Tak Semua Orang Suka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Sejak 2 menjak ni blog cik tom ada menerima beberapa “komen” dari blogger. huhu.. Ada yang komen “Kita kena ingat nawaitu berblog untuk apa? Bukan wang semata-mata.” haha… Ada jugak yang cop cik tom “blogger yang sombong”! gelak lagi. hehe… Blog yang tak balas kunjungan. Ada jugak yang penaja pun nak join contest yang ditaja. Alih2 yang penaja tue jugak menang dapat duit dia taja balik. Ada siap mention nama cik tom dan ada yang berlapik. Tapi takpelah cik tom dah makan cili dan rasa pedas!! huk3…

***amaran entry kali ini panjang…kalau malas baca terus je scroll komen or klik je pangkah ;p ***

Kenangan Terindah
Kenangan Terindah

Ini bukan entry untuk serangan balas ye. Saje je coretkan kat sini pengalaman feedback blog je. hee… Maybe kalau semua komen ini setahun yang lalu cik tom akan sedih, frust, down dan sebagainya. Tapi cik tom skang bukan cik tom yang dulu. Bukan yang mudah down bila ada orang kutuk blog. Makin orang kutuk makin semangat cik tom nak buktikan kemampuan blog ini. Dulu pernah teruk gak kena “muntah tengok blog ko” dan alhamdulillah still maintain sampai skang. Macam mana nak maintain? Kena buat tak peduli je ke?? Ada aku kesah?? hehe… Kalau terima sebarang komen atau teguran, kadang-kadang kita kena amik tahu juga. Mana yang boleh diperbaiki tue perbaikilah untuk kebaikan. Kalau memang sekadar komen negatif tue amik campak dalam laut je.

Teringat dulu blog cik tom pernah juga buat beberapa kontroversi entry dalam blog hasil dari entry ini bukan blog tutorial. Lawak bila ingat balik cik tom gaduh2 sayang dengan blogger mummynemo. Mummynemo terasa siap balas entry jugak masa tue. Semuanya terjadi sebab salah faham dari komen rakan blogger. Tapi alhamdulillah tak sampai 3 hari kitaorang berdamai jadi kawan baik balik. hehe…  Pastu kontroversi dengan entry “blogger mana tiru layout blog cik tom“. Ini pun pernah jadi isu besar dan berbalas entry antara 3 blogger. hik3.. Ada jugak luahan hati cik tom tentang copy paste entry cik tom. Yang kelakarnya yang tukang tiru tue pun komen sama. huhu..

Lastly isu agak hangat yang cik tom ingat dengan faceblog tapi entry tue cik tom dah buang atas permintaan admin faceblog. Isunya bila admin faceblog tiru 100% original entry tutorial dari blog cik tom tanpa minta izin tapi isu ini pun dah selesai dan admin pun dah delete semua entry tue. Kaw2 gak cik tom kena kutuk dengan semua follower faceblog masa tue. Cakap cik tom kedekut, berkira dan macam2. Hmm.. bila imbas kembali ni dahsyat jugak cik tom dulu ye. Agak tak penyabar. hehe.. Tapi tue semua kisah lama tahun 2010 dan 2011. Alhamdulillah 2012 dah jadi blogger matang dan baik dah. Ye ke?? hehe.. Segala kenangan yang lalu memang tak ternilai dan tak boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Baru-baru ni time cik tom blogwalking terjumpa artikel dari 2 blogger hebat yang totally sama artikel di blog cik tom tanpa backlink. Tapi cik tom tak marah atau melenting pun. Bangga lagi adalah. Tak sangka diorang nak copy entry cik tom yang entah apa-apa tue. hehe.. Maybe akan ada yang cakap “Alah bajet je diorang tiru ko. Normal la tue kalau entry lebih kurang sama.” Bagi cik tom kalau entry sama idea memang normal tapi kalau ayatnya dah bulat2 sama cuma edit tang nama panggilan je. Memang penulis asal dapat cam lagi tue hasil gaya penulisan dia yang asal walaupun dah ubah intro dan penutupnya. hee.. Macam cik tom pun selalu je blogwalking cari idea dari blog ke blog. Tunggu idea turun dari langit memang payahlah. hee…

