Selepas Setahun Tak Jenguk Nuffnang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia… Semalam waktu cik tom blogwalking ke beberapa blog, cik tom tertarik baca satu entri kat blog [email protected]. Terlintas kat fikiran cik tom; “Haih, aku pun dah setahun kot tak log in nuffnang. Agak-agak ada ke duit dalam tu ek? Blog pun sama tak terupdate. Pemalas betul aku ni. hikhik..”.

Korang yang berminat nak jana buat duit melalui blog kena baca tips yang ada dalam entri Sis Haza ni: Cek Nuffnang dah Sampai.

So, pagi tadi dah sakan memborong blouse dan skirt untuk emak dan adik di Pasar Panas Jengka. Petang ni takde apa kita online update blog dan reply email yang berlambak tak terbalas. huhu… Ok balik pada kisah nuffnang ni.

Income nuffnang setahun?
Income nuffnang setahun?

Cik tom pun buka cek akaun nuffnang cik tom ada berjumlah RM380.02. Wah kira beranak jugak la income nuffnang cik tom dalam tu walaupun tak banyak. Income ni bukan sebulan tapi setahun? Sadis2… haha…

Cik tom duk berkira-kira nak keluarkan ke tak? Hmm… rasa macam nak keluarkan join Kedai Affiliate Amazon. Tengok offernya menarik dalam masa 5 minit je boleh siap buat kedai online amazon. Al-maklum zaman sekarang semua barang naik. Kena usaha cari sideincome lain.

Jumlah trafik blog hari ini sehingga pukul 5 petang (31/10/2015)
Jumlah trafik blog ciktom.com hari ini sehingga pukul 5 petang (31/10/2015)

Trafik blog cik tom pada hari ini sehingga pukul 5 petang 2013 orang untuk pelawat unik dan view 2405 kali.

Trafik blog minggu ini
Trafik blog ciktom.com minggu ini

Trafik blog untuk minggu ini iaitu 21318 orang pelawat unik dan 25479 view. Mesti banyak bounce rate ni. Kena kaji balik. hoho…

Trafik blog ciktom.com minggu lepas
Trafik blog ciktom.com minggu lepas
Trafik blog Oktober 2015?
Trafik blog Oktober 2015?

Atas tu screenshot dari blog stat nuffnang trafik blog cik tom untuk bulan Oktober. Kalau tengok dari sini secara anggaran kasar sehari pelawat blog cik tom ialah antara 2000-3000++ sehari. Untuk sebulan anggaran pelawat blog ialah 90K-100K++ orang sebulan.

Psst.. Ada yang berminat nak beriklan banner ataupun review/ advertorial di blog cik tom? Sila hubungi cik tom di tab menu “Hubungi” dan jangan lupa letak subjek email IKLAN. Ada harga special sempena comeback blog cik tom. hehe…

Nota jari: Esok nak gi piknik dan makan-makan kat FoodGasmFest2015.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

31 thoughts on “Selepas Setahun Tak Jenguk Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE