McDonald’s Bakal Jana 10,000 Peluang Pekerjaan Baru untuk Belia Malaysia

Peluang Pekerjaan untuk Belia Malaysia | Alhamdulillah di waktu dan ketika musim pandemik ini, nampaknya McDonald’s Malaysia giat membuat pelbagai perancangan dan program positif yang banyak membantu rakyat Malaysia dalam mengatasi cabaran pandemik.

Terkini sejajar dengan pepatah “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara,” McDonald’s Malaysia menjangkakan 10,000 peluang pekerjaan baharu bakal dijana, melalui sasaran pembukaan 500 restoran menjelang 2026. Selain penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini, secara tidak langsung ianya turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Peluang Pekerjaan untuk Belia Malaysia

McDonald’s sudah bertapak 39 tahun di negara ini. Reputasi kukuh korporat gergasi ini terletak kepada dedikasi 14,000 kakitangannya, dengan 300 restoran di seluruh negara. Ternyata McDonald’s Malaysia terus memberi sokongan kerjaya kepada belia negara

McDonald’s Bukan Hanya Peluang Bekerja

Yang menariknya dengan matlamat mempersiapkan golongan belia lengkap dengan kemahiran industri serta menerapkan nilai kerja yang boleh diguna pakai di mana-mana organisasi. Bahkan McDonald’s Malaysia turut menyediakan peluang latihan, pembelajaran dan pembangunan bertaraf dunia. Ini adalah antara kelebihan yang berjaya menarik ramai minat belia untuk menyertai team McDonald’s.

Selain itu, menerusi Akademi Vokasional McDonald’s turut menawarkan pendekatan pembelajaran yang pelbagai dalam menyampaikan prinsip latihannya. Ianya termasuk memberi;

  • Bimbingan sambil bekerja
  • Latihan di dalam kelas
  • Pembelajaran kendiri
  • Alat pembelajaran bersesuaian untuk kakitangan

Kesemuanya ini dilaksanakan sebagai salah satu pendekatan bagi golongan belia mendalami peranan serta membiasakan diri dengan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan makanan.

McDonald’s Malaysia turut berkerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dalam Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Progam ini berjalan selama 18 bulan dan setiap perantis menjalani latihan praktikal merangkumi 70 peratus di restoran-restoran McDonald’s dan baki lagi 30 peratus pembelajaran teori di pusat latihan.

“Program-program kerjaya utama untuk belia, khususnya Program Perantis Vokasional McDonald’s, direka khas untuk memperkasa generasi muda dalam perjalanan kerjaya mereka dan menyediakan batu loncatan ke arah masa hadapan yang cerah dan bermakna,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

 

Yang ramai masih tidak mengetahui bahawa program ini dibuka kepada belia seawal lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelebihan istimewa lagi setiap perantis menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, kemudahan tempat tinggal, manfaat perubatan dan insuran serta makanan percuma sepanjang program ini.

Malahan sejurus tamat program, perantis berpeluang untuk membina kerjaya di McDonald’s atau bekerja di mana-mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan di Malaysia. Betapa untungkan? Lagi-lagi musim sekarang ramai yang kehilangan pekerjaan.

Menurut YBhg. Dato’ Ts. Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK, Kementerian Sumber Manusia, “Program Perantis Vokasional McDonald’s secara SLDN ini telah melahirkan ramai pekerja yang lebih kompeten serta mempunyai daya saing yang tinggi sejak diperkenalkan pada tahun 2018. Melalui program latihan kemahiran ini, dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) setelah perantis menamatkan latihan adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja). SLDN menekankan latihan amali berbanding teori sesuai dengan keperluan alam pekerjaan sebenar. Belia disarankan untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam program ini bagi memperolehi kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan sektor perkilangan dan industri.”

Pencapaian program ini telah melatih lebih 2,000 belia sebagai perantis di restoran McDonald’s di seluruh negara dengan jalinan kerjasama berterusan antara JPK dan McDonald’s. SLDN ini amat membantu perantis membina keyakinan diri dan seterusnya meningkatkan lagi kemahiran diri masing-masing.

