Diffenz Junior Bantu Tingkatkan Imun Badan Dan Perlindungan Kepada Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan salam sayang… Alhamdulillah kita semakin hampir ke penghujung tahun 2021. Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi kita akan masuk ke tahun 2022. Tahun 2020 dan 2021 kita diuji dengan pandemik Covid-19 yang sudah pasti memberikan kita kenangan dan pengajaran yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Cik Tom harap pada tahun 2022 kita dah bebas dari Covid-19. Walau pun kini kita dah bebas ke mana-mana namun sebenarnya kita masih lagi terbatas dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pergi ke tempat awam wajib pakai mask dan sentiasa berjaga-jaga. Mesti ramai yang rindukan zaman sebelum Covid-19 kan?

Yang paling kesian adalah kepada kanak-kanak yang membesar. Tempoh 2 tahun ni mereka tak merasai sepenuhnya keseronokan bermain di luar dan bebas ke mana-mana. Banyak masa mereka dihabiskan di dalam rumah sahaja. Ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada perkembangan mereka.

Tapi apakan daya kita, sebagai ibu Cik Tom juga bimbang dengan keselamatan anak. Risau jika mereka dijangkiti dengan Covid-19. Seperti kita sedia maklum kanak-kanak ini antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19 kerana mempunyai sistem imun badan yang lemah. Bagi individu dewasa ramai yang dah lengkap divaksin tetapi kanak-kanak ini masih belum terima vaksin lagi.

Cik Tom pun tak sanggup tengok anak-anak kecil ini dijolok hidungnya menahan kesakitan ketika buat swab test. Kita yang dewasa ni kalau kena jolok hidung pun dah terasa perit apatah lagi budak-budak yang tidak tahu apa-apa ni. Pernah Cik Tom tengok video kanak-kanak buat swab test menangis-menangis tahan sakit.

Ada juga di kalangan mereka yang dijangkiti Covid-19 ini tidak tahu dari mana punca mereka dijangkiti. Tiba-tiba ada simptom dan bila buat swab test, result jadi positif. Sebab itu kerajaan dan KKM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan dan elakkan pergi tempat yang sesak.

Kepada mereka yang dijangkiti Covid-19 ini Cik Tom doakan korang diberikan kesihatan yang lebih baik dan sembuh daripada Covid-19. Tidak ada penyakit yang tiada penawarnya. Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Mintalah denganNya supaya diberikan kesembuhan dan dihindarkan daripada jangkitan virus ni.

  1. An-Nahl Ayat 69

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ

  1. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah

(Riwayat Muslim dan Ahmad)

Nabi menyatakan: “Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh“. Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu  sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga:

Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)

Berdasarkan dari ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah diatas, selain daripada berdoa dan bertawakal kepada Allah, kita juga perlulah ikhtiar dan berusaha untuk cari penawar dan cara untuk kita terhindar dari virus berbahaya ini. Antaranya adalah dengan ambil vaksin seperti yang disarankan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia selain mengambil vitamin dan makanan tambahan untuk tingkatkan sistem imun badan kita.

Di sini Cik Tom nak kongsikan satu produk vitamin dari Eskayvie iaitu Diffenz Junior yang dihasilkan khas untuk tingkatkan sistem imun badan kanak-kanak. Selain tingkatkan sistem imun badan, Diffenz Junior ini juga bagus untuk memberikan nutrisi tambahan dan membantu menyokong tumbesaran kanak-kanak kerana mengandungi bahan-bahan seperti Cendawan Susu Harimau, Kolostrum, Multivitamin dan Mineral, Buah Camu-Camu Vitamin C dan Vitamin D.

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid

Khasiat Cendawan Susu Harimau


Bayangkan betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Kuasa. Sejenis tumbuhan semulajadi yang hanya boleh didapati di lantai hutan rupanya menjadi khazanah berharga. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh daripada titisan susu harimau?

Di sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet.

Khasiat Kolostrum

Siapa sangka khasiat cecair melekit berwarna kuning pada susu awal ibu kaya dengan kolostrum yang mempunyai banyak khasiat sehingga digelar susu emas. Namun, ia hanya bertahan sekitar tiga hari selepas kelahiran bayi.

Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat sifat cecair yang amat istimewa ini?

Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan kaya dengan vitamin A.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat demi kesihatan dan pertumbuhan anak yang tercinta. Di sini lah saintis turut memainkan peranan dalam memudahkan para ibu untuk terus memberi khasiat kolostrum kepada anak-anak melalui nutrisi kolostrum daripada susu lembu. Ia bukan hanya mempunyai khasiat hampir sama seperti susu ibu, malah disediakan dalam bentuk yang lebih mudah.

Cik Tom memang rekemen kat korang untuk dapatkan Diffenz Junior ni sebagai perlindungan tambahan untuk anak-anak sepanjang musim Covid-19 ni. Cik Tom pasti ramai yang tak nak anak dijangkiti Covid-19. Jadi, berikanlah perlindungan yang terbaik untuk mereka ini.

Kita ikhtiar apa yang kita mampu kerana anak-anak ini merupakan amanah yang diberikan kepada kita daripadaNya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Diffenz Junior ni korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah.

Website: https://diffenzjunior.com
FB PAGE: Eskayvie Malaysia https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

 

 

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Diffenz Junior Bantu Tingkatkan Imun Badan Dan Perlindungan Kepada Kanak-Kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!