Cara Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Em… nak share cerita kisah ayah cik tom yang kena suspect penyakit kencing manis baru-baru ni. Ayah cik tom memang ada penyakit darah tinggi tapi alhamdulillah takde kencing manis. Keturunan ayah yang setakat cik tom tau ni pun takde pulak yang ada penyakit kencing manis.
Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh wujudnya masalah dalam pengeluaran insulin oleh organ pankreas samaada ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.
Seminggu lepas raya aidilfitri bulan lapan aritu, ayah cik tom buat monthly checkup dan doktor bagitau kadar bacaan kandungan gula dalam darah ayah tinggi – 8.9 mmol/L. Masa tue, ayah fikir maybe sebab beria sangat makan tak pantang time raya kot.
Lepas seminggu check kat hospital (HSNZ) tue, ayah cek lagi kat klinik naik tinggi giler sampai 13.9 mmol/ L dan terus doktor cakap ayah ada penyakit kencing manis aka diabetes dan dapat banyak ubat kencing untuk stok sebulan kot.
Kalau nak tau berapa paras normal boleh baca artikel >>Dr. Zubaidi.
Tapi ayah cik tom ni jenis liat nak makan ubat hospital. Dia lebih prefer cara tradisional, ubat darah tinggi pun ayah cik tom buat sendiri je- jemur, blend & masukkan dalam capsule. hehe…
So, ayah cik tom try petua pertama minum air rebusan asam gelugor keping. Tapi sebulan ayah cik tom try petua ni bila check kadar gula dalam darah still atas >10 mmol/L. Petua ni jiran belakang umah yang bagi dan memang berkesan je dengan mak cik ni.
Ayah cik tom gigih cuba lagi petua kedua buat air blend campuran buah epal hijau + buah peria katak untuk turunkan kadar bacaan gula kencing manis . Ayah amalkan minum jus epal hijau+peria katak ni setiap hari. Alhamdulillah check setiap minggu paras gula makin menurun. Awal bulan november baru ni, kadar gula dalam darah ayah ialah normal 5.0 mmol/L.
Bahan-bahan jus turunkan gula kencing manis;
1 biji peria katak (saiz sederhana)
1/2 biji epal hijau (saiz standard epal)
4 cawan air kosong
Cara-cara buat jus turunkan gula kencing manis;
1. Potong dadu buah peria dan epal hijau untuk memudahkan blend buah.
2. Campur kesemua bahan dan blend sehingga hancur.
3. Amik penapis dan tapis. Kemudian, buang hampas.
4. Boleh diminum begitu saja atau boleh sejukkan dalam peti sejuk.
**rasanye memang pahit giler! huhu.. Tapi amaran jangan letak gula ye. Kadang-kadang ayah cik tom suka blend sekali buah kemunting nak bagi kurang rasa pahit.
Petua ketiga nak turunkan paras gula ialah gantikan gula putih kepada madu dalam makanan dan minuman seharian. Rasanya semua sedia maklum yang madu ni dinyatakan dalam Al-Quran dan penyembuh kepada penyakit dengan izin-NYA.
Pak Cik Mustapha dalam pic tu, Alhamdulillah berjaya stabilkan paras gula dalam darah dia dengan cara ganti gula kepada madu acacia. Cik tom pun teruja baca nak beli sebotol untuk ayah cik tom. Kalau ada nak beli madu untuk diri sendiri, parents atau family boleh survey>> Madu Acacia 100% ASLI.
Sharing is caring
Wah terkejut melihat hasil selepas mengamalkan tips ini.
Jom baca entri terkini akubiomed …Wordless Wednesday – Madu Aksubal
memang peria kadang2 menjadi pilihan… alhamdulillah, saya punya kandungan gula dalam darah tahap normal…
Jom baca entri terkini Farzli …Blog sudah siap, lagi?
Salam Cik Tom,
dalam penyakit kencing manis, yang paling penting untuk memastikan penyakit terkawal adalah bacaan ujian darah HbA1C. Kalau HbA1C kurang dari 6.5% baru diabetes tu dikira terkawal. bacaan gula yang harian ni tak reflect kawalan gula sebenar.
maaf cik tom tak berapa faham…boleh cerita lagi detail dr.farah.
tak pahit ke peria katak tuh?
Jom baca entri terkini mimie …CPUV/BE INTI Rebranding Campaign
memang sangat pahit..pahit tu sebahagian dari ubat…
Ada satu lagi buat jus mengkudu…
Jom baca entri terkini hafiz …Permohonan BR1M 3.0
uh pahit tapi mesti mujarab juga ya.mesti cuba
Jom baca entri terkini suri …Cahayacinta “Luahan Cinta”
kalau madu mesti yang madu ori ya cik tom.skrg banyak madu tiruan letak gula dalam dia.
asam kepimg rebus satu keping jer ker? boleh saya bagi tahu kat mak ayah di kampung
p/s:terima kasih cik tom atas perhatian kelmarin dan iklan tu heee…dah setel.alhamdulillah moga dia membalas jasamu.amin
Jom baca entri terkini suri …Tergolek Bagai Ayam Golek..Tak Pernah Macam Ini
buah peria mmg berkesan turunkan kecing manis nieee
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Cara Yamaha FZ150i Convert to R15. Baru mengancam beb.
Alhamdulillah berkesankan cik tom…mungkin sesuai dengan abah cik tom kan…
Jom baca entri terkini raudzah …Koleksi Gambar Lucu
nice tips,
boleh lah lepas ni korang cuba…
Jom baca entri terkini Index Apk …Download Samurai vs Zombies Defense 2 v2.1.0 Apk+Data Terbaru
Madu memang bagus… tapi harganya buat tak tahan tu…
Jom baca entri terkini Saljuhumairah …Mata dan Hati Menangis Menonton Video Ahmad Ammar bin Ahmad Azam
Salam cik tom, saya dah buat bayaran untuk iklan. Sila check email ciktom. Tkasih
Jom baca entri terkini cyberarmy network …Peraduan World Cup 2014: Menangi Samsung S4
Kozumi suka makan peria walau pun pahit mmg sedap kalau jamah sekali ngan ikan bilis nyum2…
Untuk turunkan kadar bacaan gula dalam darah kita juga boleh gantikkan penggunaan gula biasa kepada pemanis semulajadi iaitu daun stevia..Info lanjut boleh baca di sini>
Jom baca entri terkini kozumi_ro …Royal Sweetener Stevia
ayah saya pun kencing manis, lepas dapat tahu terus dia buat rayuan haji atas asbab diabetis. nak tunggu turn 10 tahun lagi
Jom baca entri terkini Nazri …Tempoh Tunggu Haji 50 Tahun
thankss ciktommm .. ilmu yg berguna niih
Jom baca entri terkini qu azniza …❤ jakun batak. | air asia | throwback
tima kasih cik tom….keluarga sya memang ade penyakit kencing manis…dan terbaru adik saya bru umur 23thn kena penyakit gaut….
wah ilmu yang bermanfaat ni…akan dikongsikan dgn org kg hehe..
Jom baca entri terkini hasan bin latip …kisah 4 batang Lilin
tq ciktom moga ada manafaat bsama
bukan kena minum air suam banyak-banyak kerrr..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Rahsia Menang Tender Kerajaan.
minum air suam banyak memang bagus utk semua penyakit pun…
Air sunkuik boleh gak cik tom kan?
Jom baca entri terkini Hafizul …Top Komentator November 2013 Pondok Kecil
ciktom xsure plk kalau airsunquick..maybe boleh cuba..
hmmmmm…. sir :)nice article
Jom baca entri terkini Informasi Komputer dan Internet …Download iTunes 11.1.3 Final Update Terbaru
salam…sy baru cuba tadi. tq atas petua ni.
wslm..semoga berjaya dan diberikan kesihatan yg baik..
Kena blend dgn biji sekaligus ker c.tom
kalau epal tu buang biji dan tangkai yg keras bahagian tengah tue.utk peria amik semua..blend sekaligus..
Salam tumpang tanya..jus peria katak tu kalau minum hari2 takpe ke? Atau kena stop bila dh ok?kalau nk amalkan? Sehari berapa kali n bila waktu sesuai minum?
alamak.sori tak perasan komen..banyak sangat yang masuk setiap hari..ayah cik tom memang amalkan setiap hari..tapi kalau dah okay bacaan paras kencing manis tu maybe boleh la selang seli hari/ kurang jumlah minum kepada 2x/1x sehari…ayah cik tom amalkan sehari minum 3 kali sebelum makan….tapi kalau ada gastrik-better minum lepas makan…
Petua bagus ni boleh kongsi kt blog den ni.
