Adakah Ini Cinta atau Sekadar Suka, Minat, Sayang?
Kita tak pernah terlepas dari perasaan untuk menyayangi dan disayangi sesama sendiri. Kita sebagai manusia memang dilahirkan dengan fitrah untuk berkasih sayang. Skop kasih sayang amatlah meluas. Bukan hanya kasih sayang bersama pasangan kekasih. Kasih sayang pada keluarga, kawan-kawan malahan kepada haiwan. Kali ini cik tom tertarik untuk bincangkan isu antara cinta, sayang, suka dan minat. Adakah ia berbeza atau sama? Sudah tentulah berbeza kan. So, apakah beza antara cinta, sayang, suka dan minat ni?
CINTA ialah merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Ianya perasaan cinta kita pada seseorang di mana kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya kita nak si dia tahu dan kita sedaya upaya tak nak melukai hati si dia yang tersayang walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah melukai hati dan perasaannya. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Perasaan cinta yang tulus tidak akan mengharapkan apa-apa balasan.
SUKA ialah perasaan sukakan seseorang. Apabila kita bersama dengan dia kita rasa hidup ceria je dengan gelak ketawa. Kita suka sebab sifat atau perangai si dia yang ceria dan happy-go-lucky. Tapi kalau kita tak berjumpa dengan dia dalam satu tempoh yang lama. Kita still rasa cool tanpa perasaan rindu atau gelisah hati.
Bezanya antara suka dan cinta. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
SAYANG ialah perasaan sayang di mana kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Kebiasaannya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi pendengar setia kepada masalah kita. Yang sentiasa berada disisi kita seperti seorang kawan baik.
MINAT ialah sesuatu yang ada pada seseorang seperti sifat, peribadi, aura atau lain-lain yang membuatkan kita minat pada dia dan untuk mendekatinya. Contoh macam kita minat artis lelaki seperti Anuar Zain. Maybe kita minat pada rupa paras yang kacak atau suara yang merdu yang menyebabkan kita tertarik untuk mendekatinya. Tapi kita hanya sekadar minat pada rupa dia bukannya jatuh cinta, sayang atau suka.
Tanpa adanya perasaaan minat, suka dan sayang.. Maka tidak akan lahirnya perasaan CINTA pada seseorang itu kerana semua perasaan minat, suka dan sayang itu pelengkap kepada perasaaan cinta. Tepuk dada tanya hati mana satu perasaan korang yang sebenarnya. Jangan terus keliru. Tapi walau sedalam mana pun sayang korang pada seseorang, sayangilah diri korang terlebih dahulu. Ingatlah segala batasan dalam percintaan. Bertindak la seiring dengan akal bukan dengan hati dan perasaan semata-mata (^^,)
Sumber: Beza Cinta, Sayang, Suka dan Minat
Sharing is caring
yg paling utama, kena tahu cinta kepadaNYA ^^,
setuju!! setuju dgn ciktom. anyway, rindu sgt-sgt la dgn ciktom. lama sgguh tak dtg sini. camna tak boleh terlupa jln. cik tom sehattt?
Jom baca entri terkini kakchik@ella …Kakak cantek dan Jem Tartnya
ada semua rasa tu..
cinta la tu maknanye..
syukur alhamdulillah..
hehheh
sy syg pd org yg syg sy hahaha hi cik tom :p
Jom baca entri terkini Jiejah …Sker Ati Aku La Nak Bertudung Kat Mana2 Nak Free Hair Kat Mana2!!!
cik tom. mish MINAT ciktom. hehe..boleh terima ke?
🙂
Jom baca entri terkini mish …3 Jenis Perempuan Yang SORRY La I Nak Rapat
jgn ngengade la mish, ekekee
wah ciktom, ada apa2 yg berlaku ke sehari dua nih?
hurmmm semua sgt subjektif.mgkin bole dihuraikan dgn perkataan tpi hati sndiri payah nk tafsir.cik tom jatuh cinte ke ciktom?hihi.
sy minat, suka dan syg cik tom sbg seorg sahabat blogger.. 😀
:fuh terBaikLah ciktom..lama dah tak singgah blog ciktomnie…windu lah.. huhu
Jom baca entri terkini SY@F …Sudikah Kamu
emiey agk celaru dgn perasaan skg ni..pe2 pun nk bercinta dgn exam dgn jayanya dulu dan dgn keyakinan cinta pd Dia yg plg utama 🙂
Jom baca entri terkini emieysandra …Pakwe Idaman
semuanya mempunyai maksud yang berbeza kan. sangat subjektif. semua perasaan ni indah belaka. setiap perasaan mempunyai hubungkait sesama sendiri 🙂
Jom baca entri terkini Miza Yusof …KENAPA BLOG MESTI CANTIK DAN KEMAS
ohh, sudah..cik tom berbicara soal cinta..seramnya..hehe..
Jom baca entri terkini titan …Interface baru Says yang lebih handsome
akak rasa mula2 minat–>suka–>sayang dan akhirnya cinta..hehe
ciktom ni bicara hal ini..ada apa2 ka…lalallalaaa
Jom baca entri terkini sarahnajwan …-AKAN PANDAI SENDIRI-
salam.cik tom ni jiwang gak yer…
nak cakap apa yek? kang kontroversi pula.. har3x~
kalau semua perasaan tue wujud terhadap seseorang, apelak bunyinya? nak copy leh cik tom?
kalau semua perasaan tue wujud pada seseorang mcm mane lak bunyinyer cik tom? nak copy leh?
Jom baca entri terkini kimie …Ader aku kesah ker
Jiwang tahap leleh juga cik tom yer.
Saya suka cara cik tom olah entry. Santai dan menghiburkan
Jom baca entri terkini shamizu …Relaks Minda – Mat Rempit Oh Mat Rempit
cik tom akk nk bg tau akk minat cik tom ..ahaaa
Jom baca entri terkini puanbee …AVON Promosi Gempak !!!!
perasaan cinta dan sayang mmg berbeza
suatu masa nanti…pasti akan tahu
bagaimankah perasaan cinta itu 🙂
kalau iqa, semua ada. adoi. tak phm jugak dgn perasaan diri sendiri..
Jom baca entri terkini Puteriqaizyan …Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2011
cinta ni terlalu abstrak. Kompleks.
Jom baca entri terkini lost kitty …Follower beribu tapi haram komen kosong
yang penting, cinta pada yang Esa itu yang utama..:)
Jom baca entri terkini FS …Secret Recipe Tak Halal – Jangan Terus Bertindak Kejam
singgah di blog che tok… erk… mana tomato yg banyak tu…
http://www.my-shopping2u.com/2011/05/tak-bagi-pinjam-mengata-dah-bagi-pinjam.htmll
Mula2 suka. pastu sayang dan terus jatuh cinta. ahak…
Jom baca entri terkini mekar …Apabila Rumah Abah dimasuki Pencuri
Hi,
Sy masih dalam dilema… xtaw sekadar suke sayang @ cinta… ader mase sy merasakan yg dier rasa apa yg sy rasa tapi kekadang sy rasakan yg sy bukan sesapa pd dier… layanannya kadang2 tak seperti kawan biasa… ntah la, sy sendiri keliru… :'(