Sasaran KULIM Jadi Peneraju AGRIBISNES Menjelang 2025

Bersempena meraikan ulang tahun ke 88, KULIM (M) Berhad telah mengumumkan kini sedang melalui fasa transformasi lima tahun (Pelan Transformasi Kulim) untuk menjadi peneraju Agribisnes. Ini termasuklah memperkenalkan logo dan video korporat baru kepada masyarakat sebagai simbol transformasi syarikat.

Sasaran KULIM Jadi Peneraju AGRIBISNES Menjelang 2025

Kulim mempunyai sejarah yang panjang bahkan sebelum zaman kemerdekaan Malaysia. Bermula pada 4 Julai 1933 apabila Kulim Rubber Plantations Ltd diperbadankan di United Kingdom. Kulim sebenarnya penah tersenarai di Bursa Saham London pada tahun 1970.

Pada tahun 1975, Kulim telah diperbadankan di Malaysia dan menjadi syarikat awam sebagai Kulim (Malaysia) Berhad. Kulim telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada bulan November tahun yang sama.

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (JSEDC), yang kini dikenali sebagai Johor Corporation (atau JCorp), telah menjadi pemegang utama saham Kulim pada 1976. Pada Ogos 2016, Kulim menjadi anak syarikat milik penuh JCorp dan telah dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia.

Fasa Transformasi Hala Tuju KULIM (M) Berhad

Mohd Faris berkata pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung tahun.

Tujuan saya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang,”kata Mohd Faris, Pengarah Urusan Kulim pada taklimat media Kulim sempena ulang tahun Kulim yang ke-88.

Kulim kini sedang melalui fasa transformasi. Di bawah inisiatif transformasi terdapat 5 keperluan strategik iaitu untuk;

I. Menyelaraskan struktur perniagaan dan organisasi Kulim;
II. Memperkukuhkan perniagaan teras iaitu agribisnes;
III. Pengembangan perniagaan dengan memanfaatkan kelebihan aktiviti agribisnes kumpulan;
IV. Meningkatkan kecemerlangan operasi Kulim; dan
V. Penyenaraian organisasi di bursa saham.

Dengan pelan inisiatif transformasi ini, Kulim merancang untuk kembali di bursa Malaysia apabila tiba masanya.

“Kami tetap komited terhadap pensijilan RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar. Kulim juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui institusi dan program untuk masyarakat, kanak-kanak dan pendidikan, kebajikan masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama. Syarikat juga komited terhadap integriti, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun 2021”, ujar Mohd Faris.

Pada majlis itu, Mohd Faris turut merasmikan logo dan video korporat baru Kulim sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol sebagai sebahagian daripada Korporat Malaysia.

Alhamdulillah, Kempen #kulim88  telah pun selesai dilancarkan pada 6 Ogos 2021 dan berakhir pada 29 Ogos 2021. Manakala Kempen #kulimpeduli akan disasarkan bermula pada bulan ini sehingga akhir Disember. Semoga segala kempen yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar.

Kulim bekerjasama dengan pelbagai yayasan iaitu MyFundAction, Yayasan JCorp, dan agensi Johor lokal yang strategic dan mensasarkan memberi bantuan kepada 1,500 penerima di Malaysia.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!