Motif entry panjang-panjang ni? Entah tiba-tiba je rasa nak share experience sepanjang berblog. huhu.. Pada blogger diluar sana korang jangan cepat patah semangat kalau dapat teguran or komen yang korang tak suka ye. Tak semua orang akan suka apa yang kita buat. Dan kita pun tak boleh nak paksa diorang untuk suka kat kita. Itu hak masing2 nak suka ke tak?

Apa sahaja yang kita dilakukan pasti akan ada yang tak berpuas hati. Sebab tak semua orang suka kat kita. Hanya ada tiga kemungkinan kenapa ini berlaku. Pertama ialah kekurangan diri kita sendiri, keduanya kerana kekurangan pada diri mereka ataupun kedua-duanya sekali. Cuma kita sebagai manusia perlu sentiasa positifkan diri bahawa semua kelemahan ialah datang dari diri kita dan sentiasa cuba perbaikinya. Yang pasti memang tiada manusia yang SEMPURNA!

p/s; terima kasih pada awak.. awak dan awak yang sudi stalker blog ni =)

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

84 thoughts on “Tak Semua Orang Suka

    • November 25, 2012 at 9:45 am
      Permalink

      diorang cakap sedap mulut je sebab dah tak suka kan..kalau suka mesti semuanya bagus…

      Reply
  • November 23, 2012 at 12:14 am
    Permalink

    apa2 biar je apa org nak kato

    Reply
    • November 25, 2012 at 9:45 am
      Permalink

      aah diorang kata pun cik tom akan tetap update blog ini selagi diizinkan oleh Allah swt.

      Reply
  • November 23, 2012 at 12:20 am
    Permalink

    Sabar je la kak. hehe. Semua manusia sama je pun.hehe

    Reply
    • November 25, 2012 at 9:43 am
      Permalink

      masih mampu bersabar lg..hee..tp manusia semua tak sama..mcm2 ragam ada…

      Reply
  • November 23, 2012 at 12:37 am
    Permalink

    Biarlah apa org nak kata 🙂

    ciktom sombong ke? tak kenal maka x cinta hehehe

    Reply
    • November 25, 2012 at 6:09 am
      Permalink

      ahaa…yang sombong tue gimik dari blog donnyien je.

      Reply
  • November 23, 2012 at 12:41 am
    Permalink

    Apa yang cT tulis mengenai kenangan itu,akak baca…memang mengejutkan. Maklumlah akak pun baru…ketika itu n selalu refer tutorial blog cT,secara tak langsung membaca entry tersebut. Itulah indahnya pengalaman…

    Reply
    • November 25, 2012 at 6:09 am
      Permalink

      hehe..mestilah akak pernah baca sbb kita kenal dari awal ciktom berblog lagi..hee

      Reply
  • November 23, 2012 at 12:48 am
    Permalink

    cik tom..
    first tau blog ni time..mase usha blog denaihati klau xsilap..

    hehehe.

    Reply
    • November 25, 2012 at 6:07 am
      Permalink

      terima kasih sudi singgah…tp mcm mn nmpk ms usha denaihati?

      Reply
  • November 23, 2012 at 2:16 am
    Permalink

    tak panjang pun artikel blog ni… dapat baca dengan rileks dan hati yang tenang…

    Sesekali memang patut meluahkan apa yang terbuku di hati.

    Ada sesetengah orang amatlah ringan jari nak berikan komen… itu tak jadi masalah, tapi kena berpada-pada juga.

    Adakalanya apa yang nampak biasa bagi kita, rupa-rupanya menyinggung perasaan orang lain sebenarnya.

