Peluang Kerja Sambilan Dengan Jomniaga
Assalamualaikum dan Salam Sayang….. Hari ini cik tom nak berkongsi salah satu kerja sambilan yang cik tom sendiri pernah join untuk tambah duit sampingan. Peluang kerja sambilan buat duit dengan jomniaga ini memang bersesuaian untuk semua kategori lapisan masyarakat iaitu pelajar IPTA/ IPTS, penganggur, suri rumah, pekerja sektor kerajaan mahupun swasta, pesara dan mereka yang memang tengah mencari peluang tambah duit sampingan @ sideincome.
Lagi-lagi sekarang sudah makin hampir dengan musim puasa dan seterusnya musim raya. Dengar-dengarnya juga bakal ada peningkatan harga barang runcit dan basah menjelang musim puasa dan raya. Memang banyak memerlukan duit terutamanya pada yang sudah berkeluarga. Tanggungjawab menjadi semakin besar untuk memberikan hanya yang terbaik buat keluarga tersayang.
Cik tom memang suka jadikan kerja sambilan di rumah dengan menggunakan teknik kerja sambilan secara online. Pelbagai program menjana pendapatan yang telah cik tom cuba di dalam dunia internet ini. Sesetengahnya pernah cik tom kongsikan dalam artikel category “buat duit”.
Salah satu peluang kerja sambilan yang cik tom paling sukai ialah melalui program affiliates. Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu program affiliates?? Affiliates ialah satu cabang perniagaan secara online yang menjadikan anda seorang agen (orang tengah) yang akan mempromosikan produk fizikal atau digital yang sedia ada dari pihak lain samada usahawan persendirian mahupun syarikat (vendor). Seterusnya anda akan mendapat bayaran komisen (upah) jika ada orang yang membeli produk tersebut menggunakan link affiliate anda.
Program affiliate ni sama ke dengan MLM?? Hehe… sama sekali tidak sama kerana affiliate ni kita akan jadi agen untuk promosi (mengumpan) potential customer beli produk atau servis menggunakan link affiliate kita. Manakala MLM ialah program kumpul duit mengikut level. Makin up level makin tinggi keuntungan diperolehi. Keuntungan akan diterima sekiranya terdapat downline yang mendaftar jadi agen di bawah kita. Jika takde kira burn camtu je bayaran yang dikenakan untuk jadi agen MLM.
Manakala program affiliate ialah salah satu peluang kerja sambilan tanpa modal @ percuma sahaja! Anda hanya akan mendapat komisen jika sekiranya terdapat customer yang membeli produk menerusi link affiliate anda.
Dibawah ialah gambar ranking Top 100 bagi tahun 2013, cik tom berada pada kedudukan nombor 41. Screenshot diambil pada 02/05/2013. Kedudukan ini mungkin berubah makin membesar nilainya atau makin mengecil. Harap-harap makin kecil hingga ke penghujung tahun 2013. hee… Gambar tue cik tom edit sebab panjang la kalau nak amik semua dari kedudukan 1 ke 41. huhu…
Ranking keseluruhan tahun 2012, kalau tak silap cik tom berada pada kedudukan ke 29 dari top 100 agen affiliate jomniaga. Korang dah daftar masuk jomniaga ni boleh cek ranking top 100 pada dashboard jomniaga> klik menu “Leaders”.
Apa yang best kerja sambilan di rumah dengan program affiliates Jomniaga ni?? Banyak perkara yang best tapi sebab nak pendekkan artikel ini, so cik tom listkan 10 perkara yang cik tom rasa best dengan jomniaga ni ye;
- Tanpa modal a.k.a Percuma!!
- Kerja sambilan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa menganggu sesiapa yang ada kerja tetap/ masih belajar mahupun surirumah.
- Cik tom tak perlu sebarang produk sendiri/ simpan stok untuk promosikan, guna produk disediakan oleh pihak lain di jomniaga
- Hanya memerlukan gadget berteknologi samada PC/laptop/ smartphone berserta internet untuk buat kerja sambilan dengan jomniaga.
- Terdapat pelbagai jenis produk fizikal dan digital yang terdapat di jomniaga yang boleh kita pilih bersesuaian dengan minat.
- Tak semestinya kita perlu ada blog! Kita boleh promosikan link affiliate di mana saja social networking contoh di facebook, twitter, forum, email dan sebagainya.
- Mudah untuk promosi kerana banyak bantuan. Jika korang adalah pengguna wordpress-> boleh gunakan plugin jomniaga+banner untuk promosi di blog, pengguna blogspot->boleh gunakan tutorial coding untuk masukkan random banner di blog. Jika korang takde blog-> boleh terus klik pada icon-icon sharing social networking yang memang sudah sedia ada di dalam web jomniaga untuk promosi. Mudahkan???
