Ada Agenda Tersembunyi Kempen Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dr Azizan Osman

Ada ciktom terbaca komen yang kononnya kempen percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dr Azizan Osman mempunyai agenda tersembunyi. Yang permulaannya sahaja percuma tapi selepas termakan umpan mula la disembelihnya peserta dengan bayaran yang mahal.

Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yg nk berseminar motivasi. Dia pon leni blom berjaya lg…andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lg.. Balik seminar lps tu xde motivasi dah hahahaha

Ini antara komen negatif mereka yang lebih banyak mengkritik dari inginkan perubahan dalam hidup.

Kempen FREE nak pancing orang ramai supaya masuk program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman!

Itulah antara komen dapat dilihat apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira nak buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik. Seriuslah rugi dan sedih tengok senario ini dikalangan rakyat Malaysia yang mungkin mereka sendiri pun tak pernah ikut program berkenaan.

Kalau dah ikut pun, mungkin tak lakukan tindakan konsisten yang perlu untuk lihat hasilnya. Yelah sebabnya tugas Dr Azizan untuk tunjukkan jalan bagaimana mahu berjaya. Apa tindakan yang perlu untuk berjaya dalam perniagaan.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd berkata, ” Pergerakan yang terbatas, penutupan sempadan dan sebahagian sektor ekonomi mengakibatkan bukan saja perniagaan terjejas malah sampai ada yang gulung tikar. RichWorks sangat memahami keadaan ini, ramai usahawan yang berhubungan dengan kami di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka.”

“Pandemik ini masalah satu dunia dan kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Jangan anggap negara kita akan pulih (pandemik) dalam masa terdekat. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelas pengasas Richworks International Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Berbaloi ke Sertai Program RichWorks?

Program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks yang telah banyak membantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.

Berdasarkan laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800K lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 – 2019 (11 tahun).

Memang banyak juga testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Paling ketara tengok sahaja la owner Hasnuri salah seorang testomoni berjaya dari peserta program Dr. Azizan.

Sebenarnya semua dalam diri kita nak anjakan paradigma macam mana? Orang bagi kita joran, so kita la kena usaha pegang joran tu. Letak umpan dan ikutkan tips2 supaya berjaya dapat tangkap ikan kan?

Ye tahu. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini. Dikalangan saudara mara dan kawan-kawan ciktom pun ada yang berjaya dalam bisnes mereka selepas sertai Program Dr Azizan.

Ya program-program PERCUMA ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan

Tapi melalui ilmu, strategi dan MenThor yang ada results ini – bawa kesan dan perubahan dibuktikan sendiri peserta-peserta yang belajar & lakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan MenThor secara konsisten mengikut tahap dan fasa Bisnes mereka

Lihat di Telegram Azizan Osman Official dan FB, anda dapat lihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan DWDAO sendiri.

Difahamkan pada tahun lalu saja, daripada lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion.

Perumpamaan mudah, seperti pergi di universiti dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. BELAJAR DENGAN CIKGU YANG SAMA, WAKTU YANG SAMA, ADAKAH SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA???

Jawapan sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan.

Apatah lagi jika kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah pun berjaya.

DWDAO dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. 13 tahun dalam industri. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

Beliau sendiri selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang.

Difahamkan DWDAO telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 – belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi, sekembalinya Datuk Wira Dr Azizan Osman terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi.

Apa yang ciktom kagum dengan beliau punya passion nak lihat anak bangsa usahawan ini berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun dia tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan sumbang.

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma

Program Percuma Bersama Richworks Sejak Tahun 2020 Lagi

Kalau ada yang kata Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma ni sekadar nak amik kesempatan ke atas para usahawan yang tengah terdesak hari ni, korang kena baca fakta ni dulu.

Sebenarnya program-program percuma ni dah dibuat sejak PKP 1.0 tahun lepas lagi. Dan menurut laporan, dalam tempoh pandemik ni je lebih dari 700K orang dah join program percuma ni dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripadanya. Malah ada testimoni dari para peserta yang menunjukkan perubahan dan peningkatan dalam masa beberapa hari selepas ikuti program-program percuma ini.

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma

Bukan tu saja, kalau korang join Telegram Azizan Osman Official, korang akan nampak sendiri  di mana setiap hari ada saja ilmu, panduan dan perkongsian daripada usahawan-usahawan dan Dr Azizan sendiri untuk rujukan semua.

