Post navigation

Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat

Posted on by

Lelaki kacak tidak sukakan wanita berjerawat. Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita. Rasanya masalah jerawat hadir pada muka memang tidak disukai ramai termasuk cik tom sendiri. Muka cik tom ini memang jenis berminyak dan berjerawat. Macam2 tips dan produk yang telah cik tom cuba untuk mengatasinya. Kali ini cik tom nak kongsikan Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya. Segala tips cara hilangkan jerawat dalam entry ini pernah dicuba sendiri oleh cik tom masa sekolah dan belajar di universiti.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.

Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye!

Sekiranya segala tips cara hilangkan jerawat ni tak berkesan buat korang, cik tom suggest korang dapatkan; Panduan & Rahsia Rawat Jerawat dari seorang doktor pakar jerawat. Testimonial dari cik tom sendiri – Cara Hilang Jerawat dengan Dr. Haseenah. Dah dapatkan tue jangan lupa rajin-rajin praktis tau. :)

********************************************************
klik sini


83 thoughts on “Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat

  1. sslu sy akan sarankan ank2 sedara air panas yg suam2 kuku tu..bt setiap hari sehari 2 kali hee..

    syukur smua ok sahaja..depa kulit tak blh pakai pembersih yang ada jual kt pasaran sb depa punya kulti sgt sainsitf hu…

    • memang tips pencegahan jerawat ialah cuci muka setiap hari dan juga banyak minum air masak..mencegah lebih baik dari mengubati..

      • ciktom tlg jwb :

        saya pakai pencuci muka yg Oil Teen . Saya selalu guna tapi tak hilang-2 juga jerawat ni . Tapi bila muka saya kena panas mmg jerawat lebih menonjol . Apa sebenarnya masalah saya ni ?

        • pendapat cik tom pencuci muka tue tak sesuai dengan kulit muka awak.. cuba pergi ke farmasi dan minta ahli farmasi rekemenkan produk pencuci yang bersesuaian dengan muka awak dan juga pencuci muka yang utk kulit muka sensitif dan berminyak… kalau kena panas n jerawat tue menonjol berlaku sbb bila panas muka akan lebih cepat berpeluh dan berminyak jadi jerawat lagi nmpk merah dan menonjol..masa ni juga bakteria2 jerawat lg aktif.. suggestion cik tom yang lain ialah guna tisu untuk serap minyak pada muka. ada jual kat farmasi juga. so waktu tengahari biasakan amik tisu ni utk serap minyak pada muka. yg penting ingat kena rajin cuci muka 2x sehari ye.

  2. skrg syieda berulang alik ke tempat kerja dengan moto. muka cepat berminyak dan naik jerawat.
    nak tanye ciktom, gune ubat gigi tu kalau lurut ke sluruh muka, biar sampai pagi, muka merah2 x? takot nak try.. -.- tapi nak try utk muka ni

  3. jerawat ni ubatnya kawen je,..
    sejak akak kawen ni tak de dah jerawat..
    hehehh..:p

      • maaf cik tom , sye x boleh nak komen di tips itu .. sye nk komen psl tips turunkn brat badan .. saya pernh gune kn pati halia yang ibu saya berika tapi bile dah letak perut dan peha saya berasa sngat panas ade tak cara lain

        • kalau xsesuai pati halia boleh cuba tips lain dlm entry tips yang cik tom bagi ye…contoh kawal pemakanan..banyakkan minum air masak..kurangkan minum minuman berais..

    • memang ada tips ni dan ciktom dah pernah cuba sendiri..mmg glamer tips ni masa blaja u dulu..malam2 semua muka bertempek ubat gigi..hehe

    • aah ada muka yang bila ada jerawat lagi naik seri kecantikan muka ala2 pakai blusher (pemerah pipi) kat pipi..heee

  4. masalah ni melanda zaman remaja..
    ubat gigi pernah cuba tapi bekas jerawat akan jelas kelihatan..

    • eh ye ke??cik tom guna ok dan bekas jerawat pun xjelas kelihatan kecuali kalau kita garu/ picit pada jerawat..wallahualam..

  5. muke sye berjerawat and berminyak >_<
    after sya guna ubat gigi , jerawat and minyak kt muke sye dh berkurang .. huhuhu
    firsttime nk gune ubat gigi tu , rase mcm ragu2 je but after guna memang terbukti berkesan .. hehehe .. ^_^

  6. saya rasa nk try gak guna ubat gigi tuh…tapi takut kalau muka jadi merah & gatai2..tgh ragu2 nih.. =(

    • just sapu ubat gigi tue pada jerawat..ciktom guna xjadi merah n gatal2 pun..kl ragu2 try waktu cuti hujung minggu tgk cne..kl xok stoplah..

  7. ciktom…tips tips d atas bleh gne tak untuk org berumur 15 k bwh..tkt lh nti jdi ape2 kt kulit n…..klau klit xptang lgi..??

    • boleh je iral.. sebabnya bahan-bahan yang digunakan tradisional.. ramai yang komen respon diorang sesuai dengan tips guna ubat gigi.. boleh guna yang ni.. fleksibel.

    • saye nak tanye kalau guna ubat gigi tu jenama ape pon boleh ke berapa lama masa yg diambil untuk hilang ye?

  8. terimakasi atas tips-tipsnya,akan saya amalka setiap hari dengan daun lida buaya.

  9. cik tom ,kenapa saya guna tomato x hilang2 pown ……..lpasto saya guna putih telor ad la hilang sikit ….sya pnye jerawat x da la banyak sangat …tpi……………………………….kat dahi banyak …..pipi kanan dan kiri sikit je…..n cik tom, mcm ane nak hilang kan bintik2 hitm ????????????????????????harap cik tom dapt tolong saye????????????

  10. kalau guna tips putih telor to ,brapa lama mase akan hilang????????????????dan lg satu klau saya gna tomato bkn jerawt akn hilang tapi la tumbuh ad la cik tom ???????kenap ea cik tom??????harap cik tom blas

  11. Dlu muka sy pn byk jrawat..kdg2 tu bernanah dn merah.smpai kwn2 pn tegur.bila jerawat 2 melarat smpai kt leher..mak pn tegur jg.mcm2 dah cara sy cuba still jga x nak hlg.bf pn cmplain kata muka dy lbih licin.malu sgt.tp bla dah khwin..jerawat bkurang dn xteruk mcm dlu.skg ni jerawat yg tmbuh kt muka ni jerawat halus tp x byk.tp mslh sy skg pori muka sy nmpk jelas sgt kt pipi.mgkn pori muka mbesar dsebabkn jerawat yg dulu.ada x pnyelesaiannya?

  12. Cik tom .. Nk tanye sikit.. Klu guna ubat gigi nk guna jenama ap ? And,klu da guna ubt gigi boleyh guna pencuci muka x ? Ke kene stay jee kat ubt gigi ? Sy perlu bantuan cik tom or somebody !

    • ubat gigi tue sapu hanya pada jerawat je ye..bukan sapu seluruh muka..nak cuci ubat gigi tue boleh je guna pencuci muka..ubat gigi boleh je guna mana2..ciktom guna safi o fresh n white..

  13. pagi cik tom
    kalo obat gigi itu yang gimana ? ngarti blum sya
    terus cara pakay nya gimana cik tom tolong bantu saya dong

    • yup cik tom try memang menjadi guna tomato..tapi bergantung juga pada jenis muka dan sensitiviti setiap jenis kulit masing2..kalau xsesuai mcm naik merah2/tmbh jerawat..stop..try cara lain plk.

  14. Siyes kew elok ni .. Tkot trok jew … Sbb da cbe tomato,kayu manis ta ad prubahan lgsung pn …

    • cik tom try mmg ok..tp semua tetap depend pd jenis kulit jgk..kl yg jenis sensitif xsesuai gn tomato/kayu manis stop kl cuba seminggu jd teruk..mcm produk kecantikan jgk kan ada sesuai dgn kulit kita dan ada yg tidak..kl sesuai proceed..kl x stop dan cuba cara yg lain..

  15. apsal la, sye slalu guna pencuci muka setiap hri yg jenis safi balqis tu mesti ad jerawat putih yg tumbuh..

  16. muka saya mula berjerawat sejak form 2.saya dah tak tahu nak pakai apa dah,dah byk duit biasiswa saya habiskan utk beli ubat jerawat je.muka saya ni jenis jerawat tak timbul besar,tapi tinggal parut yang hitam dan berlubang.pendapat cik tom,tips mana yg patut saya guna?kalau yang kulit kayu manis tu,nanti muka merah-merah tak?

    • saya rasa dr habis duit beli ubat jerawat..baik terus rujuk kepada pakar untuk lihat masalah kulit muka adik..kulit kayu manis ni kl sapu kat muka memang akan kemerah2an kl jenis muka sensitif..

  17. ubat gigi tu boleh ke pkai ubat gigi yg jenama ape2…?
    sbb nk try wat..klau untuk hilangkan bintik hitam boleh jugak x ??

  18. cik tom .. nak tnyer boleh ? cik tom guna ubat gigi jename ape erk ? sye guna jenama colgate

    • tak sure dear sbb bergantung pd jenis kulit jgk..maybe bella blh try dl utk sminggu..kl muka naik merah stop…maybe kulit sensitif..

  19. wow..thanks so much cik tom..petua2 ni sumer akan i praktik kan..hurmm..letih rase sbb sejak umur masuk awal 30an ni, jerawat kt dahi i ni menjadi-jadi..pening…!

  20. sy prnh try mcm2 cleanser tp x brkesan pon.pstu sy try clean&clear dan oxy(sbb ramai kwn sy pake diorng ckp ok) tp pastu muke sy makin berminyak

  21. sy prnh try mcm2 cleanser tp x berkesan pon.pstu sy try clean&clear dan oxy(sbb rame kwn sy pake diorng ckp ok) tp pstu muke sy jadi mkin berminyak

  22. Terima Kasih , bnyk2 ,memang mujarab , saya cuba yg no. 2 tu ,first time , memang panas sangat2 , mcm nk nangis , tpi saya boleh tahan , Terima kasih banyak2 !!!

  23. boleh ke semua dapat menbantu kulit jerawat …
    lelaki paling banyak ada jerawat….ramai juga tetepi ….sya tidak tahan lagi ….saya mempunyui gatal,parut,rasa tidak tahan dengan jerawat ini….malam sy dh bh ubat untuk jerawat tapi…masih ada lagi…

  24. Macam mane saya nak hilangkan jerawat dengan cepat, Banyak pencuci muke yang saya dah pakai, tapi x berkesan juga.