Harapan beliau agar SLDN dapat diperluaskan agar lebih ramai belia dan beliawanis di luar sana menyertai progam ini. InsyaAllah sama-sama kita support progam yang bagus.

Peluang Pekerjaan untuk Belia Malaysia

2 orang cousin ciktom sendiri staff McDonald’s Malaysia. Salah seorangnya asal dari pekerja dari bawah. Alhamdulillah bertatih sehingga berjaya pegang jawatan pengurus. Salah seorang lagi cousin, bekerja bahagian latihan untuk pekerja baru.

Dari pengalaman mereka sendiri dan orang lain yang McDonald’s ni komited untuk membantu kakitanganya mendaki tangga kerjaya dalam syarikat, sehingga mampu memimpin pasukan sebagai seorang pengurus.

Pencapaian yang mengagumkan ialah lebih 1,000 Pengurus McDonald’s menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s, dengan kemampuan dalam memimpin, berkomunikasi, dan kepakaran dalam operasi restoran.

Di samping itu, McDonald’s turut mengambil pekerja dari 100 peratus rakyat Malaysia dan mengutamakan mereka daripada keluarga berpendapatan rendah termasuk golongan asnaf dan komuniti luar bandar. Usaha positif lain ialah McDonald’s turut bagi peluang kerja samarata kepada golongan wanita dan juga orang kelainan upaya (OKU).

Sehingga kini, 50 peratus Pengurus Restoran adalah wanita dan 228 daripada keseluruhan warga kerja McDonald’s adalah OKU.

Membina Pembangunan dan Keyakinan Diri

Salah seorang Pelajar Terbaik dan juga penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang, Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri atau Iman berkata bahawa McDonald’s telah banyak membantu beliau menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan diri.

Iman berkata “Ketika pertama kali menyertai program ini, saya agak pemalu dan sentiasa takut untuk mencuba perkara baharu. Melalui program ini dan selama saya di McDonald’s, saya menjadi lebih yakin dan lebih fokus untuk membina kerjaya saya, dengan mengatasi rasa takut melalui latihan ekstensif dan sokongan yang saya terima di sini.”

Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Kru di McDonald’s Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Program Latihan dan Pembangunan di Usia Muda

Manakala pengalaman berbeza bagi Khor Wei Nern yang telah menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s atas galakan daripada guru di sekolah menengah beliau.

Menurut Khor, “Saya bukan sahaja mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja yang mesra dan berpengalaman, tetapi juga dapat sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian. Dengan umur saya yang baru sahaja 18 tahun, pengetahuan dan latihan yang saya terima amat berharga bagi saya.”

Mendaki Tangga Kejayaan

Pengalaman seorang lagi perantis yang berjaya ialah David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj atau David. Beliau bermula sebagai perantis, dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Syif di McDonald’s. Dia mendapati program ini telah menyediakan pelbagai peluang termasuklah perkembangan kerjaya.

“Saya sudah bersama McDonald’s selama 3 tahun dan saya mahu menjadi Pengurus Besar Restoran sebaik tiba tahun ke-6 saya di sini. Saya juga telah menetapkan matlamat tahun ke-10 saya, untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi,” kata David.

David kini berkhidmat di McDonald’s Pandu-Lalu Rawang dan merupakan antara perantis pertama bagi Program Perantis Vokasional McDonald’s.

Peluang Pekerjaan Bersama McDonald’s Malaysia

Walaupun berada dalam tempoh sukar dengan isu COVID-19, McDonald’s Malaysia terus komited membuka restoran-restoran baharu. Ini bermakna lebih banyak peluang pekerjaan terbuka untuk rakyat Malaysia.

Bagi yang berminat membina kerjaya di McDonald’s dan ingin mengetahui lebih lanjut, layari https://www.maukerja.my/mcd/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!