Seronok ke buat duit dari blog?

Assalamualaikum dan salam sayang… Semakin hari semakin ramai kawan2 cik tom yang tahu cik tom ni ada blog. Dulu cik tom banyak berahsia tentang kewujudan blog ciktom.com dari keluarga, saudara dan kawan-kawan. Segan la nak merapu kan bila ramai dah tau blog ni cik tom punya? Rasa kurang privacy di situ. hehe..

bunga kekwa
Sumber: http://deloiz.blogspot.com

Kadang-kadang macam2 pertanyaan dari diorang bila tahu cik tom aktif jugak la buat duit dari blog.

Antara pertanyaan paling HOT- Banyak ke dapat buat duit dari blog??

Kalau jawab sikit je.

Balasannya- buang masa ko je la kalau dapat duit banyak tu je.**Amboi..layan facebook berjam, sibuk stalk, viral and share info2 mengarut tu tak buang masa pulak. hihi..**

Kalau jawapan banyak la jugak.

Balasannya- weh macam mana eh ko buat duit dari blog tu? Senang ke buat duit dari blog? Ajar la aku jugak. Tolong buat blog kat aku satu. bla..bla..

Seronok ke buat duit dari blog?

Kebanyakan seronok bila dengar perkataan DUIT je. Tak kisah la ko buat duit tu dari source mana pun. Meniaga dropship ke? Buah kuih ke? Bila dengar je korang berjaya buat DUIT dari sesuatu cara, confirm akan ada yang datang nak belajar jugak.

bunga tulip cantik berseri
Sumber: www.gambar-katakata.com

Ok la nak belajar kan. Kita jangan pulak kedekut ilmu. Ajar la mana mengikut kemampuan yang ada. Yelah dulu cik tom buat blog pun dari zero. Belajar dari pemerhatian, ilmu dan tutorial blog2 lain yang dah sediaada.

Tapi oleh kerana SERONOK hanya fikir nak dapat DUIT kebanyakannya hanya mampu berjaya sekerap jalan je. Yelah bila tak berjaya buat duit dari blog terus give up. Terus malas. Terus cakap kita tipu. Tak ajar betul2.

Sebenarnya nak buat apa-apa pun kita kena ada minat atau perasaan seronok untuk buat sesuatu perkara tu. Barulah berjaya memberi hasil lumayan tanpa kita sedari. Kira seronok menulis blog bukan sebab duit je. Fikir seronok ilmu yang dikongsi di blog ni boleh memberi manfaat berpanjangan kepada orang lain.

Kita boleh menolong orang lain hasil dari penulisan di blog kita. Jangan sibuk mengaibkan orang lain, lucah, hot keyword semata-mata untuk dapat trafik tinggi.

Kalau kita berjaya jual ebook PTD ni, kita doakan yang beli tu berjaya lulus dalam peperiksaan online PTD diorang.

Pada yang beli panduan jobdirumah ni, berjaya dapat hasil bayaran USD yang banyak hasil buat duit online di rumah.

Dari situ akan bertambah seronok buat duit dari blog. Sama-sama kita berkongsi peluang dan rezeki.

Terima kasih sudi berkunjung ke blog cik tom. 😉

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “Seronok ke buat duit dari blog?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE