Bali Honeymoon Package- Destinasi Honeymoon Impian Romantik
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Cik tom pilih Bali Honeymoon Package sebagai salah satu destinasi impian untuk cik tom honeymoon. Banyak sebab kenapa cik tom pilih Bali Honeymoon Package sebagai destinasi honeymoon impian bagi cik tom. Memang dah dari dulu cik tom plan kalau dah kahwin nanti nak honeymoon ke Bali. Sebab paling utama sekali Bali ini memang popular sebagai destinasi pilihan yang romantik dan dikenali dengan pakej berbulan madu untuk pasangan yang baru berkahwin mahupun untuk celebrate anniversary.
Selain itu, kawan-kawan cik tom yang pernah pegi honeymoon ke sana bagitau yang Bali destinasi honeymoon yang romantik, santai dan aman. Bali tidaklah sesibuk seperti di Bandung malahan Bali juga dikenali sebagai satu destinasi percutian yang selamat kerana majoriti penganut agama Hindu yang mempercayai Hukum Karma. So, nak pusing jalan-jalan kat sana pun tanpa rasa takut. Al-maklumlah cik tom ni agak penakut orangnya kalau nak travel luar dari Malaysia. hehe…
Bali Honeymoon Package- Destinasi Honeymoon Impian Romantik
Antara destinasi pilihan untuk honeymoon yang memang dah lama cik tom idamkan ialah;
Candlelight Dinner Romantik di Tanah Lot
Makan dengan orang tersayang sambil menghadap laut dan lihat matahari terbenam. Rasa romantik gitu. Hehe… Kat sini terdapat salah satu kuil yang terpenting di Bali. Kuil di Bali dipanggil Pura yang terletak di atas batu. Kalau air surut boleh berjalan kaki ke kuil tersebut. Kat sini tempat paling best nak lihat matahari terbenam. Mesti best kan makan sambil lihat matahari terbenam.. pastu angin pantai pulak sepoi2 bahasa je. layannn….
Panorama Indah & Tarian Kecak di Uluwatu
Cik tom teringin sangat nak tengok keindahan di Uluwatu. Dengarnya tempat ni paling ramai pelancong datang confess/ melamar pasangan. Wow sweetnye… hehe…
Apa yang menarik di Uluwatu ialah, melihat panorama indah matahari terbenam. Selain melihat panorama sunset, tarikan utama yang akan membuat pelancong ke sini ialah melihat persembahan Tarian Kecak. Tarian Kecak ni mengenai kisah Putera Rama yang nak selamatkan Permaisuri Sita kena culik dengan Raja Rahwana. Oleh itu, Putera Rama mintak tolong monyet putih untuk selamatkan bini dia.
Gunung Berapi @ Volcano di Kintamani
Tempat lain yang menarik ialah melihat pemandangan gunung berapi yang masih aktif sambil feeling2 & makan-makan. Asyik makan je kat sini mesti mau naik badan cik tom 4kg. haha… Kira memang sesuai sangat Kintanami ni jadi salah satu tempat idaman untuk cik tom pergi honeymoon. *Maaf banyak berangan time entry ni ditaip… hehe…
Kintamani ni cantik tempatnya dan kat tepi Gunung Batur tue ada terletak Tasik Batur. Kedai makan kat sini dengarnya memang strategik dan dijamin halal. Info yang agak menakutkan Gunung Batur ni penah meletup kira-kira 24 kali sejak 1800 dan masih aktif sampai skang ni… Tasik Batur ditepi tue pulak merupakan tasik terbesar kat Bali. Ini peluang untuk lihat Gunung berapi yang memang takde di Malaysia. Supaya lebih tahu rasa bersyukur kita lahir dan tinggal di Malaysia. Alhamdulillah…
Pantai Tanjung Benoa
Salah satu tempat yang cik tom suka di Bali ialah Pantai Tanjung Benoa. Pantai Tanjung Benoa ni terletak di Nusa Dua. Kat sini tempat yang seronok untuk main aktiviti berasakan air @ watersports seperti Parasailing, Banana Boat, Jet Ski, Snorkling, Scuba Diving dan banyak lagi aktiviti watersports lain. Teringat pulak kenangan masa pergi bercuti di Pulau Redang. Memang awesome!!
Tempat Buat Emas dan Silver
Salah satu tempat wajib cik tom nak singgah ialah tempat buat emas dan silver. hehe… Ni memang salah satu tempat fevret cik tom kalau ada benda-benda yang berkilauan. hehe….
