ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY buktikan Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik

ARIQ AZHAFI Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik | Assalamualaikum dan salam sayang… Minggu lepas ciktom ada terlihat America Got Talents yang mana salah seorang peserta ialah buta dan autisme bernama Cody Lee. Kagum ciktom tengok persembahan nyanyian sehingga dia dapat golden buzzer dari para juri AGT. Ciktom pun suka follow instagram 2 keluarga yang ada anak autism iaitu Adam dan juga anak kembar artis Zarina Zainuddin, Azal dan Azil.

Terbaru ciktom kagum bila dapat tahu seorang lagi remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain. Beliau ialah Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor.

Sebelum ciktom teruskan kisah Ariq ini pasti ada yang tertanya, apa itu autisme?

Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.-theasianparent

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY buktikan Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik

ARIQ AZHAFI Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY buktikan Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik

Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.

Cute sangat Ariq masa kecik kan. Makin besar makin handsome.

Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.

Apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat, Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 

Keluarga yang bahagia..Semoga bahagia sehingga ke Jannah. amin..

Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.

LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN

Lagu dan lirik “KITA” ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

 

“KITA” menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, “KITA”merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.

Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :

” Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda… juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.

Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process ?

Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip “KITA” 


Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya… InsyaAllah..”

Nukilan ikhlas,
– Ariq Azhafi –

Adik Ariq Azhafi yang handsome dan berbakat

Tahniah ciktom ucapkan kepada adik Ariq Azhafi dan juga keluarga. Ciktom bangga dengan parents adik Ariq yang tak putus asa dan berikan yang terbaik buat Ariq malahan ayah siap cipta lagu untuk anaknya. Hebatnya kasih sayang seorang ayah selalu support anaknya. Semoga adik Ariq Azhafi sentiasa sukses dalam apa jua bidang diceburi termasuk bidang seni muzik.

Adik Ariq Azhafi ni wajar dijadikan contoh dan sumber inspirasi buat kita semua. Jangan jadikan satu halangan sebagai satu alasan penghalang sebuah kejayaan.

Korang nak follow tak adik Ariq Azhafi? Jom reramai pakat follow media sosial adik Ariq ni tau.

Facebook: https://www.facebook.com/AriqAzhafiOfficial/
Instagram: @ARIQAZHAFIOFFICIAL
Twitter: @ARIQAZHAFIOFFICIAL

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY buktikan Remaja Autisme Berjaya Dalam Seni Muzik

  • June 25, 2019 at 1:50 pm
    Permalink

    Ena sangat kagum dengan anak istimewa. Mereka ada bakat jadi parents yg kena beri sokongan. Tahniah adik ariq.

    Reply
  • July 4, 2019 at 11:42 am
    Permalink

    Hendak seribu daya kan.. bangga dengan adik Ariq. Semoga lebih sukses dalam bidang muzik dan setanding artis Malaysia yg ada..

    Reply
  • July 4, 2019 at 12:17 pm
    Permalink

    Autisme ni ada tahap yang teruk dan tahap biasa kan?. Anak autisme ni ada kelebihan masing2 kan?. Tahniah kerana menggunakan kelebihan yang telah diberikan. Artis baru ye? Moga berjaya sehingga peringkat yang tertinggi.

    Reply
  • July 4, 2019 at 1:00 pm
    Permalink

    Ariq ni kalau tengok fizikal normal macam orang lain. Hensem pulak tu. Tapi, hakikatnya, orang yang ada autism ni berlaku kecelaruan di otak. Nak tau kelebihan budak autisme bukan mudah. Bertuah Ariq. Anak saudara saya masih macam tu lagi. Doakan dia
    Jom baca entri terkini Nhazla …Nak tukar pengasuh anak? Sabar duluMy Profile

    Reply
  • July 4, 2019 at 3:53 pm
    Permalink

    Adik Ariq Azhafi insan istimewa (autisme) berjaya membuktikan bahawa beliau boleh berjaya seperti insan-insan lain di luar sana.semoga terus suksess dan berjaya..adik ariq boleh berjaya,kenapa tidak kita yang sempurna sebaliknya..

    Reply
  • July 4, 2019 at 8:40 pm
    Permalink

    Anak autism ni sangat special. I like his success and perseverance in blending and surviving in community. I hope he continues his good work.

    Reply
  • July 4, 2019 at 9:55 pm
    Permalink

    Alhamdulillah. Semoga Ariq Azhafi dapat kembangkan lagi bakatnya di dalam dunia muzik. Terus berjaya dan akhirnya dikenali ramai. Serta buktikan bahawa walaupun seorang remaja autisme, mampu juga berdiri sama tinggi dengan mereka yang lain. 🙂

    Reply
  • July 4, 2019 at 10:38 pm
    Permalink

    Bagus lah kita dah dengar nyanyi budak ini memang beliau berbakat dan juga ada potensi ke arah yang macam tu sebagai ibu bapa kena pandai tahu apa yang boleh buat anak-anak berubah dengan minat mereka…

    Reply
  • July 5, 2019 at 7:32 am
    Permalink

    Budak autisme ni setakat yang marsha studi memang ada sisi genius dia. Semalam baru tengok American Gots Talent 14. Ada budak buta & autisme tau buat persembahan. Masa cakap tu eh biar betul dia nak tunjuk talent dia. Bila dah nyanyi totally sedap giler..terpempan kejap. Siap dapat golden buzzer tu….tabik!!
    Jom baca entri terkini Nor Marshaliza binti Shaidan …I Can See Your Voice KEMBALI Musim Ke-2 – Gabungan Mantap Syuk & Sean LeeMy Profile

    Reply
  • July 5, 2019 at 11:30 am
    Permalink

    Tahniah buat adik ariq yang berjaya membuktikan bahawa kelainan upaya adik ariq bukanlah satu penghalang utk berjaya dan mengejar apa yg diimpikan. Semoga terus sukses ya !

    Reply
  • July 5, 2019 at 11:33 am
    Permalink

    Barulah saya faham di entri ni mengenai kisah Ariq. Adik ni membuktikan bahasa alasan istimewa bukan bererti harus mengalah akan cita2. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!