengikut tebal puding korang letak.
  5. Bila dah mula mengeras, tuangkan lapisan lain dan ulang proses yang sama dengan warna berlainan sehingga habis warnanya ye.
    • Tips tak nak bagi bercampur lapisan warna atas dan bawah, masukkan adunan agar-agar tue dengan sudu perlahan-lahan dari tepi dinding botol.
  6. Dah habis siap isi ke dalam semua botol, simpan dan sejukkan dalam peti sejuk.
    • Yang ni peti sejuk suhu biasa tu tau bukan sejuk beku punya. hihi

Cik tom buat puding sedut ni waktu malam. Jadi cik tom sejukkan semalaman. Bangun keesokkan harinya boleh makan. hihi.. Kalau ikutkan 3-4 jam selepas sejukkan dalam peti dah boleh hirup puding sedut.

cara mudah buat puding sedut
Thanks to my cute assistant, ika yang gigih membantu

Korang jangan tanya cik tom puding sedut ni sama tak rasa dengan puding cikedut sebab cik tom sendiri tak pernah rasa puding cikedut. Tengok gambar puding cikedut pun tanya pak cik google. hihi..

Bagi cik tom resepi puding sedut dari kak Azlita ni memang sedap! Semua cukup rasa tidak terlalu manis atau tawar. Hasil pudingnya memang lembut dan hirup dengan straw macam tue je. Suka tengok warna puding siruk berwarna warni ala paddle pop. Tapi hasil cik tom ni takdelah nampak sangat paddle pop. hehe..

Ok dah merapu! Selamat mencuba Resepi Mudah Puding Sedut/ Siruk/ Paddle Pop!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

51 thoughts on “Resepi Mudah Puding Sedut/ Siruk/ Paddle Pop

  • November 28, 2015 at 1:05 am
    Permalink

    wah…warna warni…nice

    Reply
    • December 6, 2015 at 3:46 pm
      Permalink

      suka warna warni..tp warna xbyk pilihan..guna apa yg ada kt umah je..hehe

      Reply
    • December 6, 2015 at 3:44 pm
      Permalink

      warna warni macam paddle pop jadi tarikan pembeli puding cikedut agaknya.

      Reply
    • December 6, 2015 at 3:42 pm
      Permalink

      memang seronok buat puding sedut ni..ciktom pun nak try lagi..tapi maybe nak buat puding sedut perasa milo plk kot..

      Reply
    • December 6, 2015 at 10:34 am
      Permalink

      cubalh buat bila berkesempatan..penyediaan mudah cuma bila nak selang seli warna tu cerewet skit..tp kalau xnak boleh buat satu perasa je.

      Reply
  • November 28, 2015 at 1:10 pm
    Permalink

    Cit tom!! Cantiknye warna warni puding sedut.

    Reply
    • December 6, 2015 at 2:18 am
      Permalink

      cubalah buat puding sedut ni..seronok bermain dengan warna..hihi

      Reply
  • November 28, 2015 at 6:33 pm
    Permalink

    Sedapp buat puding nya, ><

    Reply
    • December 6, 2015 at 2:15 am
      Permalink

      alhamdulillah resepi dari kak ita ni memang sedap..cukup rasa.

      Reply
    • December 6, 2015 at 2:14 am
      Permalink

      rasanya tarikan utama puding sedut ni memang warna yang berwarna-warni

      Reply
  • November 29, 2015 at 6:24 am
    Permalink

    Terima kasih atas Resepnya, jadi pengen coba..

    Reply
    • December 6, 2015 at 2:06 am
      Permalink

      selamat mencuba resepi puding sedut ni ye

      Reply
  • Pingback:Resepi Mudah Dadih Susu Strawberry - Ciktom

  • January 7, 2016 at 4:09 pm
    Permalink

    Ciktom. Nk tny nih. Cmne nk bg warna dia x pudar?? Setakat ni mmg pudar la jdnye…

    Reply
    • January 7, 2016 at 8:16 pm
      Permalink

      kalau ciktom masa letak pewarna tu terang (kuantiti byk skit) sbb kalau letak sedikit bila once sejuk warna memang akan jadi pudar..

      Reply
      • January 7, 2016 at 9:42 pm
        Permalink

        Satu lg soalan. Agak2 byk mane nak kena letak utk satu pewarna tu?? N perisa dia plk byk mne nak letak??

