Pengalaman Kerja Sambilan dengan Menulis RM500/ Artikel
Salam Sayang… Cik tom tak sangka hasil dari artikel cik tom sebelum ini mengenai peluang kerja sambilan buat duit dengan menulis berjaya menarik minat pengunjung ke blog cik tom. Idea artikel tersebut ditulis berdasarkan pengalaman rakan sekerja, Hajar yang telah mula buat kerja sambilan dengan menulis artikel di majalah-majalah ketika masih status seorang pelajar. Untuk tahu lebih lanjut mengenai kisah tersebut boleh rujuk artikel>> Peluang Kerja Sambilan Dengan Menulis.
Kredit pic: MotivateUs
Artikel itu turut menarik minat penceramah/ trainer menghubungi cik tom bagi mendapatkan detail contact saudari Hajar. Tujuannya untuk tawarkan jemputan sebagai ahli panel undangan untuk menceritakan pengalaman beliau dalam usaha buat duit dengan menulis. Tapi sayang atas dasar menghormati hak privasi beliau tidak ingin segala maklumat diri diberikan pada orang lain sewenangnya.
Jadi kepada pengunjung lain juga (yang telah/ bakal bertanya perkara yang sama), maaf ye cik tom tak dapat berikan maklumat email mahupun nombor telefon Hajar. Hajar maklumkan segalanya sudah sedia dia maklumkan sepertimana apa yang dikongsikan oleh cik tom dalam entry tersebut. Korang yang kena berani mencuba untuk hantar draft artikel kepada pihak editor majalah. Jika tidak cuba, korang tidak akan tahu sampai bila-bila di mana tahap kemampuan korang.
Untuk berjaya tidak semuanya ada ditulis dalam panduan atau buku sepertimana kita pelajari di sekolah selama ini. Itu semua hanya sebagai guidelines sahaja. Yang lain terserah pada diri kita untuk menentukan kemanakah hala tuju kejayaan dalam hidup?
Maaf ya intro pun dah panjang lebar. hehe… Tapi cik tom perlu sedarkan pada2 mereka yang asyik PM cik tom bertanyakan “Bagaimana nak berjaya buat duit dengan menulis? Nak tulis artikel yang bagaimana? Berapa panjang artikelnya? Ada majalah lain tak selain majalah yang ciktom berikan tue? Tolong bagi tips menulis artikel yang bagus boleh? Sebulan berapa artikel boleh tulis? Sebulan berapa duit Hajar boleh dapat dengan menulis? Boleh bagi contoh artikel yang pernah ditulis Hajar tak?“.
Ok fullstop bab membebel tue. hehe…
Beberapa hari yang lepas cik tom turut dapat komen yang menarik dari saudara Adi 3121 yang menceritakan pengalaman beliau menulis secara sambilan di majalah “Perajurit”. First time cik tom dengar nama majalah ni. Tapi itulah yang menariknya di Malaysia ini terdapat pelbagai jenis majalah dan syarikat penerbitan yang ada. Nak tahu? Google je cari alamat atau email syarikat penerbitan.

Memang betul dengan menulis dapat menjana wang mudah. Tapi perlukan usaha yang konsisten. Saya menulis secara sambilan untuk majalah PERAJURIT. Alhamdulillah, sekarang dah jadi Penulis Tamu majalah tersebut. Tentang bayaran untuk sebuah artikel, jumlah tertinggi pernah saya dapat RM500/artikel. Bergantung kpd berapa m/s artikel tersebut. Rakan2 yang berminat untuk menulis, teruskan usaha anda kerana tak ada yang mustahil. Selamat menulis.-Adi 3121-
Pada asalnya saudara Adi hanya menjadi penulis sambilan. Tapi alhamdulillah akhirnya atas usaha konsisten beliau berjaya menjadi “Penulis Tamu” untuk majalah “Perajurit”. Malahan bayaran paling tinggi yang beliau pernah terima ialah RM500 untuk satu artikel! Wow tinggi kan??
Nasihat yang diberikan oleh Adi juga menarik iaitu “teruskan berusaha pada rakan yang berminat untuk menulis kerana x ada yang mustahil”.
Pada yang tambah ilmu macam mana cara nak menulis terbaik. Cik tom syorkan korang pergi baca tips dari saudara Aqif Azizan>> Rahsia Mudah dengan Menulis.
So??
Mulakanlah langkah untuk cari dimana kebolehan dan minat diri masing-masing. InsyaAllah akan datang cik tom akan usahakan kongsi tips ringkas untuk menulis artikel.
- Peluang Kerja Sambilan dengan Jomniaga
- Peluang Kerja Sambilan dengan Menulis
- Info Tentang Kerja Sambilan dengan Jobdirumah
- Peluang Perniagaan Taufufah dan Air Soya
- Panduan Lengkap Cara-Cara Jahit Baju Kurung Tradisional
- Cara-cara Buat Duit dengan Blog
- Tips Buat Duit Dengan Blog
- Cara Dapat Duit Mudah Tanpa Modal
Kredit pic: Zulfa
UPDATE 2017
Pada yang banyak email cik tom bertanyakan mengenai panduan menulis diatas, cik tom minta maaf panduan tersebut telah dihentikan penjualan pada tahun 2016. Tapi jangan risau cik tom dah dapatkan source baru bagi korang yang berminat untuk belajar cara buat duit dengan menulis. Hasil nukilan dari saudara Shamsuriyadi seorang penulis buku yang banyak mengeluarkan pelbagai jenis buku di pasaran.
Beliau seorang juga seorang blogger dan juga penulis bebas. Ada pelbagai tips untuk buat duit yang didedahkan dan ianya amat berbaloi dipelajari untuk tambahan duit sampingan dan mungkin sepenuh masa. 🙂
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut sila ke website beliau>> Rahsia Buat Duit Dengan Menulis<<
Sharing is caring
Nak jadi penulis majalah ni bermula dari penulisan blog. Kebanyakkan editor akan tengok gaya penulisan kita. Cantik dan menarik gaya tulisan, besarlah peluang nak dapat job tu.
Jom baca entri terkini Cikgu Hairul …Kemalangan Tak Ngeri
ya benar jadi kita mesti ada bakat itu kena cuba skill tulisan jer sy rasa tang tu kena mantap skit
Jom baca entri terkini suri …Tersumbat !
seronoknya!!
kerja halal macam ni > berkat.. 🙂
Jom baca entri terkini tips …Petua Rambut Berbuah
aik bermimpilah daku cmani nak dpt 500 heee
Jom baca entri terkini suri …Waktu Yang Masih Berbaki
Menulis pon sumber pendapatan kan..
Jom baca entri terkini Qashmere …First Movie Outing With Mummy
Asal rajin jer kan cik tom..emmm banyak gak cik tom dapat soalan cepu mas yer..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Kenapa Harus Sedih Bila Miskin
kena kreatif ni, kalau nak jadi penulis..
Jom baca entri terkini hafiz …Ranking Alexa berjaya dicapai
Rejeki alhamdulillah satu artikel mendapat harga rm500…semakin lama harganya bisa meningkat itu Cik Tom…
Tahniah…tahniah
Jom baca entri terkini Ferry …Jaminan Asuransi Kesehatan
Memang boleh buat duit jika menulis ni. Cuma kena rajin dan kreatif dalam penulisan dan isu. Semoga entri ini dapat membuka minda mereka yang berminat
Jom baca entri terkini Bin Muhammad …Cermin Alam Untuk Cerminan Diri
wow best..tp apapun nk kena kreatif biar nmpk lain dr yg lain
Jom baca entri terkini akhil …Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi
memang ada yang berjaya macam nih, penulisan kena bagus dan menepati piawaian juga nih lagi satu kena rajin.
Jom baca entri terkini eiela …Tips Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Kawan aku pun ade yang menulis sambilan untuk majalah dan newspaper.
Jom baca entri terkini Joe …Panduan Memasang Facebook Custom Tab
gaya penulisan akak sah2 tak layak masuk majalah..hahah..
Jom baca entri terkini diana …MAISARA::lepas demam
akk pun minat juga dgn kerjaya buat duit dgn menulis ni, cuma kesuntukan masa…
akk latih menulis di blog sndiri dulu 😉
Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Agenda Penting Datin Rosmah
menariknya…. bila berbakat dan rajin, memang akan membuahkan hasil!
Jom baca entri terkini mama adam …Resepi Water Colour
yeah gagal sekali boleh cuba untuk dua kali dan seterusnya , InshaAllah pasti akan berjaya pada masa hadapan
Jom baca entri terkini onlajer …Risalah Yang Amat Kecil
sy harap akan dpt jadi cam beliau heee ceh wah berangan tak sudah cik suri ni
Jom baca entri terkini suri …Akanku Temui Cinta..
sepa akan tgok latar belakang kita juga klu tak der ilmu itu sush juga..bahasa pun kena gilap sllu ni huhu…
Jom baca entri terkini suri …Semacam Aku Tidak Boleh Fokus Pada Blog Lagi..
Terima kasih di atas perkongsian info… Lepas ni kena semakin rajin menulis… 😉
Jom baca entri terkini Anuar …Top 10 Page Rank tertinggi Di dunia diungguli oleh laman web Twitter
lepas ni bolehlah cuba hantar kat mana2 editor ni..
Jom baca entri terkini fiezaradzi …Cuti Sekolah Bermula
Nak juga jadi penulis sambilan ni. Tapi kena masuk kelas penulisan balik agaknya
Jom baca entri terkini Ladfe Amir …Contest Review Tak Terkalah
gua tak tulis kat majalah. hancur masyarakat malaysia nanti. haha
Jom baca entri terkini titan …Ustaz Azhar Idrus sudah TIGA. Gua??
ada juga kawan saya yang rajin menulis untuk peraduan & selalunya dia menang. rezeki masing2, kan?
ada tak yang berminat untuk masuk Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia? Tarikh tutup 31/10/2013. hadiahnya agak lumayan juga.
http://www.ciklaili.com/2013/05/pertandingan-menulis-esei-sejarah-2013.html
Jom baca entri terkini ciklaili.com …Panduan Bercuti Dengan Kos Minimum
banyak yg boleh dilakukan dengan menulis, selain minat ianya juga menjadi salah satu sumber pendapatan
Jom baca entri terkini ajumohit …#Family Day 1 | Trip ke Legoland, Johor Bahru
Memang menulis memang boleh buat duit. Untuk menulis kena banyak membaca. Menulis dan membaca bagaikan isi dengan kuku.
Jom baca entri terkini Sya Isya …CARA MUDAH UNTUK NAIKKAN PR BLOG | BUANG KOMEN SPAM
saya pula pernah menulis di Berita Harian edisi Sabah.. ianya memerlukan komitmen tinggi..
Jom baca entri terkini Mus …Melihat Senja Berlabuh Di Tuaran
sayang pula cik Hajar tak nak dijemput sebagai ahli panel. peluang besar sebenarnya tu untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang penulisan. tapi mungkin dia ada sebab peribadi yang lebih penting untuk disimpan.
Jom baca entri terkini Amirez …Pengalaman Malam Pertama Atas Kapal Terbang
menarik.ingat lagi masa baca artikel ciktom pasal ni..teruja baca..tapi rasanya tak sesuai dengan saya kot..bukan penulis hardcore…hehe
Jom baca entri terkini afif …Permohonan Akaun Google Adsense Diterima
Identiti itu penting…
Jom baca entri terkini ProfHariz …22 Tips Menghasilkan Artikel Di Saat Ketandusan Idea
menarik juga nie…nak juga cuba….
Jom baca entri terkini Rahmat Ariffin …Jalan-Jalan Di Tesco, Seberang Jaya…
ya..memang betul menulis boleh menjana pendapatan..kena rajin dan minat pun penting jugak..
Jom baca entri terkini HafizAmri …Tips Mencari Idea Dalam Penulisan
sy dapat dulu skrg tak der le hurm…
Jom baca entri terkini suri …Ouch! Sakitlah
dulu pernah teringin nak jadi penulis macam ni, sebab tu kadang-kadang cuba menulis artikel dalam majalah sekolah, majalah universiti dan dalam blog sendiri. malangnya kosa kata semakin hari semakin memudar sehingga terpaksa menarik diri dari menjadi AJK Jurnalis. oh kenapaaaaa T___T
Jom baca entri terkini Zida …Ringan Di Mulut, Berat Di Timbangan
Untung ada bakat dan kemahiran menulis dengan baik. Lebih bagus ada lah mempunyai bakat semulajadi lagi unik.