Jom baca entri terkini samsor …Catuaba nourishing essence
boleh je..dialu2kan..lagi best kalau ada kredit ke blog ni sekali.hehe
Jom baca entri terkini ciktom …Bayaran ketiga dari mobicow sebulan $90.84
Kalau tengah pregnent boleh ke minum jus tu cik tom ??
maaf cik tom tak pasti..tapi kalau ikut pendapat ciktom hanya campurn peria dan epal hijau je..nak kepastian cuba tanya pada doktor ye..
Cik tom nak tanya.. Air tu minum pagi ke mlm? Sblm or selepas makan? Tq..
minum jus peria+epal hijau pagi dan malam…cuba buat 3 kali sehari sebelum makan…tapi kalau ada sakit gastrik ciktom suggest better selepas makan…
Cik Tom,isteri saya ada kencing manis dan darah tinggi,boleh kah buah peria direbus dan diminum untuk merawat penyakit tersebut.
InsyaAllah boleh..memang bagus amalkan mibum jus peria ni
cik tom,memang resepi ni sangat baik..cuma kena istiqomah mengamalkannya..insyaaAllah..sy mohon di share ye..tq (“,)
Jom baca entri terkini fieda roni …KHASIAT PERIA KATAK UNTUK PENYAKIT DIABETES
semoga bermanfaat..silakan sis..
Bagus petua cik tom ni 🙂
sama2…semoga dapat dipraktiskan..
resepi jus peria katak dengan epal tu.. lebih kurang lah. ayah saya selalu buat.
Jom baca entri terkini Ros …Supplement Untuk Pesakit Darah Tinggi
Terbaik Cik Tom. Mohon share yer..
Teima Kasih Cik Tom
As slm cik tom.. minum jus ni d mkn dgn ubt doc s x tk ape ke. Spt pg 3 bji d mlm 3 bji kena mkn ubt yg doc. Atau bila amalkn jus ini tk prlu mkn ubt dr doc. Mnta pnjelasan cik tom trima kch.
Waalaikumussalam…Cik tom tak pasti tapi emak cik tom makan je ubat dari doc..tapi sebaiknya jarakkan waktu makan ubat dengan minum jus ni ye sis…kalau nak minum sebelum ataus selepas makan ubat sekurang2nya 2 jam..
Terima kasih atas perkongsian. Izinkan saya print dan guna untuk kegunaan peribadi. Semoga ianya memberi manfaat.
Thanks Cik Tom atas artikel berkualiti.
Saya da 3 tahun ada kencing manis. Masa mula-mula kena rasa macam dah takde harapan. Sekarang da boleh kawal emosi dan selalu cari cara untuk improve diri dari segi pemakanan dan gaya hidup.
Silakan.
Terdapat beberapa cara untuk kawal kencing manis, antaranya, kurangkan makanan manis, minuman bergula tinggi, termasuk minuman berkarbonat dan lakukan senaman secara berterusan. Satu lagi, tambahkan sayur hijau dalam hidangan, secara amnya, syur hijau baik untuk kesihatan pankrease, ia sedikit sebanyak bantu pankrease hasilkan insulin secukupnya. Apa yang penting disiplin dan komitmen untuk jadi lebih sihat.
Cik Tom,
Saya dah try jus peria dan epal ni. Alhamdulillah ada penurunan setakat ni setiap minggu
alhamdulillah.. semoga bertambah sihat dan ceria…
Pahit itu ubåt kan.
Memang terasa tekak pahit minum bila buat jus kan.
Kencing manis nie memang akan bagi kesan besar kalau tak dirawat cepat-cepat kan.
Melarat ke organ yang lain pula..
yup betul pahit tu ubat…kencing manis ni kena rawat dgn sebaiknya..silap percaturan boleh melarat lebih teruk.
Tq cik tom petua yg bagus utk amalkan..risau gak skg ni kencing manis dah x kenal usia.
Jom baca entri terkini Daud Mohamad …Minuman Sirap Ini Bantu Pesakit Kencing Manis Menurunkan Bacaan Gula Ke Tahap Normal & Mencegah Komplikasi Diabetes Kronik
salam…berapa lama masa ayah cik tom minium jus peria/epal kandungan gula turun