    Reply
    • November 25, 2012 at 5:53 am
      Permalink

      ciktom rasa panjang sbb letih kot taip..hehe..sabree dah biasa buat artikel panjang2 tue rs biase je pnjg entry ni..hee
      terlajak perahu bolwh diundur..terlajak tulisan boleh edit?? hehe

      Reply
  • November 23, 2012 at 2:25 am
    Permalink

    ramai pula yang salah faham entry tu ya, depa tak baca sampai habis terus hentam haha! kontroversi betul.. hehe takpe lah ciktom, lepas ni sure blog ciktom popular..

    Reply
    • November 23, 2012 at 4:56 am
      Permalink

      cik tom tak salah faham la donnyien…jgn donny salah faham plk dgn entry cik tom ni..huhu

      Reply
    • November 25, 2012 at 5:50 am
      Permalink

      hehe..xpe xnaklah popular dengan kontroversi….

      Reply
  • November 23, 2012 at 2:26 am
    Permalink

    ramai pula yang salah faham entry tu ya… “

    Reply
    • November 25, 2012 at 5:47 am
      Permalink

      nak buat macam mana blogger yang tak baca abis memang salah faham..hehe

      Reply
  • November 23, 2012 at 7:28 am
    Permalink

    Salam..
    adat dah dalam berblog..tak semua orang suka kat kita..kalau saya, taknya saya layannya reaksi negatif orang…yang penting, blog saya, suka hati saya nak tulis apa kan..?jarang orang nak membantu yang positif, kebanyakan nak bagi negatif lebih dari positif..jadi bersabar je lah 🙂

    Reply
    • November 23, 2012 at 8:43 am
      Permalink

      Setuju dengan bro Zul. Kalau penuh dengan hasad dengki ni susah hidup,.. asyik nak cari salah orang je memanjang.

      Reply
      • November 25, 2012 at 5:17 am
        Permalink

        tp tuelah realiti manusia zaman skang…pantang tengok orang lain sennag..huhu

        Reply
    • November 25, 2012 at 5:21 am
      Permalink

      bagus jugak apa yang ro zulkbo komen ni..hehe

      Reply
  • November 23, 2012 at 7:38 am
    Permalink

    setiap orang ada pandangan masing-masing. suka tak suka terpulang pada individu. yang penting mesej kita itu sampai. Bila mesej kita tak sampai, disitulah bermula konflik.Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting, kita saling melengkapi..

    Reply
    • November 25, 2012 at 5:20 am
      Permalink

      kadang2 mesej tak sampai bila pembacaan separuh jalan je..tue yg mudah jd konflik juga

      Reply
  • November 23, 2012 at 7:42 am
    Permalink

    hi ciktom, terima kasih dengan link di atas.. semoga blog ciktom semakin maju jaya 🙂 memang susah mau puaskan kehendak semua orang kan..

    Reply
    • November 25, 2012 at 5:19 am
      Permalink

      sama2 donnyien..takpe kalau xdpt puaskan hati org lain..kita puaskan hati diri sendiri jelah..hhee

      Reply
  • November 23, 2012 at 8:39 am
    Permalink

    hahaa..yang stalker tu tak menahan ciktom 🙂

    dkna pon curi2 bw then buat entry..eh! teringat lak pasal entry pelaburan emas tu haa..dapat idea dari blog ciktom :p

    Reply
    • November 25, 2012 at 5:17 am
      Permalink

      xpe..ciktom pun selalu dpt idea masa blogwalking..

      Reply
  • November 23, 2012 at 8:46 am
    Permalink

    Memang dah lumrah ciktom,… ramai orang yang suka tengok kejatuhan orang lain daripada memberi dorongan untuk lebih berjaya.

    BTW, ciktom teruskan berblog dengan ide2 yang baru dan jadikan semua tu sebagai dorongan utk jadi lebih bagus dan mematangkan diri kita sendiri. Wish all the best..