- Sistem tracking link affiliate yang bagus. (penting untuk trace pembeli beli produk dari agen yang mana satu)
- Sistem affiliate yang boleh dipercayai dan membayar komisen tepat pada masanya (on time).
- Tiada risiko kerana untuk daftar jomniaga dan promosi semua produk di dalamnya adalah percuma!
Cik tom rasa cukup sampai disini dulu penerangan cik tom mengenai program affiliate jomniaga. Kan banyak nanti overload information susah jugak. Cik tom dah tunjukkan satu jalan untuk anda menjana pendapatan sampingan tanpa modal dengan jomniaga. Sekarang cuma tinggal korang yang perlu sedar akan potensinya dan yang paling penting bertindak!
Jika korang berminat untuk mulakan langkah pertama menjana pendapatan online tanpa modal boleh mendaftar di website jomniaga dengan klik >>Daftar Jomniaga Percuma<<
atau boleh juga klik banner dibawah;
Artikel lain berkaitan kerja sambilan dari rumah yang boleh dilakukan secara online;
- Peluang Kerja Sambilan Dengan Menulis
- Kerja Sambilan Dari Rumah (Part Time)
- Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah
ps: Ada mana-mana blogger dapat email invitation “VIP Affiliate Ticket to JomNiaga Summit 2013” pada 22 Jun 2013 tak??
Sharing is caring
nk tryla…dh lama xbuat promosi affiliate ni…
Jom baca entri terkini lin azlina …Rezeki : Bulan Jatuh ke riba
wah, terernya dia.
Jom baca entri terkini titan …Awek Petronas Baju terbalik.
Peluang terbaik nak cari duit raya ni…
Jom baca entri terkini Anuar …WW: Isu Dakwat Kekal Dalam PRU13
dia tak ganggu masa kita ke cik tom..akak ada minat jugak tapi sekarang ni memang jarang online la..tak berani nak cuba ..
Ingat lepas ini hendak cuba pulun Affiliates setelah mendapat tips dari Titan. 🙂
banyaknya earning ciktom..betul bertindak tu memang perlu..dan lepas bertindak memang tak akan terus dapat ,kene belajar pelan2.heee
Jom baca entri terkini afif …Beli Online:Apa Anda Perlu Lakukan?
Dah lama join Jom Niaga ni tapi rezeki belum ada lagi..mungkin akan menyusul nanti..
Jom baca entri terkini Hairul Azni …Komisen Pertama Dari Program Job Di Rumah
Salam, nak tanya…kita baru je register kat jom niaga n baru post advert kat blog kita.. tapi dlm analytic, income semua tak ada rekod… Memang mcm tu or brape lama br kita boleh tgk kita dapat brapa klik or visit?
Jom baca entri terkini ira ilko …Kecantikan yang Abadi…
dari luar negara boleh kah, kalau boleh nak join pun
Jom baca entri terkini munir ardi …Prediksi Final Liga Champion Bayern Munchen Vs Borussia Dortmund
dah cuba dan jawabannya your country not supprted, he he
Jom baca entri terkini munir ardi …Makanan – makanan yang harus dihindari oleh orang yang beresiko Kanker Payudara
bagus kan program affiliate ni..kerja sambil enjoy. 🙂
Jom baca entri terkini cent …Buat Duit Dengan JomNiaga
thniah .. cik tom mmg rjn dn hbt dlm JDR ni .. sy da join affiliate progrm ni .. tp msh x grk2 sbb sbnrnya msh blurr .. sumpah x berapa dpt nk fhm lg .. huhuhu sedih nya ..
Jom baca entri terkini diarisakura …Semak Keputusan Peperiksaan PTD Gred M41
Izin berkunjung dan menyimak artikelnya sob ??
jangan lupa kenalah rajin buat promosi juga..
Jom baca entri terkini hafiz …Mee Hailam
tahniah cik tom berada dirank yang baik. semoga ramai lagi yang seheat cik tom.
Jom baca entri terkini Denaihati …Google Search bantu tingkatkan pendapatan affiliate
tahniah cik tom… hebat juga rank tu….
dah lama nak join affiliates..tapi belum ada masa nak betul2 fokus..
Jom baca entri terkini Puan Bardboo …Izz Ammar Dah Dua Tahun!
jom jom jom dengan jomniaga.. hehehe
Jom baca entri terkini boni Ultra kacak …Masuk Majalah Media Hiburan Bersama Aiman Shuffie
thanks utk tips nya.. semoga terus maju jaya 🙂
Jom baca entri terkini HafizAmri …Kelebihan Maaf
Tahniah ciktom. Memang seronok kerja sambilan dengan jomniaga ni. tak perlu susah payah keluar rumah dari rumah. Tapi, kenyataannya bukan senang nak buat duit dengan affiliate kalau tak cukup ilmu. Tapi tak juga susah. Yang penting kena usaha.
Jom baca entri terkini halim …Cara Menulis Cover Letter Power
nampaknya lepas ni aku kena godek2 jomniaga la pulak
harap2 ada masa
terima kasih banyak, ciktom
Jom baca entri terkini TehR …Pantun Cuti Sekolah
power cik tom nih hehe
Jom baca entri terkini onlajer …MUAFIQ DAN MASBUK
terbaik lah ciktom..!! wahh..no 41 tuh..
Jom baca entri terkini Norfanil …Video Kisah Hidup Tegar, Pengamen Cilik
hehehe..dah lama nantikan web camni..dulu clickbank je lah yang ada..skang dah ramai ada produk digital..:D
peh..dasat..masuk ranking.hehe..
Jom baca entri terkini reezluv …Pengalaman Menginap Di Hotel Desaria, Petaling Jaya
Program affiliasi merupakan salah satu program yang terbaik untuk cari duit
Kedepannya makin sukses dan selalu menginspirasi kita semua ni ..
Jom baca entri terkini Rina …How To Create Emails Activation Form With PHP Script
wah.. tak penah try lagi ni
Jom baca entri terkini zool …Menteri Belia dan Sukan Mahu Persatuan Bolasepak Negeri Wujudkan Jawatankuasa Integriti
mmemang bagus join jomniaga nih
Jom baca entri terkini eiela …Asam Limau Ke Buah Limau?
Baru mula mencuba dengan JOMNIAGA… Ada tips tak?
@CikTom banyak juga komisen Affiliate dapat ye..
Masyuk.. ~~ Alhamdulillah Rezeki..
Ikhlas,
Amin Johar
Webmaster Pakar Niaga
Jom baca entri terkini PakarNiaga.com (AMIN) …DOMAIN PERCUMA
tahniah cik tom. DT pon baru nak bermula beraffiliate ni
Jom baca entri terkini Datin Tyka …Fikir Dulu Sebelum …
hebat cik tom…sudah ada hasil yang membanggakan..saya tengah berusaha dan bertindak ini.
Jom baca entri terkini kakiblog …HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru
ciktom ni kalau bab mengarang ayat, memang power, hehehhe
Jom baca entri terkini Juan …Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa
berminat jugak tp tak tau macam mana nak ptomote
Jom baca entri terkini Sara …Fatin Sidqia Lubis Juara Show X – Factor Indonesia
enaknya bisa kerja sambilan. buat nambah uang dapur..hehehe
Jom baca entri terkini Nakusan Bali …Cerita Cinta
bagus juga cuba affiliate nih..boleh tambah pendapatan..
Jom baca entri terkini Syarih …Tip Berseronok Dengan Komputer.
Nampak bagus affiliate jomniaga ni…tapi setakat daftar lebih kurang 1 tahun dah, bekum satu senpun income masuk..Tak tahu nak buat macam mana? Org lain senang2 jana income?
Jom baca entri terkini sensasi2020 …Nak Membongkar Rahsia Seorang Blogger Terkenal Di Contest Review Tak Terkalah
Peluang sentiasa ada cuma tak tau nak buat.
sape tak join, join la cepat. Macam macam produk ade untuk dipromote.
Jom baca entri terkini Joe …Liberty Reserve Ditutup!
Pernah cuba jom niaga ni memang terbaik,
Jom baca entri terkini MindaKini …Khasiat Air Kelapa Muda
Emm boleh try gak ni..lama dah menyepi bersama jomniaga nih…hahaha
Jom baca entri terkini Hafizul …Kenapa Harus Sedih Bila Miskin
belum pernah cuba.
teruja tengok $$ cik tom. hehe!
Ada daftar Jomniaga ni. Tapi blm pernah promote. InsyaAllah..dalam masa terdekat
Jom baca entri terkini Ladfe Amir …Contest Review Tak Terkalah
masyuk cik tom. sekarang ni memang macam2 program affiliate ada. syok jadi affiliate hunter ni. 😀
Jom baca entri terkini Sya Isya …CARA MUDAH UNTUK NAIKKAN PR BLOG | BUANG KOMEN SPAM
cik tom memang terer..salah satu idola saya dalam affiliate. 🙂
Jom baca entri terkini cent …Recharge