Jalan-jalan Kuala Pilah Versi Raya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Entry jalan-jalan Kuala Pilah, Negeri Sembilan versi raya ni dah lama sebenarnya dalam draft. Niat dihati nak buat lepas balik jalan-jalan kat sana tapi kerana tahap penyakit M tinggi terus tersimpan dalam draft. hehe…
Hari sabtu, 17 Ogos 2013 yang lepas saja plan dengan 2 orang lagi kawan pergi berjalan raya jenguk ex-ofismate UiTM Kuala Pilah. Kitaorang stay 3 hari 2 malam kat sana.
Pagi sabtu tue bertolak dalam pukul 8 pagi ke sana bertiga. Tak jauh pun, dalam 3 jam perjalanan dah sampai dari bandar jengka ke kuala pilah. Sampai dalam kul 11 tue lepak2 dulu kat rumah kawan sementara tunggu nak pergi open house Fiza kat Bahau lepas zohor.
Dalam pukul 2.30 jugak baru keluar. Biaselah orang perempuan lama pulak nak bersiap sorang2 tue especially Aida siap 3x tukar tudung. Geleng kepala tengok. haha… Sebelum keluar rumah, semua sibuk nak berposing sakan. Bimbang kalau keluar nanti semua bedak dah cair. hehe ;p
Alhamdulillah sampai2 je tuan rumah dah tersenyum lebar tunggu kitaorang, Fiza & Izat. Suka tengok diorang berdua ni memang pasangan suami isteri yang sweet gitu. Izat pun husband yang sporting je support Fiza yang caring.
Kawan cik tom; zira, zati & aida siap bawak nasi himpit kuah kacang. Sayang tak sempat cik tom nak rasa sebab asyik duk menambah rendang ayam, serunding & soto yang Fiza masak. Semua yang memang dah lapar terus makan tak tengok kiri kanan dah. hee…
Dah kenyang makan tak ingat dunia tadi.. Rasa seganlah , terus pura-pura rajin kemas meja. hik2…
Kenyang perut senang hati, masing2 mula semangat nak berposing pulak..
Terima kasih banyak2 kat Fiza & Izat yang sudi jamu kitaorang. Alhamdulillah semua makanan memang sedap sangat! InsyaAllah panjang umur kita ketemu lagi.
Malam tue, cik tom teman Jaa pergi beraya rumah jiran dia dulu. Takde amik gambar. Tapi seronok makan kuih tradisional yang mak cik tue buat sendiri sebab rata2 pergi beraya semua kuih tunjuk je.. huhu..
Hari kedua, cik tom follow kawan-kawan pergi open house kawan diorang nama Azrin kat Senawang. Cik tom rasa tak kenal pun & segan nak follow tapi zati beria cakap yang cik tom kenal azrin tue.
Zati: Cik tom kenal la azrin nie. Dia bagitau dulu dia study sekali dengan cik tom masa kat shah alam.
Cik tom: Ye ke? Rasa tak ingat pulak ada kawan nama azrin. Dia silap orang lain kot.
Zati: Betul dah dia describe cik tom ni mata sepet ala2 chinese, banyak mulut & cakap laju. hehe…
Cik tom: erkk.. ye la kot. haha…
Bila tengok..oh memang kenal muka cuma ingat2 lupa je. Al-maklum dah makin tua. hehe.. Rupa2nye dulu kitaorang pernah sama2 aktif kelab komputer kolej melati kat uitm shah alam. Kecik je dunia ni…
Hmm… duk seronok makan mee bandung terus lupa nak snap gambar open house Azrin. Thanks Azrin & family yang sediakan juadah untuk kitaorang berenam. First time makan mee bandung superb sedap!
Alhamdulillah perut kenyang pergi jalan-jalan window shopping kat KIP Mart, Senawang. Tak beli apa pun just cuci mata & posing2 je kat sana.
Alhamdulillah seronok pergi berjalan-jalan ke Negeri Sembilan jumpa kawan sekerja dulu. Thanks sangat2 pada zati, zira & aida bagi tumpang tidur kat sana & masak sedap2! Seronok jadi tetamu tak yah masak. hehe..
Semoga ukhuwah yang terjalin indah ini akan terus mekar mengharum sehingga ke syurga. InsyaAllah. ^_^
Sharing is caring
amboi.. best nya jalan2 dgn kwn2 lama…
Jom baca entri terkini encikarman …Gambar Toyota Vios Baru 2013
Jalan2 raya sambil shoping ke cik tom
Jom baca entri terkini hafiz …Tips untuk memilih jantina bakal anak
Lama terperap entri ni ye ciktom. Hehe. Berjalan sakan nampaknya tu.
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2013
best dapat keluar dengan kawan-kawan.kita dah kawin duduk jauh tak jumpa lagi..kalaua da hari raya
Jom baca entri terkini suri …Musa spp.
bestnyer jumpa kawan-kawan lama kan…lamanya entri cik tom ni terperap…hehe
Jom baca entri terkini puteri kasih …Perkataan Apa Yang Anda Nampak?
lama x jalan2 sini… 🙂
Jom baca entri terkini AUC …Top 10 Entri Oktober 2013