Cara Berniaga Melalui Facebook

Facebook telah diperkenal sejak dari tahun 2004 lagi dan semakin popular di seluruh dunia. Facebook bukan sahaja digunakan sebagai salah satu laman untuk bersosial, malahan ia merupakan mesin mampu mencipta duit.

Bagaimana facebook jadi mesin cipta duit pula???

Cara Berniaga Melalui Facebook
Cara Berniaga Melalui Facebook

Ianya dengan menjadikan facebook sebagai satu laman untuk anda berhubung dengan bakal pembeli produk atau servis anda tanpa anda perlu berjumpa ataupun ber”sms“, call dan sebagainya.

Anda hanya perlu menjadikan facebook sebagai medium untuk berniaga melaluinya. Cara berniaga di facebook ialah pertamanya anda perlu berfikir dengan meletakkan diri anda di tempat pembeli.

Produk manakah yang hot selling? Bagaimana cara nak menyakinkan pembeli untuk membeli produk anda? Siapakah bakal pembeli anda?

Semuanya patut anda kaji mengenainya terlebih dahulu. Kebanyakan produk yang popular dikalangan pembeli ialah produk wanita kerana boleh dikatakan kuasa pembeli 90% ialah wanita. Produk wanita yang paling hot ialah produk berunsurkan kecantikan dan juga pakaian.

Produk Kecantikan Wanita
Produk Kecantikan Wanita

 

Tapi tidak salah jika anda ingin cuba membuat kelainan kerana jika anda menjual produk yang sama akan meningkatkan lagi kadar persaingan lebih tinggi.

Jika anda sudah pasti apa produk atau servis yang bakal anda jual. Kini, anda patut fikirkan bagaimana cara untuk anda berniaga di facebook?

Berniaga di facebook adalah paling menguntungkan kerana ianya FREE tak perlu bayar apa-apa kecuali kos anda menggunakan internet dan elektrik gadget untuk online.

Cara biasa digunakan untuk meniaga di facebook ialah menggunakan fanpage atau iklan. Terdapat ramai penjual yang telah mengakui akan kehebatan berniaga di facebook ini. Antara testimonial dan rahsia cara berniaga anda dapat lihat di pautan ini >>FB Cash Formula.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “Cara Berniaga Melalui Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!