    Reply
    • November 25, 2012 at 5:09 am
      Permalink

      adat manusia…hehe..takpe ciktom akan jadikan tue satu cabaran utk berjaya…
      thanks ye shraqs…insyaAllah akan cuba sedaya upaya utk cr idea baru..

      Reply
  • November 23, 2012 at 9:44 am
    Permalink

    bila masuk ke blog rakan2..memang ada banyak cerita masing2. ada yang memang menulisnya sendri, ada yang copy n paste.
    ada yg copy n paste dari paper kemudian buat rumusan.

    sebenarnya..setiap orang ada kelebihan n kekurangan.
    blog saya yg cikai lagi bersaang pun…pernah juga saya terbaca entri yg dicedok melaluinya. mula2 geram juga, tapi last sekali..lantaklah. berkongsi infomasi adalah satu perkara yg sihat.

    Reply
    • November 25, 2012 at 5:07 am
      Permalink

      setiap blog pasti ada keistimewaan tersendiri kalau jadi diri sendiri..

      Reply
  • November 23, 2012 at 10:09 am
    Permalink

    Biasalah tuh Cik Tom. Kalau nasihat yang membina ambil kalau tak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

    Reply
    • November 23, 2012 at 12:36 pm
      Permalink

      memang sudah menjadi adat didunia blog nie. Kalau ada kutukan dan makian tu bermakna artikel kita itu telah meninggalkan kesan di hati pembaca.

      Reply
      • November 25, 2012 at 4:17 am
        Permalink

        bukan adat blog je..kalau kerja and mana situasi mesti ada yang tak suka..

        Reply
    • November 25, 2012 at 4:52 am
      Permalink

      yup..byk lg kena perbaiki diri dan blog ni.

      Reply
  • November 23, 2012 at 10:19 am
    Permalink

    alhmdllh setakat ni sy belum penah kena mcm cik tom ni… tabah juge ye. klu sy mungkin dah down kot. tp kalau ada yg mengata blkg2 tu wallahua’lam lah… :p

    p/s: klu free, jmput support entry ni;

    salam,

    gudluck ye….

    jom exchange G+

    http://ummihanie.com/iphone-5-gadget-impian/

    time kasih 🙂

    Reply
    • November 25, 2012 at 4:50 am
      Permalink

      ok nati ciktom klik G+..tapi nak exchange apa sebab ciktom xjoin pun contest iphone 5..huhu

      Reply
  • November 23, 2012 at 11:17 am
    Permalink

    Saya baru ready nk baca pnjng..nk kutip pglmn blogger terkenal. Tapi..eh, pendek je. hehe

    sejak kenal cik tom..ok je. selalu jugak jengah blog tak terkenal saya tu.

    apapun, masa mematangkn kita. cara berfikir & bertindak tak sama, berubah seiring usia.

    Reply
    • November 25, 2012 at 4:40 am
      Permalink

      ciktom rasa panjang..lenguh taip sambil perah idea..hhaha
      yup usia n pengalaman mematangkan kita

      Reply
  • November 23, 2012 at 11:35 am
    Permalink

    sama lah ciktom , kalau dulu frust juga , skrg ni dah takde makna nak frust biar je lah .. akk kalau org copy entri bukan entri famili boleh di maafkan la .. tkpe ..

    Reply
  • November 23, 2012 at 11:44 am
    Permalink

    bagi saya ciktom terbaik, lagi baik kalau ciktom rajin singgah blog hamba, hehehe. pasal isu penaja join contest saya tau kes yang mana, hehe.

    Reply
    • November 25, 2012 at 4:33 am
      Permalink

      hehe..ciktom memang suka singgah blog juan..entry semua original n berwawasan gitu..hee

      Reply
  • November 23, 2012 at 11:45 am
    Permalink

    hoho…bila mahu belanja gua cendol nih haa..

    Reply
    • November 23, 2012 at 12:34 pm
      Permalink

      Harap sudi belanja HP sekali.

