Fernleaf CalciYum Yogurt dan Susu Kultur Membantu Anak Sihat dan Ceria
Fernleaf CalciYum Yogurt dan Susu Kultur | Setiap kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun memerlukan 1,000 mg kalsium setiap hari – bersamaan dengan empat gelas susu segar atau 200 biji epal. Tambahan pula, pengambilan kalsium harian kanak-kanak meningkat ketika mereka meningkat dewasa.
Berdasarkan pengambilan nutrien yang disyorkan untuk Malaysia, pakar pemakanan kanan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd; Wendy Goh menunjukkan bahawa seorang kanak-kanak berusia antara satu hingga tiga tahun pula memerlukan 500mg kalsium setiap hari, dan pengambilan itu meningkat dengan berterusan ketika anak itu meningkat, sehingga 1,000 mg kalsium setiap hari untuk kanak-kanak berumur antara 10 dan 12 tahun.
Menurut satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 10 hingga 12 tahun mengambil kurang daripada 50% keperluan kalsium harian mereka.
Fernleaf CalciYum Yogurt dan Susu Kultur
Oleh sebab itu ciktom berikan anak ciktom, Adira Fernleaf CalciYum yang mengandungi kebaikan nutrisi A-Force™ dari susu kultur dan yoghurt Fernleaf Calciyum. Ianya khas untuk kanak-kanak seusia Adira. Selain itu, ia turut mengandungi 8 nutrien penting dan bakteria baik Probio DR20™ untuk fungsi usus yang baik. Usus baik, badan cergas!
Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum
Susu Kultur Fernleaf CalciYum ni sekarang dah jadi favourite Adira. Apa-apa flavor mesti strawberi yang dia suka tapi sayangnya oleh sebab susu kultur ni takde flavor strawberri, dia suka epal. hihi..
Apa Kebaikan Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum?
Jika kita lihat pada kebaikan nutrisinya, ada 3 yang utama iaitu:-
- Probio DR20™- Bahan probiotik yang dipatenkan oleh Fernleaf. Seperti yang kita maklum Probiotik memang menyokong sistem pencernaan agar sentiasa sihat. Yerp! Tak mudah sembelit dan penghadaman menjadi lebih lawas. Selain itu sangat membantu dan menjaga daya tahan badan agar lebih kuat. Jadinya kita akan jarang/mudah jatuh sakit.
- Kalsium dan Vitamin D, kedua nutrisi ini penting untuk mendapatkan pertumbuhan tulang yang kuat.
- Bakteria Baik- Badan kita memang memerlukan bakteria baik untuk memastikan fungsi usus kita lebih sihat.
Pilihan Perasa Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum
1. Minuman Susu Kultur Asli – Dengan Vitamin D dan DR20™probio minuman susu kultur yang membantu menyokong pertahanan dalaman anak.
2. Minuman Susu Kultur Epal – Minuman susu kultur ini bukan sahaja mempunyai rasa enak epal, ia juga dipadatkan dengan nutrien khas bagi menjaga pertahanan dalaman anak agar mereka bebas meneroka.
3. Minuman Susu Kultur Oren – Manjakan lidah anak dengan rasa oren dengan minuman susu kultur dalam perisa Oren Fernleaf CalciYum! Selain daripada keenakannya, ia mengandungi nutrien-nutrien untuk membantu pertahanan dalaman kanak-kanak.
4. Minuman Susu Kultur Anggur – Minuman susu kultur dalam perisa anggur yang sederhana manis jadi pilihan ramai anak-anak. Bukan sahaja enak, ia turut mengandungi nutrien-nutrien untuk membantu pertahanan dalaman agar kanak-kanak dapat terus bermain dan meneroka dengan bebas
Terokai Keunikan A-FORCE
Apa yang ciktom suka Fernleaf CalciYum ini mengandungi A-FORCE.Sama ada di sekolah atau ketika bermain, anak anda perlukan tubuh yang sihat di luar dan dalam. A-Force dengan Vitamin D dan DR20 probio dapat membantu anak anda menghadapi hari-hari yang mendatang.
Tubuh Aktif
Fernleaf CalciYum minuman susu kultur mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat. CalciYum juga mempunyai Probio DR20TM. Persekitaran usus yang baik penting untuk penyerapan nutrien.
Minda Aktif
Minuman susu kultur yang enak ini membekalkan nutrien-nutrien utama untuk menyokong keperluan harian anda.
Fernleaf CalciYum Yogurt
Apa Kebaikan Fernleaf CalciYum Yogurt?
Selain dari rasanya yang sedap dan kurang manis, sebenarnya yogurt CalciYum ni mempunyai khasiat yang membantu penumbesaran anak-anak untuk kekal sihat dan ceria. Antara manfaat Fernleaf CalciYum Yogurt ialah:
- 2x Kalsium (mengandungi 2 x kalsium berbanding dengan susu fullcream biasa 100g) – Untuk gigi dan tulang yang kuat
- Kultur hidup untuk menyokong sistem pencernaan yang baik
Pilihan Perasa Fernleaf CalciYum Yogurt
Untuk pilihan perasa yogurt CalciYum ni ada banyak pilihan tau. So, boleh pelbagaikan rasa bagi kat anak. Jadi takdelah anak muak asyik flavor yang sama je. hehe…
Fernleaf CalciYum Yogurt mempunyai pelbagai perasa antaranya :-
- Yogurt Chocoberry
- Yogurt Strawberri Anggur ( Combo Pek)
- Yogurt Strawberri Mangga (Combo Pek)
- Yogurt Vanilla Anggur ( Combo Pek)
Lagi menyakinkan ciktom as parents ialah kedua-dua Fernleaf CalciYum minuman susu kultur dan juga yogurt mempunyai logo ‘Healthier Choice’ dari Kementerian Kesihatan kerana kandungan gulanya yang rendah. Jadi tak perlu ragu-ragu lagi nak jadikan Fernleaf CalciYum sebagai snek tambahan untuk anak-anak.
Jom dapatkan stok Fernleaf CalciYum untuk anak-anak di pasaraya berhampiran rumah korang!
Nak tahu lebih lanjut tentang Fernleaf CalciYum ni? Jom terjah website rasmi Fernleaf CalciYum >> https://www.calciyum.com.my/
Sharing is caring
Anak Sis suka ni susu fernleaf, kalau pergi belanja barang dapur, dia akan beli fernleaf ni haaa…
Jom baca entri terkini Sis Lin …MASAK BUBUR BERLAUK YANG PALING SENANG KALAU MALAS
besar dah anak ciktom , anak2 suka ni kalau beli kejap je lincin
biasq saya beli minuman kultur fernleaf untuk anak2.
Ni pon antara favourite sumayyah sbb ada freegift hehe
saya pun peminat yogurt Fernleaf claciyum tuu jugak..ahhh sedap