Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Alhamdulillah cik tom berjaya menghadirkan diri ke Seminar Buat Duit dari Blog anjuran Denaihatiย di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Maaf ya cik tom takde tegur sesiapa dengan bagitau nickname cik tom dalam seminar tersebut melainkan Myraย pemilik blog Celoteh MJ. Cik tom ingat nak tegurย Cik Lailiย juga sebab dia ada komen cik tom pasal nak ke seminar tapi tak cam dalam 220 orang. Maaf ye bukan sombong tak nak tegur yang lain tapi cik tom SEGAN. First time cik tom join event anjuran denaihati. Artikel mengenai cik tom ke seminar buat duit dengan blog juga masih belum disiapkan. InsyaAllah bakal menyusul selepas ini.

Seminar Buat Duit dari Blog anjuran Denaihati

Seminar buat duit dengan blog ini memang menarik dan banyak ilmu serta tips baru yang cik tom perolehi disamping tips yang sudah cik tom ketahui hasil dari pengalaman sendiri. Terdapat empat orang ahli panel iaitu NisaKay, Titan, Shuth dan Tekong. Antara keempat panel tersebut cik tom tak berapa mengenali Tekong tapi websitenya Amanz.my memang selalu cik tom singgah baca review mengenai latest gadget cuma tak tahu pemiliknya. Manakala blog NisaKay ini memang selalu cik tom dengar nama ini disebut dalam facebook dan memang seorang blogger perempuan cantik yang popular. Blog dan forum wangcyber Shuth memang cik tom suka stalk kalau time free. Ikut mood but mostly silent readers je. heee ;p

Ahli Panel Seminar Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
Ahli Panel Seminar Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Kredit pic: HairulAzni

Kesemua empat ahli panel memang memberikan tips buat duit yang menarik. Tapi boleh dikatakan tujuan utama cik tom ke seminar tersebut ialah kerana ingin mendengar sendiri tips buat duit dari blog oleh Cikgu Titan.

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Ermm… cuma ada juga part frust sikit sebab tips buat duit yang titan kongsikan tue kebanyakannya dah cik tom ketahui sikit hasil dari stalk blog-blog titan. haha… Cik tom harapkan titan kongsikan serba sedikit tips affiliate luar negara tapi cik tom faham bukan semua orang tahu dan rajin nak jadi “stalker” macam cik tom. huhu..

Lagipun masa pun tak mencukupi untuk setiap ahli panel berkongsi tips. Yang pasti kalau sehari sorang pun belum pasti cukup masa untuk berkongsi tips buat duit dengan pengalaman blog bertahun yang masing-masing miliki. Kita sendiri kena rajin usaha untuk tambah ilmu lain. Lemak la kan kalau cik tom nak semua tang tue jugak. Tapi takpe cik tom dah jumpa sumber baru untuk stalk. hee..Buat Duit dengan Blog

Kredit pic: PondokKecil

Tips buat duit yang menarik dari panel titan ialah menulis artikel affiliate melalui jiwa. Rasanya tips ini memang menarik bagi cik tom dan tidak semua orang boleh untuk lakukannya. Memang kalau baca entry jiwa titan mudah termakan umpan. Cik tom dalam proses untuk belajar menulis dari jiwa. Rajinkan diri untuk menulis artikel mengenai affiliate lebih dari 5 artikel. Banyak kena tambah sebab biasa cik tom buat artikel satu atau dua je dalam blog ni. Harap2 boleh jadi lagi hebat dari titan. haha.. Jangan marah ye sifu ๐Ÿ˜€

Alhamdulillah semakin ramai menyedari peluang buat duit dari blog selepas menghadiri seminar anjuran denaihati. Satu fenomena yang bagus dan sihat. Kita kena rajin explore untuk cari kelainan dan pelbagaikan teknik apabila makin ramai buat promosi perkara yg sama.

Yang penting jom kita sama-sama usahakan secara konsisten. Jangan patah semangat untuk mencuba. Kalau sebulan dua mencuba tak berhasil. Kita cuba dan cuba lagi sehingga berjaya.

Seriously cik tom dan adik kagum giler bila dengar pengalaman blog dan tips buat duit dari rayyan! Seorang traveller blogger yang sangat comel. Jangan sayang untuk laburkan duit untuk apa yang kita minati- tips dari blogger comel rayyan.

Terpaku tengok kecomelan NisaKay bergwiyomi dengan bro Zarul dan point penting tips menarik yang dikongsi ialah- from passion what you do, will generate income. If busy, try to make your daily life as a content or entry in blog but in ย interesting way. Don’t ignore negative comment but try to improve it.

Tips buat duit dari Shuth yang macho- ialah fokus blog pada niche tertentu dan teknik marketing yang betul. Dengar Shuth memang rasa agak semangat bila Shuth ni bangun masa share pengalaman buat duit. Terus rasa nak taip ebook satu hari satu mukasurat, cukup 30 hari siap 1 ebook 30 mukasurat-ini tips dari AbangEnsem.

Walaupun tak menang hadiah best S4, iPad Mini, Pakej Kembara Kemboja.. alhamdulillah bertuah kerusi cik tom duduk tue boleh bawak balik 3 botol Vitamin Minda Aktif tajaan Ustaz Noehas. Masa amik hadiah kat kaunter tue agak blur dan denaihati yang bagi tanya siapa nama cik tom? Cik tom pergi bagitau fullname je. huk3

Artikel ini adalah satu penyertaan cik tom untukย Contest Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihatiย 

nota kaki: pada kawan-kawan blogger dan pengunjung blog, mohon klik button G+ dibawah boleh? Kalau dah klik ia akan bertukar jadi warna merah. terima kasih ๐Ÿ˜‰

Mohon support rakan-rakan untuk undi entry blog cik tom ini di blog denaihati>> UNDIAN BLOG DENAIHATI..

1. Then, klik login..
2. Kalau 1st time kena register (simple je form)–kalau dah pernah trus proceed step no.3
3. Undi blog ciktom dengan tick kotak url entry ciktom.com
4. Klik button “hantar”

Dah siap undi jangan lupa komen di status wall facebook cik tom untuk peluang hadiah giveaways!!! Undi dibuka sehingga 26/6/2013…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

105 thoughts on “Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE