Tempahan Qurban dan Aqiqah Secara Online
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Alhamdulillah pada Aidiladha yang lepas, cik tom berpeluang untuk melakukan ibadah Qurban buat kali kedua bersama pihak eQurban di Kemboja. Malahan tarikh tempahan cik tom buat pun pada tarikh terakhir dibuka untuk qurban 2013 iaitu 8 October 2013 kerana sibuk dengan kekangan kerja membuatkan cik tom menangguh sehingga hampir terlupa.
Tempahan Qurban dan Aqiqah Secara OnlineTapi jangan bimbang tempahan untuk Aqiqah dibuka sepanjang tahun oleh pihak eQurban. Manakala tempahan Qurban akan dibuka untuk musim haji bagi tahun 2014. Pada yang nak melaksanakan ibadah Qurban pada tahun depan boleh la mengumpul duit dari sekarang. Kumpullah masuk tabung RM25 sebulan. InsyaAllah cukup bulan Oktober tahun depan RM250.
Tempahan Qurban dan Aqiqah Secara Online
Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala Qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
Qurban dilakukan pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Manakala Aqiqah tidak ada masa khusus iaitu boleh dibuat sepanjang tahun. Cuma waktu yang paling afdhal untuk melakukan Aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran bayi.
Cukur Rambut dan AqiqahHukum mengerjakan Qurban dan Aqiqah ialah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Namun, ibadah Qurban dan Aqiqah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukannya.
Daging Qurban sunat disedekahkan secara mentah kepada fakir miskin, sedangkan daging Aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.
Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah Qurban dan Aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat berikut;
- Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
- Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
- Unta- melebihi lima tahun
- Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Bagi ibadah Aqiqah, anak lelaki disunatkan 2 ekor kambing (bersamaan 2/7 bahagian lembu) manakala anak perempuan disunatkan 1 ekor kambing (bersamaan 1/7 bahagian lembu). Manakala bagi Qurban, mengikut kemampuan pihak yang ingin melakukan ibadah Qurban.
Hikmah melakukan ibadah Qurban ialah membersihkan diri daripada melakukan dosa, manakala Aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran menyambut kelahiran bayi.
Cik tom lebih prefer buat Qurban di Kemboja bersama pihak eQurban kerana bagi cik tom, masyarakat Islam di sana lebih memerlukan berbanding dengan rakyat Malaysia yang Alhamdulillah memang mewah dengan daging Qurban setiap kali musim haji.
Selain itu, harga lembu dan kambing di sana lebih murah berbanding di Malaysia. Yang membolehkan kita mampu untuk melaksanakan Qurban dengan sebahagian lembu. Perbezaan harga Qurban 2013 ialah RM250 untuk satu bahagian lembu (dengan pihak eQurban) berbanding RM450 untuk satu bahagian lembu di Terengganu.
Pada yang berminat untuk melakukan Akikah mahupun Qurban boleh rujuk terus untuk details atau tempahan ke website >> eQurban <<
Sumber rujukan;
- Qurban dan Aqiqah- Halaqah
- Korban dan Akikah tidak boleh disekalikan – Utusan
- Fadhilat Qurban dan Aqiqah- Tripod
Sharing is caring
RM250? Murah tu. Kalau kat Malaysia skrg ni mana dapat harga ni.
Assalamualaikum Cik Tom.
Samalah juga dengan Kak Long. Nasib baik masih sempat buat tempahan pada saat akhir.
Masa Kak Long berkunjung ke Kemboja, memang terasa beruntungnya kita di sini berbanding mereka di sana. Bagus juga idea Cik Tom, kumpul dari sekarang setiap bulan.
Jom baca entri terkini Kak Long Mawar Merah …Meniti Hari
In Shaa Allah next yerayear nak buat di kemboja cik Tom. Selalu dah buat kat malaysia kan..
Jom baca entri terkini raudzah …Fakta Menarik: Lawak Pertama Charlie Chaplin
Tinggal 2 anak je belum aqiqah,korban dah buat
Jom baca entri terkini hafiz …Tips untuk memilih jantina bakal anak
Insyaallah, kalau ada rezeki boleh lah buat ibadah Qurban tahun depan…
Jom baca entri terkini Rahmat Ariffin …Soalnya Cinta?
Emm nanti ada rezeki lebih nak buat dengan equrban gok..hehe
kalau RM250 memang murah jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Memang teringin buat juga, InsyaAllah ada rezeki nanti…
Jom baca entri terkini Ariff13 …Best Android Tablet – My Opinion
Assalamualaikum. Haritu pun saya tempah nama utk buat qurban time last day. Alhamdulillah sempat. hehe. RM250 tu memang murah. Tapi haritu ayah saya pesan, jangan buat qurban tu sebab harga murah. Tak kisah lah kat mana dan berapa ringgit, yang penting ikhlas dan tak tersasar dari niat asal. 🙂
banyak dapat daging qurab masa balik kampung 🙂 sampai tak tahu nak bikin menu apa
Jom baca entri terkini suri …Cara-Cara Membasuh Tuala Wanita Tahap Paling Enteng
Alhamdulillah berjaya daftar saat-saat akhir yer. memang mudah sangat melalui eQurban dan semoga lebih ramai lagi yang lakukan ibadah qurban dan aqiqah untuk tahun hadapan.
Jom baca entri terkini Denaihati …Arsenal tewaskan Liverpool