        Reply
        • January 7, 2016 at 9:49 pm
          Permalink

          kalau macam cik tom buat dalam gambar tu..bahagikan adunan kepada 4 mangkuk..1 mangkuk tu letak perisa 1 sudu kecil dan pewarna dalam 1/2 sudu kecil…tapi adik kacau rata2 n try tengok hasil kolor..n leh rasa sikit okay x?kalau kurang tambah lg..tp 1 sudu kecil tu rs dah cukup sgt 😉

        • January 9, 2016 at 9:55 am
          Permalink

          Cik tom. Maksd ciktom yg pki sudu kecil tu.. pakai betul2 sudu atau pki bekas sukatan tu. Yg ada 1 cup.. half cup …
          Tp yg cawan tu pakai bekas sukatan tu kan? Btl x?

        • January 9, 2016 at 2:02 pm
          Permalink

          ciktom pakai betul2 sudu (sudu teh)..yup yg cawan boleh pakai bekas sukatan..nak pakai cawan pun boleh..

  • January 7, 2016 at 9:00 pm
    Permalink

    Tq…. boleh x nak mntk pone numbe cz nnt nk try wak.tkt x jd atau ada pape soalan.leh direct sy wussup ciktom… atau ciktom wussup sy dlu ke.. 019-934 4147. Tq so much ciktom yg baik hati.. ?

    Reply
    • January 7, 2016 at 9:47 pm
      Permalink

      alamak dear…sorry sis tak share no whatsapp kalau just untuk pertanyaan entry blog tau. Sorry tau!
      tanya thru comment or email..insyAllah cik tom reply asap dear..

      Reply
  • January 11, 2016 at 5:13 pm
    Permalink

    Ciktom..sedihnye sy.. dh siap buat dah. Jd pahit pulak..ke sbb terlebih pewarna jd cmtu??isk

    Reply
    • January 12, 2016 at 5:12 pm
      Permalink

      em jadi pahit?rs kalau kes terlebih pewarna jadikan puding awk pekat(terang) warnanya je..pewarna tu xde pe2 perasa yang boleh menyebabkan puding jadi pahit..

      Reply
  • January 23, 2016 at 8:59 am
    Permalink

    cik tom, utk adunan ni dpt berapa byk bekas ye? lagi 1 nak tanya, kalo kita gantikan serbuk agar-agar dengan agar-agar tali tu boleh ke?

    Reply
    • February 17, 2016 at 11:50 pm
      Permalink

      sorry sis..baru terbaca ur komen..boleh je gantikan serbuk agar2 dengan agar2 tali..cuma sukatan tak pasti la..tak pernah cuba…cuba search kat blog lain atau facebook rasanya pernah share guna agar2 tali..kalau pandai boleh try and error…

      Reply
  • January 25, 2016 at 12:38 pm
    Permalink

    ciktom.. perasa jagung strwaberry emulco tu nak letak banyak mana??

    Reply
    • January 27, 2016 at 8:04 pm
      Permalink

      depend banyak mana agar2 awak bahagikan tu..cuba letak 1/2 sudu kecil & then cuit rasa skit..okay xlagi??kalau tak rasa sangat tambah la lagi..emm kalau macam ciktom ni ciktom dah buat 3x..memang letak 1 sudu kecil untuk setiap bahagian..

      Reply
  • January 27, 2016 at 12:21 pm
    Permalink

    Betul ke satu sudu kecil? Sy pnh buat , xkeras2 ,lama btul tggu utk letak next layer.smpai ke pg pn xkeras 🙁

    Reply
    • January 27, 2016 at 7:59 pm
      Permalink

      memang betul..serius cik tom memang buat guna 1 sudu kecil..menjadi je…try guna jenama yang ciktom tunjuk tu..brand layang2..kan ciktom letak tips dalam entri ni..nak bagi cepat keras letak dalam peti ais bahagian frozen tu dalam 10minit..akan cepat keras…then follow letak next layer..

      Reply
  • February 23, 2016 at 8:34 pm
    Permalink

    sis betol ke guna 1 sudu serbuk agar ii,sy buat xmenjadi. semalaman sy letak dlm peti ais,xmenjadi

    Reply
    • February 23, 2016 at 10:09 pm
      Permalink

      yup betul dear..dah 2x ciktom buat menjadi je..ciktom guna agar2 serbuk tu yang cap layang2..sama dengan dalam gambar..puding ni memang lembik sebab tu namanya puding sedut..ke maksud awak tak menjadi macam mana ye?

