Patutkah Guna Servis Food Delivery Waktu Hujan

Patutkah Guna Servis Food Delivery Waktu Hujan | Bila duduk di rumah, mulalah rasa nak makan itu dan nak makan ini. Bila hari cuti, rehat di rumah, semua benda jadi agak malas. Mau rehat serehat rehatnya. Lagi-lagi jika kebetulan hari tersebut hujan. Teringin nak makan macam-macam. 

Antara makanan yang sering terlintas di fikiran saat waktu hujan begini adalah seperti :

1. Roti Canai Kuah Banjir

Roti canai, atau roti chenai, juga dikenal sebagai roti canai dan roti prata, adalah hidangan roti rata yang dipengaruhi India yang terdapat di beberapa negara di Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Maksud kuah banjir itu adalah jumlah kuah kari yang banyak melimpah ketika dimakan bersama roti canai tersebut. 

roti canai kuah banjir
Roti canai kuah banjir

2. Burger Bakar Saiz Besar

Burger yang sedap bukan hanya terletak pada sos tetapi juga pada isi daging yang digunakan itu sendiri. Burger bakar dengan daging burger buatan sendiri dikatakan tidak sama rasanya dengan daging burger yang dimasak cara biasa. 

Alasannya burger bakar ini lebih harum aromanya dan lebih nikmat makan kerana saiznya yang kadangkala agak besar. Ia juga dikatakan lebih berjus. 

Burger bakar saiz besar
Burger bakar saiz besar

3. Mee Goreng Mamak Panas Panas

Mee goreng mamak adalah mi yang digoreng dengan gaya dan resipi mengikut cara Indian Muslim. Mee goreng ini lebih kering berbanding mee goreng biasa kerana dimasak bercama telur yang dipecahkan. Tapi, rasanya sangat sedap. Makin berselera jika makan panas-panas diwaktu hujan. 

Mee goreng mamak
Mee goreng mamak

4. Pizza Hawaiian Chicken Yang Sedap

Pizza Hawaii, juga dikenal sebagai pizza nenas, adalah pizza yang disertakan dengan sos tomato, keju, nenas, dan daging atau ayam. Hidangan ini sudah lama ada dan telah mendapat tempat di hati para pengemar pizza di Malaysia. 

Pizza Hawaii Chicken
Pizza Hawaiian Chicken

Patutkah Guna Servis Food Delivery Waktu Hujan

Nak keluar fikir banyak kali. Tapi, keinginan untuk makan memang sukar untuk disekat. Di waktu begini, terlintas di fikiran, patutkah guna servis food delivery. Adakah jika order dianggap kejam kerana kebanyakan rider menggunakan motosikal sedangkan keadaan sedang hujan. 

Rupa-rupanya, soalan ini turut menjadi tanya tanya pada orang lain. Buktinya, baru-baru ini seorang netizen bernama Siti Hawa telah menggunakan akaun Instagram peribadinya untuk bertanya kepada pengguna sama ada mereka akan memesan penghantaran makanan ketika hujan ataupun tidak. 

Siti Hawa menulis, “Adakah anda akan memesan servis penghantaran online jika hujan?” Siti Hawa membuat tinjauan melalui Instagram Story yang kemudiannya dikongsi semula oleh Loeykinn di Twitter. Ramai membalasnya dengan jawapan tidak. 

Aplikasi foodpanda

 

Menurut tinjauan, 79% memilih tidak. Sementara itu, 21% yang lain memilih ya. Mungkin mereka yang memilih ‘tidak’ merasa kasihan kepada penunggang dan pemandangan memilukan menyaksikan penghantar makanan ini basah kuyup ketika membuat penghantaran dalam hujan lebat. 

Secara tidak langsung, ianya telah menarik minat lebih ramai orang untuk membahaskan tentang perkara ini. Rentetan dari perkara itu, apa yang lebih mengejutkan,  Siti Hawa telah menerima mesej pesanan dari salah seorang netizen yang mengaku sebagai penunggang makanan. Rider ini memberitahu, para rider tidak kisah jika pelanggan memesan makanan ketika hujan: 

“Ini satu-satunya cara untuk menaikkan gaji kami. Kami sangat menghargai apabila pelanggan berasa kasihan kepada kami, tetapi kami memilih untuk berada dalam keadaan seperti itu. Anda tidak perlu risau sekiranya hujan, yang penting bersabarlah kerana pesanan anda kadang-kadang mungkin akan terlambat dalam cuaca seperti itu”.

driver foodpanda

Rupanya, dalam wabak sekarang covid-19 ini, semua orang berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk bertahan.

Ini termasuklah pasukan pengendali penghantaran makanan dari Foodpanda. Mereka serius mencari nafkah dan sentiasa cuba berusaha untuk memastikan makanan yang dipesan oleh pelanggan tiba dengan selamat. Rider Foodpanda ini juga tidak keberatan untuk membuat penghantaran semasa hujan lebat. 

Cuma untuk diri kita sendiri dari sudut pandangan pelanggan, masing-masing boleh fikirkan apa yang terbaik.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Patutkah Guna Servis Food Delivery Waktu Hujan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!