Memang tak dinafikan yang program-program FREE ini sekadar berlangsung 2-3 hari, maybe paling lama ada yang sampah  12 malam. Tapi dalam tempoh sikat ni, memang tak cukup nak tukar usahawan from ZERO to HERO, apa lagi nak jadi usahawan yang berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan.

TAPI TIADA YANG MUSTAHIL!! Buktinya, RichWorks berjaya bantu beberapa usahawan capai RM1juta pertama dalam tempoh 6-12 bulan saja.  Malah difahamkan yang pada tahun lalu saja, lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks berjaya hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion. Hebat kan?.

King’s Char Kuey Teow Port Dickson – Bermula Dengan Berniaga Dari Bawah Pokok Kini Menjadi Restoran Terbesar di Port Dickson

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma

Ciktom nak share lagi, anak didik Richworks yang boleh dijadikan contoh terbaik. Siapa tak kenal dengan King’s Char Kuey Teow kan. Tempat makan wajib singgah di Port Dickson yang diusahakan oleh usahawan muda bernama Aizat Zulhailie yang baru berusia 33 tahun.

Sebelum pandemik melanda Malaysia, restoran ni boleh cecah 800 hingga ke 1,300 orang pelanggan dalam satu masa. Yang wow sangat hasil jualannya pernah mencecah sehingga RM44,000 semalam tau.

Korang nak tahu apa rahsia kejayaan bisnes beliau sekarang?

Aizat Zulhailie mula berniaga char kuey teow di bawah pokok ketika berusia 23 tahun. Setelah beberapa tahun berniaga, beliau merasa perlu untuk buat sesuatu dengan peniagaannya. Tak kan selamanya nak berniaga bawah pokok kan?

Hasilnya.. Hari ini terdapat lebih 20 buah papan tanda King’s Char Kuey Teow di jajaran jalan raya menghala ke Port Dickson. Jika dahulunya, hanya beliau dan isteri serta seorang staf yang menguruskan gerai kecil King’s Char Kuey Teow. Hari ini, beliau sudah pun mempunyai 60 orang staf yang dianggap sebagai team berharga oleh beliau sendiri.

6 Modul Rahsia Bina Bisnes Berjaya Dari Rumah 2021

Serius memang best sangat input program ini untuk peserta yang akan diajar menerusi beberapa modul yang berbeza termasuklah isu semasa ketika ini seperti :
  1. Memahami mengapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik.
  2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital.
  3. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda.
  4. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit
  5. Mengenali plaatform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang
  6. Case study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital.
Haaa semua jalan sudah ada ditunjukkan yang tinggal pilihan ditangan kita apa yang nak dilakukan untuk memperbaiki bisnes kita. Ini kerana permintaa bisnes baru 2021 sudah tidak sama bisnes cara offline sebelum PKP, kini semua secara online sahaja bisnes dari rumah.
So, kalau study sesorang memang boleh pening nak tahu apa kehendak pembeli sekarang untuk bisnes online lebih berjaya. Jadi ciktom sarankan better korang join program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0

Jom Bangkit kembali bersama RichWorks

Mungkin ada kata, jika nak bantu bagi semuanya PERCUMA. Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan prorgam bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan.

Maaf langsung tiada paksaan pun dari Dr Azizan untuk sesiapa mengikuti program lain ianya pilihan mereka sendiri.  Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten.

Apatah lagi pada hujung bulan ini, Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital merupakan program terbaru yang dibuat khusus nak bantu usahawan untuk bangkit disebabkan pandemik Covid-19 masa ini. Soal penting pemasaran digital bagi bisnes masa ini untuk usahawan dapat bergerak lebih pantas.

Bagi ciktom, cuba beri peluang kepada diri sekali ini. Apakah yang akan buat korang rugi besar jika hadir pada 27-29 Ogos nanti???

Jomlah korang sama2 kita ikuti dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan beliau kongsikan pada hujung bulan ini dengan klik link dibawah;

>> Jom daftar Kempen Bangkit Bisnes Krisis 3.0 <<

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Ada Agenda Tersembunyi Kempen Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Dr Azizan Osman

  • September 10, 2021 at 4:23 pm
    Permalink

    Selalu tengok kawan-kawan pergi seminar DAO. Pastu join seminar online. Teringin juga 😁

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!