      Reply
  • March 16, 2016 at 1:13 pm
    Permalink

    Salam. Cik, saya nak tanya berkenaan puding sedut. saya berjaya membuat puding sedut tu dengan cantik tapi ada masalah berkenaan warna. Pd hari pertama layer setiap warna nmpk cantik selepas siap. tapi warna akan bercampur selepas hari ke-2. knp mcm tu ye? saya membuatnya sepanjang minggu ini tp masih ada masalah. harap dapat saya, terima kasih.

    Reply
  • March 24, 2016 at 12:53 pm
    Permalink

    Salam. Cik tom, saya nak tanya berkenaan puding sedut. saya berjaya membuat puding sedut tu dengan cantik tapi ada masalah berkenaan warna. Pd hari pertama layer setiap warna nmpk cantik selepas siap. tapi warna akan bercampur selepas hari ke-3. knp mcm tu ye? dan lagi setiap layer itu akan ada 1 line susu … sepanjang minggu ini tp masih ada masalah. harap dapat ditunjuk ajar, terima kasih.

    Reply
    • March 28, 2016 at 9:41 pm
      Permalink

      wslm…maaf baru sempat respo..hurm..ciktom simpan seminggu tak bercampur pulak warnanya dan takde layer susu..
      ciktom takdelah mahir sebab baru 3x jugak buat..hihi
      #tapi pendapat ciktom la ye..kalau ada line susu tu maybe kena mengena dengan jenis susu..cuba try lagi guna jenama susu yang berlainan..tengok hasilnya mcam mana?
      #kalau warna bercampur mungkin boleh add on small amount serbuk agar2 tue..1/4 sudu kecil ke? tengok hasilnya macm mana?sis guna agar2 serbuk sama brand dengan saya guna x?cap layang2.. sebab lain brand..sometimes lain kuantiti amount air..

      Reply
    • May 18, 2016 at 8:41 pm
      Permalink

      waalaikumusaalam..selamat mencuba..ciktom pun copy resepi ni dari blog kak azlita…dipersilakan..semoga bisnes cikedut dimurahkan rezeki..amin.

      Reply
  • November 2, 2016 at 7:43 pm
    Permalink

    Sis…kalau xde gula halus, boleh guna gula biasa ke..?

    Reply
    • November 2, 2016 at 8:06 pm
      Permalink

      boleh je. takpun amik gula biasa tu blend guna blender kering tu..kisar sampai halus..jadi gula halus jugak.

      Reply
      • November 2, 2016 at 8:34 pm
        Permalink

        Sbb xde blender kering…hikhik.

        Reply
        • November 13, 2016 at 12:28 am
          Permalink

          oh ok..hehe.. 🙂

  • November 4, 2016 at 1:14 am
    Permalink

    assalamualaikum ciktom, cap layang tu color apa yee ? kenapa bukan clear ?

    Reply
    • November 13, 2016 at 12:22 am
      Permalink

      ciktom cari takde jual yang clear..tu ciktom beli yg color..kalau ada yang clear..better guna clear dari berwarna..

      Reply
  • February 24, 2017 at 12:19 pm
    Permalink

    Assalamualaikum ciktom
    Nak tanya… Sementara Nak keraskan 1 layer tu yg lain xmengeras ke? Maksud Saya Sementara Nak menunggu di layer lagi.
    Terima kasih

    Reply
  • March 2, 2017 at 12:20 am
    Permalink

    Assaamualaikum cik tom nk tnya la kn kita bahagi kn pd 4 bhagian 4 wrna sementara tggu lapisan prtama jd keras lapisan kedua td x keras ke?mcm mana tu?

    Reply
  • April 3, 2017 at 12:32 am
    Permalink

    Salam sis…puding ni leh tahan brpa lme ye..

    Reply
  • May 25, 2017 at 5:29 pm
    Permalink

    wahhh….senang jer membuatnya…anak-anak memang suka puding..ni..anak ramai ni..mak kenalah pandai membuat sendiri kan baru puas makan…
    Jom baca entri terkini MaMa Chantique …Kenapa Shaklee Tak Di Jual Di Farmasi?My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE