Jodoh Pasti Bertemu
Assalamualaikum dan salam mesra… Ehem tajuk agak jiwang sikit, inspirasi dari lagu Afgan- Jodoh Pasti Bertemu. Jodoh salah satu perkara yang kita tak boleh predict selain kematian kan? Tak tahu jodoh kita dengan siapa kan? Kadang2 kita bercinta bagai nak rak dengan seseorang tapi rupanya dia bukan jodoh kita. Kadang2 kita rasa menyampah dengan seseorang tapi tak tersangka itu jodohnya.
Nak di pendekkan cerita ciktom yang agak panjang…..
Cik tom kenal lelaki ego ni sejak dari awal cik tom jadi blogger jugak la. Masa tu cik tom tengah excited nak belajar ilmu blogging, jadi terjebak masuk geng pengopi kat blog lelaki ego ni. Tiap2 malam lepak chatting discuss ilmu blogging dengan blogger Miss XYZ, Ultraman, Ellen, Kaer, Anishaway, Afiq dan Belalang kot. Maaf kalau ada yang termiss nama. Dah lama tahun 2010 punya cerita. hee…
Then, blogger ni suka benor buat contest setiap kali dapat cashout duit nuffnang. Cik tom pulak memang mata duitan gemar join contest dan giveaways. Masa first time cik tom menang duit contest raya. So,cik tom request transfer je duit masuk akaun bank cik tom.
Tapi blogger ni cakap ada masalah dengan online banking dia ke pe ntah. So dia mintak masukkan terus topup dan dia mintak no hp cik tom “konon” nak masukkan topup la kan. Cik tom pun dalam was2 bagi la jugak no hp nya sebab dah excited menang kan. hehe…
Tak sangka dari rentetan bagi no.hp tue. Blogger ni gigih mesej dan call ciktom sehingga sekarang. haha… Dalam menyampah cakap dengan blogger ni sebab dia banyak letak syarat masa cakap telefon tapi seronok jugak sebab kitorang banyak borak pasal ilmu blogging. Dia blogger yang first ajar cik tom macam mana nak review blog dari segi blog personal atau blog berniche. Macam mana nak buat entri mesra SEO dan belajar main keyword hot untuk entri blog.
Siap cik tom ada buat nota lagi semua apa tips yang dia ajar. Yang masih cik tom simpan dan praktis sampai sekarang. hihi..
Selain lelaki ego, dia jugak lelaki yang poyooo!!!
Dia selalu cakap kat cik tom; Kau jangan suka kat aku pulak tau.
Cik tom akan jawab; Jangan perasanlah aku tak suka lelaki botak.
Antara ayat lain cik tom rasa annoying dan psiko;
Ko takdelah cantik pun tapi aku suka je tengok ko.
Suara ko tak best pun tapi aku suka je cakap dengan ko.
Motif sangat nak kritik ke puji entah.
Sepanjang kitorang berkawan 2010-2015 memang banyak on & off sebab cik tom banyak rasa geram atau annoying dengan dia. Cik tom siap pernah block dia banyak kali kat handphone & whatsapp, delete no.handphone, unfriend kat facebook.
Kagum cik tom dengan kecekalan dia masih gigih call, mesej dan whatsapp cik tom. Selalu gak perasan no.hp dia naik kat log calls sebab dah kena blocked.
Then, masa tahun lepas ciktom ada la berkawan dengan someone. Si dia ni contact cik tom dan cakap konon2 menyesal dan terlambat. Tak menahan dengan selamba dia cakap kalau ko tak kahwin jugak umur 30 tahun. Kita kahwin jelah berdua nak tak? haha…
Akhir tahun lepas dia ajak bercakap dari hati ke hati secara serius. Dan kemudian kitorang decide nak jumpa buat kali pertamanya setelah berkawan hampir 6 tahun di alam maya.
Kali pertama kitorang jumpa ialah 23 Januari 2016. Selepas 6 tahun tu baru jumpa face to face dan kenal. Then lepas fikir2 tolak tambah bahagi darab bagai… beberapa hari lepas tue, cik tom cakap kalau betul2 dia serius datang Terengganu jumpa emak ayah cik tom berkenalan dan tengok diorang approve tak mamat poyo ni. hehe..
Jadi dia terus datang Terengganu pada cuti raya cina bulan februari jumpa parents cik tom. Kat sini cik tom terharu jugak tengok kesungguhan dia sanggup tak balik kampung dan datang Terengganu jumpa parents cik tom.
Once dah dapat green light dari parents terus kitorang discuss untuk tarikh merisik. Kitorang berdua sama2 setuju tak nak bertunang. Family lelaki datang merisik then decide next planning terus kahwin.
Third time jumpa bulan April dia datang Terengganu lagi nak beli cincin untuk merisik. Cik tom dah cakap beli je kat sana. Tak payah datang tapi beria nak datang jugak. Nasib baik jugak datang sebab ciktom silap bagitau saiz jari. Ciktom ingat saiz 14, rupa2nya saiz 11. haha…
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar majlis merisik pada 14 Mei 2016. Tapi ramai yang cakap rasanya dah bertukar jadi majlis pertunangan dengan siap kakak dia sarungkan cincin dan ada berbalas barang hantaran. Kesian semua terkejut bila ayah cik tom yang suruh pi sarung cincin kat jari cik tom. hehe…
Ok, mamat paling poyo, psiko dan selalu buat cik tom rasa geram dari dulu sehingga sekarang –> Blog Bakal Suami Cik Tom.
InshaAllah majlis kami bakal dilangsungkan pertengahan bulan 9 selepas raya haji. Nanti cik tom invite rakan-rakan blogger secara rasmi bulan depan ye. Kad pun tak siap lagi. huhu..
Cik tom nak minta tolong korang semua doakan semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA untuk kami berdua mendirikan masjid. 🙂
Sharing is caring
Tahniah Cik Tom.. patutlah dah lama menyepi dari menulis blog.. rupa2nya ada.khabar gembira menanti cik tom..
Jom baca entri terkini anuar …Cadangan Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak disebabkan adanya permintaan..
Hmm.. tentu menarik kan.. bila bertemu jodoh dgn pasangan yg ada minat yg sama… hasil gandingan Cik Tom dan bakal suami nanti pastinya mampu menghangatkan lagi dunia penupisan blog di Malaysia…
Jom baca entri terkini anuar …Cadangan Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak disebabkan adanya permintaan..
Alhamdulillah dan tahniah ciktom lepas ni mesti blog dipenuhi tip tip kekeluargaan.
Tahniah Cik Tom…huhu….nasi minyak…nasi minyak….
Tanniah, dah agak dan boleh hidu siapa lelaki poyo tersebut. Itulah dikatakan marah-marah sayang 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Sambutan Hari Raya di kampung
Semoga bertemu jodoh yang baik baik 🙂
Jom baca entri terkini Ikhwan …Tips Pujuk Pasangan Yang Berbeza Minat
hihi tahniah , jangan lupe jemput akk .. muah ciket .. antara blogger yg akak kenal dr tahun 2010 juga ni ..
Jom baca entri terkini puanbee …Review 3 Produk Penjagaan Rumah No 1 di Japan : Merries , Magiclean & Attack Produk Dan Contest.
Wahhhh huhhhh! Tahniah Cik Tom.. akhirnya… saya tumpang gembiraaaa.. hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Cuti Emergency
dah agak dah.
haha..
Jom baca entri terkini titan …Kadang-kadang, kita jadi SUPER HERO tanpa kita sedar.
semoga dapat jodoh yang baik dan taat beribadah..
Jom baca entri terkini yashodara …Cream penghilang bekas jerawat
alhamdulillah, tahniah cik tom. moga dipermudahkan urusan pernikahan dan kekal hingga ke jannah, Insya Allah 🙂
Jom baca entri terkini sabrina …Beli kopi tanpa pengawet di Kabira Bandar Baru Bangi
pesan ini wajib dibaca oleh gadis-gadis yang sedang menunggu jodohnya..
Jom baca entri terkini Rush …100 Nama-Nama Penyakit dalam Bahasa Inggris
Tahniah Cik.Tom, bahagia.dengar dah sampai jodoh ni
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …Kajian TELOMERE dan Kaitannya dengan Usia Manusia
Assalamualaikum ciktom.. Tahniah. Alhamdulillah smga dipermudahkan sgala urusan perkahwinan..aminnn
Jom baca entri terkini madkie …“3000 SLE Supporters Giveaway”
Terima kasih madkie..dah lama xgi bw blog madkie. Alhamdulillah dah selesai semua majlisnya. 🙂
Jodoh pasti ketemu tapi mesti ada upaya mencari jodoh.
tahniah dan saya tumpang happy dengan cerita rakan blogger yang dapat jodoh..
semoga mendapat rahmah,sakinah dan tak ingat lagilah..yang penting bahagia hingga ke jannah
Jom baca entri terkini mrhanafi …Filem Suicide Squad Tak Best
Amin. Terima kasih bro.
tahniah ciktom. lama tak singgah sini, rupanya dah bertunang
Jom baca entri terkini Raihanah …Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil dan Menyusu
alhamdulillah dah selamat kahwin pun. hihi..
TAHNIAH cik Tom! Alhamdulillah…
Itulah rahsia jodoh…
Jom baca entri terkini ujie …Cerita TANDAS…Kenangan Masa Lalu
thanks uji.
Tahniah ciktom. Tumpang gembira bila baca entri ni. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk melangkah ke alam perkahwinan.
terima kasih atas doanya akak. jemput datang ke majlis jika ada kelapangan ye.
Swlamat ya .. Semoga berbahagia …
Jom baca entri terkini Oyong Ilham …Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
terima kasih atas doanya. semoga anda pun turut berbahagia.
Semoga istriku menjadi jodohku sampai akhirat
Jom baca entri terkini Stiker Segel Garansi …Jual Plastik Laminating Roll
wah sweet…amin
wah, inspirasi sangat ni cik gu…hihi
Jom baca entri terkini fahmi …Software Terbaik Untuk Bikin Video dengan Efek Tangan
inspirasi pasal jodoh ke?huhu