Titan Summit – 100 Usahawan Jutawan Kongsi Rahsia Kejayaan di Musim Pandemik
Assalamualaikum dan salam sayang.. Pengalaman ciktom sendiri ceburi bidang bisnes bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabarannya terutama buat bisnes tapi takde pelanggan? Bila dah ada pelanggan, macam mana nk pikat mereka jadi repeat customer pula.
Haa semua ni kalau tak cari ilmu yang betul, boleh lemah semangat atau lingkup untuk teruskan bisnes. Lagi-lagi di musim pandemik ramai yang hilang rentak dan bungkus bisnes. Kesan paling dekat abang ciktom sendiri terpaksa tutup kedai makanan pada tahun lepas. Memang sedih sangat tapi Alhamdulillah abang ciktom dah bangkit untuk bidang yang lebih baik.
100 Usahawan Jutawan Bakal Kongsi Rahsia Kejayaan di Titan Summit 2021
Jadi bila ciktom dapat tahu yang pihak Richworks ingin menganjurkan Titan Summit yang mengumpul 100 usahawan bertitle jutawan yang bakal kongsi segala rahsia kejayaan mereka. Memang ciktom excited sangat untuk tahu bagaimana mereka dapat berjaya macam sekarang. Apa rahsia dorang??
Nama RichWorks ni memang tak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia terutamanya usahawan. Tapi ramai tidak tahu yang Richworks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih dan membimbing ramai usahawan sejak dari 2008 lagi. Malah boleh dikatakan kebanyakan jenama terkenal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera di latih oleh mereka.
Baru-baru ini, lebih 300 orang usahawan bertaraf jutawan dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ‘berkampung’ dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium. Usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.
“Usahawan jutawan di RichWorks ini merupakan ‘market leaders’ yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi.
“Mereka ini merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan dibimbing RichWorks yang berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM900 juta tahun sebelumnya,” jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Hebat kan?
Senarai Titan Richworks – Tuan Azlan Pengasas Ajwa Food
Salah seorang dari senarai titan Richworks iaitu merangkap anak murid Dr Azizan ialah Tuan Azlan Karim. Beliau telah menjalankan perniagaan makanan sunnah sejak hampir 10 tahun yang lalu. Beliau mempunyai beberapa cawangan termasuk di Johor dan Ipoh, Perak.
Selama ini segala bisnes beliau hanya bergantung dengan jualan di kedai. Jika tiada pelanggan maka tiadalah sales. Lagi menyedihkan, banyak kos yang terpaksa beliau tanggung untuk memastikan bisnes sentiasa beroperasi walaupun tidak nampak untung.
Isu dan Cabaran Bisnes Musim Pandemik
Antara isu dan cabaran utama ialah apabila perniagaan Tuan Azlan ialah jenis mengikut musim, jualan beliau hanya akan meningkat sewaktu bulan puasa dan raya sahaja. Beliau juga tidak tahu ke mana hala tuju bisnes untuk di kembangkan dan juga bagaimana pengurusan kewangan yang terbaik.
Semasa PKP perniagaan beliau mula merosot disebabkan Tuan Azlan hanya bergantung kepada kedai retail. Malahan beliau tidak ada ilmu untuk menukar bisnes dari retail kepada online.
Ini tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencari ilmu baru. Seterusnya membuat keputusan untuk dapatkan bimbingan melalui program mentoring SPIRE. Tidak lagi menoleh ke belakang, dalam masa tidak sampai sebulan Tuan Azlan terus buat keputusan untuk menyertai Titanium pada Disember 2020.
Beliau mula mengorak langkah dengan menukarkan bisnes model kepada online. Sekarang beliau mempunyai platform website rasmi untuk pembelian secara online. Malahan Tuan Azlan juga sangat agresif di platform Shopee dan sekarang baru mula untuk membina dropship. Dalam masa yang sama Tuan Azlan mula untuk mengambil lebih ramai pekerja untuk menguruskan jualan online. Beliau mula fokus kepada 1 produk dan mula juga membina branding ‘Ajwa Food’.
Alhamdulillah berkat selepas beliau menyertai Titanium kini beliau perolehi pencapaian jualan berlipat kali ganda berbanding tahun 2020!
Perkongsian Pengalaman 100 Usahawan Jutawan di Titan Summit 2021
Korang nak tak belajar dari jatuh bangun perniagaan 100 Jutawan Usahawan dari Pelbagai Industri?
Program Titan Summit 2021 menampilkan usahawan tempatan yang berkongsi pengalaman dan hasil sebenar untuk mendorong PKS menggunakan digitalisasi dengan cepat.
Program akan menyaksikan satu siri inisiatif dilancarkan dalam beberapa bulan ke depan, termasuk pelbagai kandungan, pengalaman dan platform untuk PKS untuk mendapatkan pandangan dari mereka yang sudah berjaya.
RichWorks kekal membimbing usahawan setiap langkah dan membantu mereka memanfaatkan teknologi terbaik untuk sentiasa berada di hadapan dalam dunia yang terus berubah dengan pantas.
Sudah semestinya, himpunan jutawan dapat memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini. InsyaAllah kita semua boleh!
Korang yang masih rasa lost atau mencari rentak dalam bisnes tu, jomlah join perkongsian 100 Usahawan Jutawan tentang bagaimana mereka berjaya harungi cabaran dalam bisnes ketika pandemik. Rebut peluang ke Titan Summit secara virtual online melalui platform zoom pada 24-26 September 2021 ini.
>> Jom daftar Program Titan Summit <<
Sharing is caring
Cawangan Ajwa Food ni ada kat Ipoh kalau tak silap. Kedai dia asyik full je. Memang tabik lah dengan founder dia.
Jom baca entri terkini Marshaliza …Ikhtiar Cegah Covid-19 Dengan Eskayvie Diffenz, Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati