2 Cara Mudah Peram Buah Mangga Sampai Masak Manis
Assalamualaikum dan salam ceria… Cik tom nak kongsikan 2 cara mudah peram buah mangga sampai masak manis rasanya. Tips peram buah mangga ni boleh juga digunakan untuk buah-buahan tempatan seperti ciku, betik tanpa menggunakan karbit. Petua cara peram buah mangga ini biasa emak ayah cik tom amalkan untuk buah mangga cepat matang.
Cara Mudah Peram Buah Mangga Sehingga Masak Manis
Yelah kadang-kadang kalau tak dipetik awal buah mangga di kebun. Jawabnya tak merasa la kitorang nak makan mangga. Al-maklum lokasi kebun pula jauh dari rumah. Jadi penyelesaiannya ayah akan petik awal buah mangga dan peram sampai masak di rumah.
Tapi emak selalu pesan, janganlah semua buah mangga kat pohon tu dipetik. Biarlah sedikit untuk santapan burung-burung dan haiwan liar lain. Itu bahagian rezeki diorang jugak kan. Sama-sama berkongsi rezeki yang ada. InshaAllah bertambah berkat.
Okay dah banyak membebel ke arah lain.
Cara Peram Mangga Menggunakan BERAS
Cara pertama peram buah mangga cepat masak dan manis ialah keringkan getah pada tangkai mangga dan cuci bersih buah mangga. Kemudian masukkan buah tersebut ke dalam tong beras. Letak buah mangga tu dalam timbunan beras. Peram selama 3 hari atau sehingga masak.
Itu cara yang emak paling suka buat kalau nak peram buah-buahan.
Cara Peram Mangga Menggunakan BAKUL dan SURATKHABAR
Cara kedua pulak kalau kes takde beras yang banyak nak sorok peram mangga dalam beras, ialah cuci bersih buah mangga dari sebarang kotoran atau air getahnya. Keringkannya ye. Kemudian susun mangga tersebut ke dalam bakul/ bekas yang berlubang. Tutup bakul dengan kertas suratkhabar selama 3 hari atau sehingga masak.
InshaAllah hasilnya buah mangga yang masak dan manis rasanya. Selamat mencuba.
Kalau ada cara lain yang korang biasa guna untuk peram buah mangga, jomlah kongsikan. Mana tahu boleh betukar-tukar cara peram mangga yang lagi mudah dan praktikal.
Sharing is caring
simpan kat beras tu biasa buat utk ciku..rupanya boleh jugak utk mangga.
Jom baca entri terkini ujie …MIRI | Hari Kedua : Lawatan Singkat Ke Brunei
ciku, betik dan mangga..ciktom pernah try..menjadi..
Terima kasih atas perkongsiannya
Pokok mangga saya berbuah lebat. Tak habis makan. Orang ambik pun saya tak marah. Tupai pun tompang makan.
Benihnyaa dari maldives. Besar, rasanya sedap sangat.
Buah mangga jika saiz besar memang sedap. Isi kuning lagi tu.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Cara Buat Duit Masa Lapang
yup mangga yang besar isi kuning tu sedap..rasa manis berlemak je..
alhamdulillah kongsi rezeki dengan orang lain kan..insyaAllah akan datang lagi lebat buahnya..wah mana amik biji benih maldives?
Nice blog.
thanks.
Jengok2lah sini,
ok done dan singgah…
ps: jangan letak link blog dalam box komen kat blog ciktom..jadinya semua komen awak masuk spam..
Pernah guna kedua-dua cara ini nak tunggu buah mangga masak.
Jom baca entri terkini akubiomed …Mendaki Broga Hill bersama Public Gold Supporter Group
ciktom lagi prefer cara peram mangga guna suratkhabar..
biasa org guna kabaid je..
kalau yang meniaga tu memang guna kabaid je..
tu yang kadang2 masak sebelum waktunya
Jom baca entri terkini zool …Bertemu Rakan Sekursus, Meninjau Rumah
rasanya guna kabaid tu tak elok..ni cara natural je..
Mak saya ada ajar jugak 2 petua nih, memang menjadi
Jom baca entri terkini siti hazreen …Emas Bernilai Tinggi
kan..ciktom try dua2 memang jadi..
Saya pernah guna beras juga. Petua orang tua. Menjadi.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Cara Buat Duit Masa Lapang
petua peram beras ni pun cik tom tahu dari emak..yang peram guna suratkhabar tu dari orang muda..hehe
Terima kasih di atas perkongsian info.. boleh cuba amalkan tips ini.. tq..
Jom baca entri terkini anuar …Bayaran Komisyen Affiliate Pertama dari BookCafe.com.my
selamat mencuba.
Mempelam buat mencicah dengan kicap,gula,garam dan cili burung.peh terangkat makan petang-petang
kalau yang dah masak..sedap makan camtu je..kalau mempelam separuh masak tu baru best cicah kicap gula garam dan cili.
Selalunya peram menggunakan kertas surat khabar je, belum pernah buat guna beras tu Cik Tom
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …Bagaimana Cara untuk Kurangkan Visceral Fat
beras tu pun senang cumanya kena jumlah beras banyak la..hihi
Tak ada pokok mangga CC hihi…. Tapi selalu kalau dapat buah tak masak ni, hakak buh dalam bonet kereta je. Tak lama tu masaklah sebab panas kot
haha..letak dalam bonet kereta pun jadi akak..hihi
Ouh. Good Info! Bleh try. Selalu saya peram buah pisang yang belum masak. Caranya adalah simpankannya dalam plastik hitam. mesti hitam yer. Pastu sorok la kat tempat gelap. So untuk mangga ni saya baru tau la heheh
Jom baca entri terkini Wan Syahida …Promosi Hebat November 2016 Dari Shaklee! Jom Tengok
ciktom tak pernah pulak try peram buah pisang..menarik jugak tu guna plastik hitam..nanti boleh ciktom cuba lain kai. thanks.
waah bermanfaat banget info nya sis
terima kasih ya sis
sama2.
mudah sahaja caranya
Jom baca entri terkini faizal …Komisen # 11 dan # 12 Formula Menjemput Rezeki Melimpah Ruah
yup mudah je cara nak peram buah bagi masak ni..tinggal malas atau rajin je nak buat..hihi
Tak payah peram.
Bila masak panjat je pokok tu.
Jom baca entri terkini adam …THIS ARTICLE WAS ORIGINALLY PUBLISHED IN NOVEMBER 2016 AND REWRITTEN ON NOVEMBER 12, 2016 AS IT WAS ACCIDENTALLY DELETED
pokoknya kat kebun yang jauh dari rumah. kebun pulak berbukit. mana larat nak pergi banyak kali..bila pergi tgok tak masak lagi buah mangganya..jadi amik je yang putik tu peram kat rumah…