      Reply
      • November 23, 2012 at 6:12 pm
        Permalink

        belanja gua sekali bro

        Reply
        • November 25, 2012 at 2:45 am
          Permalink

          semua nak mintak belanja ni..hehe

  • November 23, 2012 at 12:33 pm
    Permalink

    walau apa pun HP tetap menjadi stalker setia di blog ini.hehe

    Reply
    • November 25, 2012 at 4:18 am
      Permalink

      hehe..thanks HP..eh tp stalker xtau…HP dah bgth so xjadi stalker dah la..hehe

      Reply
  • November 23, 2012 at 2:25 pm
    Permalink

    Laah. Boleh jadi gini ke? Hahaha…

    Reply
  • November 23, 2012 at 4:29 pm
    Permalink

    disebabkan ketabahan cik tom tu.. sudikah cik tom berbfkan saya??hahahaha..tiba2 je kan.

    saya pun pernah jugak di copy paste bulat2.. langsung tak tukar apa2.. sakit betul hati.. dua tiga orang blogger. tak langsung letak kredit.. sangat2 menyakitkan hati.bila sound,pandai pulak dia delete komen saya tu..tapi still tayang entri tu lagi..

    Reply
    • November 23, 2012 at 6:10 pm
      Permalink

      aku pun kena jugak bro, aku dah suruh letak [..sumber] dan linkkan pada aku semula tapi dia cakap lupa..sampai ke sudah aku malas nak ambik peduli dah..

      Aku bengang !! huahuahua

      Reply
    • November 25, 2012 at 3:12 am
      Permalink

      hahha..sengal je boni je…
      memang ramai kot blogger macam tue..dulu awal2 geram gak..skang pasrah je n fikir positif..smoga artikel yg dibuat tue bg manfaat kt org lain..n pahala berganda2 cam MLM..hehe

      Reply
  • November 23, 2012 at 4:55 pm
    Permalink

    cik tom sombong ker?
    tak ler…kalau sombong mana sudi nak jgok2 kat blog baru mcm saya…hehehe…

    Reply
    • November 25, 2012 at 3:07 am
      Permalink

      hehe..xsemua pandangan manusia…thanks sentiasa singgah support blog cik tom 🙂

      Reply
  • November 23, 2012 at 6:07 pm
    Permalink

    AMARAN : Komen ini mengalahkan entri ! Harap CikTOM tak kisah ..TQ :]

    Saya rasa saya alaminya dgn cikTOM..memang hati manusia begitu. Tak ada yang cukup dan bagi dia, dia saja yg sempurna.. Tapi, sebenarnya, kalau cikTOM tak balas komen atau buat kunjungan ke blog lain, mungkin ciktom bs, atau ada urusan lain.. mungkin orang tak tahu siapa ciktom sebenar di alam realiti. Mentaliti manusia memang begitu ..contest2 tu semua, yaa..ada asam garam, tapi nak buat macam mana, saya yang first buat contest SEO cenggitu pun terkena juga tempias.. tapi takpe, hak dan pandangan org berbeza, saya terima

    Nilai dan apa yang kita mahu sampaikan pada orang lain, itu yang menjadi keutamaan. Bukannya kunjung atau tak, sombong atau tak.. Tetapi, informasi yang kita berikan untuk dicedok oleh segenap lapisan masyarakat. ..harap ciktom terus tabah & saya akan terus support ciktom, walau apa pun :]

    Reply
    • November 25, 2012 at 3:04 am
      Permalink

      takpe xkisah..boleh komen panjang mana nak..hehe…memang adat manusia ada je yang tak sempurna org lain tue kat mata dia…tue hak dia dan pandangan dia nak suka or tak..tak boleh paksa…mmg sepatutnya kita sebagai blogger saling support antara satu sama lain..bukan kerja nak downkan je..

      Reply
      • November 25, 2012 at 11:53 am
        Permalink

        takpe ciktom ..lain orang lain ragam..
        hehe..apa pun bende lepas jgn dikenang..
        yg akan datang ni lebih mustahak..