Shopping di Pasar Seni Kuta dan Legian
Kalau dah berjalan-jalan tue tak sah kalau tak shopping walaupun tengah join honeymoon package. Memang tak dapat dipisahkan bak irama dan lagu gitu. hehe… Tempat yang paling femes nak shopping di Bali ni ialah Pasar Seni Kuta dan Legian. Kuta ialah bandar Bali yang penuh dengan tempat shopping, hotel dan segala kemudahan untuk pelancong beristirehat, membeli-belah dan bersukaria. Tips membeli-belah kat sini mesti kena pandai tawar menawar kalau dah ada barang yang berkenan di hati. hee…
Tugu Peristiwa Pengeboman Bali
Tempat paling last sekali cik tom nak melawat di Bali ialah dengan melawat tugu peringatan peristiwa pengeboman Bali yang berlaku sekitar tahun 2002. Kenapa time join honeymoon package kena pergi tempat sedih macam ni?? Bagi cik tom dalam berseronok tue jangan dilupa juga yang ajal ni bila-bila je boleh menjemput kita. Dan sebagai pasangan suami isteri mesti saling sayang menyayangi serta menghargai antara satu sama lain. Pasangan tue dicipta untuk saling melengkapi dalam mencari keredhaan Ilahi. InsyaAllah..
Sumber rujukan;
- Bali Day 1
- Bali Last Part
- Kunjungi Tempat Menarik di Bali
- Apa yang Menarik di Bali?
- Percutian di Bali Part 1
- Ada Apa Dengan Bali Final Part
Contest “Dream Honeymoon Destination” ini dianjurkan oleh iLuvTour.com dan sponsor Tareeq Al Jannah.
Sharing is caring
Entry yang sangat menarik. . Ada peluang yang cerah untuk memenangi contest ini. . Good luck Ciktom
Jom baca entri terkini anuar …Antara Qurban Dan Aqiqah?
saingan banyak jangan pedulikan asal kita serta itu sudah cukup seru mencuba sedaya yang boleh
Jom baca entri terkini suri …Seborrheic Dermatitis Part II
Memang sesuai untuk santai dan lari kesibukkan bandar.
Jom baca entri terkini kakmahh …T-shirt African Ride 2013
Ramai yang join ni. Harap berjaya ye.. Hehe
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …Selamat Hari Malaysia Ke-50
pakej impian mudah buat entri cuma perlu bijak cari idea dan maklumat
Jom baca entri terkini suri …CPUV Campaigns Nuffnang 7_ 2013
nak bulan madu situ jugak pleaseee.cantik sangat! 🙂
Jom baca entri terkini aya …Special Giveaway 2013 by Misz Nadea
jangan jatuh pengsan ya tempat ini jauh sekali ada rm jom kita pergi
Jom baca entri terkini suri …Segmen 1st Mama
salam singgah dari iluvtour. terima kasih kerana menyertai contest ni. semoga bertuah dan terpilih 🙂
Jom baca entri terkini Mohd Rasul …Sarawak Traditional Dance
semakin mendapat banyak sambutan 🙂
Jom baca entri terkini suri …Teknik Menjana Pendapatan Pasif Dengan Goyang Kaki
Kalau dapat ke Bali memang seronok,banyak tempat yang menarik untuk disinggah
Jom baca entri terkini wazy …Blogging is a Team Sport
benar kata orang sana spa banyak sekali hotel pun cantik-cantik belaka
Jom baca entri terkini suri …Job Dari Rumah Membantu Saat Terdesak
Impian ramai untuk berbulan madu kat sini. semoga sukses untuk kontes ni yer.
Jom baca entri terkini Denaihati …WordPress Master Class dan Insentif bulanan
mimpi yang nak semua orang impikan
Jom baca entri terkini suri …CPUV Campaigns Nuffnang 7_ 2013
bali tempat yang indah dan romantis, senangnya bisa pergi ke sana untuk honeymoon ataupun sekedar holliday
Jom baca entri terkini Rina …PHP Script To Detect And Display Visitor’s Country Using His IP Address Location Lookup
salah satu idaman hati ini admin
Jom baca entri terkini suri …Mimpi Bos Lama
Hey kite pun join juga! Good luck okay! Nice entry. Salam singgah, kite folo sekali belog kamu okay 🙂
agaknya kalu bulan madu ni salah satu temoatnya ya
Jom baca entri terkini suri …Jemputlah . . .
best rasanya kalaua da duit mahu ke mekah dulu atau haji tapi tu lah pendam sahaja..kalau ada duit lebih mahu juga rasa percutian seperti ini
Jom baca entri terkini suri …Pengalaman Anak Duduk Dalam Kereta