Bagaimana madu merawat penyakit kencing manis (diabetes)?
Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pembaca blog cik tom… Harap semuanya sihat-sihatlah hendaknya ye. Entry cik tom kali ini berdasarkan pertanyaan pembaca blog selepas baca entry cik tom; Cara Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis (Diabetes).
Pertanyaan encik mamat ni; “Bagaimana madu merawat penyakit diabetes? Semua orang tau yang madu sifatnya manis. Jadi adakah madu selamat dimakan oleh pesakit diabetes? Ayah saya seorang pesakit diabetes yang teruk dan saya ingin ringankan segala beban dan kesakitan ayah saya. Kesian tengok luka pun payah sembuh. Nak makan semua makanan tawar (tak bergula). Sedih lihat ayah saya hilang nikmat hidup serta mudah kena serang penyakit.”
Bagi cik tom persoalan camni menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya. Yelah kalau cik tom pun biarlah berhabis duit puluhan ribu pun sanggup demi mengubati ayah atau keluarga tersayang. Pasti ramai yang dah mencuba pelbagai produk kesihatan moden dan tradisional bagi mengatasi penyakit kencing diabetes.
Emak ayah kita yang jaga dari kecil.. Masa dah besar dan mampu nielah..masanya kita pula melaksanakan tanggungjawab kita sebagai anak untuk menjaga kedua ibu bapa kita. Tanpa mereka… kita pasti takkan lahir ke bumi ini..
***************************************
Bagaimana madu merawat penyakit kencing manis (diabetes)?
MADU merupakan makanan sunnah Nabi saw, berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik yang sering melanda masyarakat kini. Antara penyakit yang sering dideritai ialah penyakit Diabetes Mellitus atau kencing manis.
1. Diabetes Mellitus – Jenis 1
Jenis 1 antara maksud tubuh pesakit tidak mampu menghasilkan insulin untuk menurunkan tahap glukosa seseorang pesakit.
2. Diabetes Mellitus – Jenis 2
Jenis 2 antara maksud tubuh pesakit masih mampu menghasilkan insulin tetapi pada kadar yang tidak konsisten.
Penggunaan madu mentah lagi asli secara tidak langsung dapat membantu mencegah dan memperbaiki mutu kesihatan pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2, selagi mana pesakit mengamalkan cara pemakanan yang betul. (Majoriti pesakit diabetes adalah Jenis 2).
Secara amnya penggunaan gula yang telah diproses (processed sugar) hendaklah dielakkan dan digantikan dengan penggunaan madu di dalam minuman dan makanan.
Secara saintifik dan klinikal, pemakanan madu yang betul secara konsisten di dalam beberapa minggu mampu memperbaiki tahap glukosa dan ‘Glycosylated Hemoglobin’ (HbA1c) seseorang. Menurut laporan Omotayo O. Erejuwa dari Jabatan Farmakologi, Universiti Sains Malaysia :
“Kesimpulannya, penjelasan dan bukti dalam hal ini menunjukkan bahawa penggunaan madu dalam pengurusan kencing manis tidak memudaratkan tetapi bermanfaat, dengan syarat bahawa pengambilan madu tulen dan semulajadi pada dos terapeutik yang sesuai.”
Proses merawat penyakit ini memakan masa minimum selama 8 minggu dan bergantung kepada tahap kesesuaian dan penerimaan tubuh pesakit itu. Dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan anda terlebih dahulu bagi mengenalpasti jenis Diabetes Mellitus anda sebelum mencuba.
Pastikan anda mendapat bekalan madu yang benar-benar asli dan mentah agar kesihatan anda sekeluarga terjamin.
Sumber: Kelebihan madu pada pesakit diabetes (kencing manis)
********************************
Cik tom bukan seorang pakar bab madu ni… Tapi ayah mertua abang sulung cik tom memang pencari dan penjual madu lebah liar. So, cik tom pun beli madu stok dari abang je senang. Dijamin madu asli tanpa was-was. huhu.. Sekarang cik tom duk suh ayah amalkan minum 2 sudu madu setiap pagi & gantikan gula putih dalam minuman kepada madu.
Tapi maybe korang yang kat luar sana especially dah area pusat bandar macam Kuala Lumpur, Selangor dan sebagainya agak sukar nak dapatkan madu yang asli tanpa dicampur dengan gula. Salah satu pilihan yang ada.. cik tom rekemenkan madu acacia yang dijamin madu asli 100% dan mempunyai certificate yang sah. Nak tau details boleh rujuk ke website dengan klik >> Madu Acacia 100% Madu Asli.
Sharing is caring
Madu baik juga untuk merawat batuk.
Jom baca entri terkini kak mahh …Africa Ride 2013 – Table Mountain
madu banyak khasiatnya. saya suka buat air madu campur limau terkadang untung hilangkan selsema
Jom baca entri terkini suri …Cara Mudah Menjahit Baju Kurung Sekolah Anak
Madu kan salah satu makanan yang dipercayai baik untuk kesihatan..hehe..
Jom baca entri terkini Hafizul …Top Komentator November 2013 Pondok Kecil
Tapi kena pakai madu asli la kan..bkn madu yg lebah dibagi minum air gula tu kan?
Jom baca entri terkini Zinedine Zaiddin …Day 9 – The Issues of “People Like Us” and “Shemale” in Kuala Lumpur.
yup memang kena make sure madu asli..bukan madu yang campur gula..kalau lebah yg bagi minum air gula tue cik tom xpernah dengar plk sebelum ni..ni br first time dengar…huhu…kalo betul ada, maybe xbagus sgt sebab madu tue xextract dari bunga tapi beri air gula tue kat lebah..wallahualam
Bertuah orang yang kencing manis masih boleh makan manis dengan madu nih. Paling takut bab-bab kene potong kaki tu kalau orang kencing manis ni kan.
Jom baca entri terkini myliferia …Pengganti Gula Pasir Putih Yang Lebih Menyihatkan
tue la jiran ada dah kena potong jari kaki sebab kencing manis.
Apa jdi dengn ayah bila amalkan madu..dia punya bacaan gula darah adakah makin turun