        Reply
        • November 25, 2012 at 12:20 pm
          Permalink

          yup betul tue..hee saje coretkan bagi kenangan utk mengorak langkah ke masa depan..sbb kdg kita kena jgk imbas ke belakang supaya tak terleka dengan kesenangan akan datang =)

  • November 23, 2012 at 6:27 pm
    Permalink

    nak copy2 ni, kenalah edit dan buat ayat sendiri, jgn copy 100% atau dkat2 100%..

    Reply
    • November 25, 2012 at 2:40 am
      Permalink

      skang scik tom okay je nak copy artikel…cuma kena edit kan beckhrooy…

      Reply
  • November 23, 2012 at 11:12 pm
    Permalink

    hope teruskan bersabar, adat berblog dan popular, kita tak dapat nak memuaskan hati semua orang.

    Reply
    • November 25, 2012 at 2:11 am
      Permalink

      alhamdulillah masih dapat bersabar…hehe..

      Reply
  • November 24, 2012 at 12:51 am
    Permalink

    Dugaan seorang blogger yer, byk yg boleh dipelajari drpd pengalaman cik tom nih..

    Reply
    • November 25, 2012 at 1:50 am
      Permalink

      pengalaman blogging yang tak dapat dilupakan..huhu

      Reply
  • November 24, 2012 at 11:19 am
    Permalink

    Hehe..bila la nak merasa pengalaman mcm cik tom rasakan ni yer…harap pondokkecil pun dapat merasa satu masa nanti..agar cerita dalam entri cik tom ni akan dijadikan semangat untuk terus blogging..hehe..

    Reply
    • November 25, 2012 at 1:27 am
      Permalink

      haaa nak rasa pengalaman camni?? baik xpayahlah kot..lagi bagus kalau semua orang suka blog hafizul..hehee

      Reply
      • November 25, 2012 at 2:09 pm
        Permalink

        ala kadang2 nak rasa jugak pahitnya berblogging..kan masni selalu nanti penuh la semut hitam peliharaan en titan tu kat ponsok kecil…hehe..en titan gurau jer..jgn ambil serius k…

        Reply
        • November 26, 2012 at 1:42 pm
          Permalink

          betul jugak eh..hehe…baru terasa lebih manis hidup berblogging..hee

  • November 24, 2012 at 6:18 pm
    Permalink

    Semoga terus tabah cik tom dalam dunia blog.

    Reply
  • November 24, 2012 at 8:50 pm
    Permalink

    hahaha..teringat je entry2 ciktom bila ciktom citer.. lama juga kita dah kenal kan ciktom?? tapi x pernah bersua!

    Reply
    • November 25, 2012 at 12:35 am
      Permalink

      aah dah lama kita kenal yunk..hehe…insyaAllah nati kita blh set time dating! hee..

      Reply
    • November 25, 2012 at 12:58 am
      Permalink

      tak faham takpe..buat2 je faham..hahaa

      Reply
  • November 26, 2012 at 3:56 am
    Permalink

    salam ciktom..

    rasanya saya belum pernah komen dalam blog ciktom ni. sekadar silent reader.

    moga ciktom terus maju jaya dlm dunia blogging & apa jua bidang yang diceburi 🙂

    Reply
    • November 26, 2012 at 12:53 pm
      Permalink

      wslm..terima kasih sudi drop komen di blog ciktom..hee…
      thanks..semoga blog cik laili pun makin mantap dan sukses 🙂

      Reply
  • November 27, 2012 at 6:04 pm
    Permalink

    Assalamualaikum,

    Waaahh banyak nya comment, jealous pun ada …saya tak terbalas kot. Tabik Cik Tom balas semua comment. Apa-apa pun kita ni kan manusia…rambut sama hitam tapi hati lain-lain, itulah asam garam nya dalam segala hal…..

    Reply
    • December 9, 2012 at 10:43 pm
      Permalink

      balas selagi bkemampuan..ada juga komen yg tak terbalas..huhu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!