Jom baca entri terkini akubiomed …Kenali sains dalam dunia islam dengan Sultans of Science
kalau adaimpian untuk menulis di majalah atau novel, boleh mula berlatih menulis menggunakan blog. Memang kita mampu memperbaiki mutu penulisan dan besar kemungkinan impian bergelar penulis akan menjadi kenyataan
Jom baca entri terkini puteri kasih …Kesan Meletakkan Gambar Dalam Setiap Artikel Blog
InyaAllah, nantikan penulisan saya di Majalah. 🙂
Saya minat tulis juga.
Jom baca entri terkini Asyrof – Blogger Tanah Arab …3 Rahsia Sifat CEO Blogger Otai Tidak Terkalah Malaysia
ada kemahuan dan usaha pasti kita berjayakan 🙂
Jom baca entri terkini Khairul Zamri …Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
kayo tu rm500 utk satu artikel.. Untung saudara adi tu.. kalau tulisan kita berkualiti, ialah ramai yg akan offer dgn harga tinggi
seronok kalau hasil penulisan dah mula menunjukkan hasil..rm500 per artikel..memang masyuk..huhu
Jom baca entri terkini hafizrahim …Perniagaan Kuih Raya
untung la siapa yang rajin dan ada kemahiran
cik tom juga nampak macam ada gaya menulis yang bagus
Jom baca entri terkini TehR …Rentak Dan Melodi Tak Terkalah
Sy juga ada pengalaman menulis artikel… Penat… Otak…
Jom baca entri terkini Izzuddin Fauzi …WW
banyak juga rm500 untuk satu artikel. yg penting kena ada kemahiran dan ada pengetahuan dlm bidang yg kita tulis tu.
Jom baca entri terkini khairil …Ngeri: Roller Coaster Yang Direka Untuk Membunuh Penumpang
yup memang banyak..bayaran atas pengalaman dan kemahiran juga..tapi normal awal2 murah..nanti dah femes confirm dpt bayaran best!
ni yg nak menulis ni…
Jom baca entri terkini fendy …Segmen 3 Hari Mencari Bloglist by CiKGUHAiLMi
rembat je peluang ada…nanti menyesal…haha..xpun mulakan menulis review kat blog pun ok 🙂
besar sekali upah per artikel yang di dapatnya, ini makin menambah motivasi saya untuk tetap menulis
Jom baca entri terkini Rina …List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 Sites
Salam, Alhamdulillah saya dah terima komisen ke 5 daripada j obdirumah.com semalam. Lambat nak update sebab sibuk dengan urusan kerja. Walaupun tengah sibuk, sempat juga check email melalui smartphone Samsung. Seronok rasanya bila buka email tengok ada duit masuk. Jika anda berminat dengan kerja sambilan menaip, saya sangat sarankan anda sertai segera jobdirumah . Ini adalah kerana kerja yang tersenarai dalam jobdirumah adalah kerja-kerja yang melibatkan kerja data entry seperti menulis artikel, membuat terjemahan, membuat research dan pelbagai lagi.
wahhh..bgus lah cik tom… suka baca blog cik tom ni.. byk pengisian.. penulisan pun santai dan kacak… 🙂
Jom baca entri terkini its maey …3 Strategi Boleh Buat Duit Pemasaran Facebook
Menarik!
Nak kena bykkan lagi usaha utk kembangkan bakat penulisan ni…
thanks cik tom berkongsi
Jom baca entri terkini hafizmd …Awas Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang!
Salam. T/ksih Cik Tom sebab sudi kongsikan pengalaman saya di blog anda. Untuk pengetahuan semua, saya mula menulis pada tahun 2010 semasa menuntut di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah. Bukan semua artikel yang dihantar akan diterima dan diterbitkan. Ada juga berlaku penolakan bagi sebilangan artikel yang tidak memenuhi standart yang diingini pihak majalah. Apapun, konsisten dan sentiasa berusaha selain berdoa. Saya turut berharap agar lebih ramai penulis muda yang akan lahir selepas ini. Saya sendiri baru berusia 22 tahun. Sekadar berkongsi pengalaman. Terima kasih Cik Tom.
wah, tahniah, semoga terus sukses saya ucapkan…
Jom baca entri terkini Hanif Menhad …LAMAN APLIKASI APDM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID SEKOLAH MALAYSIA
Minat berniaga? Dropshipping barangan pun boleh buat duit juga. Anda boleh jadikannya salah satu cara kerja sambilan dari rumah.
Memang seronok menuliskan..huhu
Terima kasih perkongsiannya.