Ramai Berjaya Rawat Masalah Jerawat Dengan Dr.Beau Serum

Ramai Berjaya Rawat Masalah Jerawat Dengan Dr.Beau Serum | Jerawat bisa memberi impak yang besar pada tahap keyakinan seseorang wanita mahupun lelaki bila berhadapan di khalayak ramai. Termasuklah ciktom walaupun dah ibu anak dua tetap nak jaga penampilan diri depan suami dan orang lain. Yelah perasaan nak sentiasa kelihatan cantik, kulit mulus tanpa masalah jerawat tu boleh dikatakan impian setiap wanita.

Satu lagi ciktom tak suka ada jerawat nanti sibuk suami nak picit sebab geram tengok jerawat ada isi. haha.. Opss tapi sebaiknya jerawat tak dipicit tau bagi mengelakkan penyebaran kuman pada permukaan kulit yang lain. Kesan jerawat akan naik mendadak dan lagi banyak. Nayeee…

Rawat Masalah Jerawat Dengan Dr.Beau Serum

Sebab tu, ciktom sangat teruja dengan Dr.Beau Serum yang dipegang dalam gambar ni. Tapi, sebelum ciktom berkongsi info mengenai Dr.Beau Serum, elok kiranya ciktom beri maklumat mengenai jerawat yang menjadi musuh utama di wajah ini dulu.

Biasalah sebelum kita masuk ke bab cara nak rawat masalah jerawat ni, sebaiknya kita khatam dulu asas kenapa terjadinya jerawat kat muka kita kan? Apa punca jerawat boleh berlaku dan menempek di muka? Tahukah juga yang jerawat ini boleh muncul di badan? So, next time kita beware.

Apakah Itu Jerawat dan Mengapa Jerawat Boleh Terjadi?

Maksud Jerawat

maksud jerawat

Maksud jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.

Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk. Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa.- sumber: MyHealth

Punca Jerawat Muncul Di Muka

Untuk punca jerawat ni banyak mitos yang ciktom dengar dari zaman muda remaja lagi. haha… Antaranya ialah makanan penyebab jerawat. Contohnya dikatakan coklat dan kacang penyebab jerawat dan ciktom siap beria pantang makan tau. Dah dua-dua tu favourite ciktom. hihi…

Sebenarnya banyak faktor boleh jadi punca jerawat merebak pada muka seperti tidur lewat, emosi tidak stabil (stress), persekitaran kotor (sarung bantal, tuala muka perlu ditukar selalu), perubahan hormon, makanan berminyak, produk yang menyumbat liang roma serta banyak lagi.

Kalau tanya ciktom, punca terjadinya jerawat pada muka ciktom terutamanya pada bahagian pipi, dagu dan mulut ialah emosi yang tidak stabil nak handle anak, pengurusan rumahtangga dan nak siapkan kerja freelance ciktom. Selain juga kesan dari pemakaian topeng muka (facemask) ketika keluar sebab jerawat banyak keluar pada bahagian keliling mulut serta pipi dikawasan yang ditutupi facemask.

Boleh Rawat Masalah Jerawat dengan Dr Beau Serum

So, memasing dah tahu apa maksud jerawat, punca jerawat muncul pada kulit. Next boleh la ciktom gebang pasal Dr.Beau Serum Vit E ni. Sebenarnya ciktom dah pernah guna serum Dr.Beau pada 2 tahun lepas, dengan Dr.Beau ni ciktom boleh dapat satu cara hilangkan jerawat dan jeragat dengan pantas dan mudah. Sejak cuba 2 tahun lepas, hinggalah ke hari ini, ciktom memang sukakannya dan Alhamdulillah memang berkesan dapat hapuskan jerawat dari muka ciktom tanpa sebarang kesan buruk.

Dah elok wajah tanpa masalah jerawat jeragat, ciktom dah lakukan satu perkara yang silap. Gitulah manusia, bila dah elok, lelama stop pakai sebab dah seronok kulit dah bebas jerawat dan parut jerawat. Ramai tau puji kulit ciktom nampak gebu je sepanjang mengandung Indera. Penghujung tahun lepas, dengan pelbagai masalah.. stress.. muka mula jadi kusam dan jerawat naik mendadak. Lagi bertambah stress tau bila tengok muka depan cermin.

Huwaaaaa… kenapa ini boleh berlaku??? Tidakkk!!!!

Sebab tu ciktom terus ambil keputusan untuk gunakan semula produk Dr.Beau dengan harapan magisnya akan berhasil lagi pada muka ciktom sekali lagi seperti dulu. Tinggi betul harapan ciktom supaya Dr.Beau Serum dapat bantu cantik muluskan kulit wajah ciktom buat kali yang ke dua. Dah macam orang bercinta pula kan? Hehe…

Siapakah Yang Mengeluarkan Dr.Beau Serum Ini?

Dr.Beau Serum ini merupakan produk keluaran syarikat Tejja Herbs, sebuah company bumiputera yang aktif menghasilkan produk dengan menggunakan bahan semulajadi. Ianya Halal dan mendapat kelulusan KKM.

Ciktom nak share apa bahan-bahan utama dalam Dr. Beau Serum yang menyebabkan ia menjadi produk pilihan ramai pengguna termasuk selebriti dan artis. Kerana kandungan bahan ini jugalah yang telah berjaya membuka hati ciktom untuk mencubanya tanpa was-was dan terus percaya keberkesanan produk ni sejak dulu hingga kini.

Banyak Bahan Semulajadi dan Selamat Dalam DR.Beau Skin Oil

Okay, apa yang ciktom paling suka ialah bahan-bahan semulajadi yang sudah tentunya selamat digunakan di dalam kandungan produk DR.BEAU ini. Serum Dr. Beau dirumus khas daripada sumber vitamin E yang bersifat 100% semulajadi. Dan antara bahan utama yang ada dalam serum Dr. Beau ini adalah:

  1. Minyak Roseship – membantu menukarkan kulit yang kusam menjadi bermaya dan berseri
  2. Minyak Argan – mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  3. Minyak Gandum – salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  4. Minyak Badam – merawat sel kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit wajah.
  5. Minyak Apricot – melembapkan kulit terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya juga kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  6. Minyak Primrose – mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Kelebihan Dr. Beau Serum Selain Bantu Selesaikan Masalah Jerawat

Dr.Beau Serum ni bukan sahaja boleh disapu pada kulit muka, malahan pada rambut dan tubuh badan juga. Best tau rambut akan jadi lembut, lembap dan kekal bersinar. Kulit tubuh badan pun begitu juga. Jadi makin lembut dan gebu!

  • penggunaan dibahagian rambut & kulit amat digalakkan utk melebatkan, merawat keguguran dan kekeringan kulit kepala
  • mengecilkan liang pori besar yang menyebabkan muka kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
  • mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan pada wajah.
  • menggalakkan sel kulit baru dan rambut menjadi lebih sihat.
  • menyelesaikan masalah whitehead dan blackhead terutama bahagian hidung dan dagu.
  • mengurangkan eyebag dan dark circle pada bahagian mata.
  • boleh dijadikan primer sebelum sapu bedak atau foundation untuk makeup lebih tahan lama

ciktom dengan dr beau serum untuk jerawat

Dr.Beau Boleh Bantu Ibu Hamil Juga

Selain dari wanita dan lelaki biasa, Dr.Beau ini juga turut disukai oleh ibu hamil. Dr.Beau yang bersifat minyak vitamin dalam bentuk serum yang tidak melekit dan mudah menyerap ke dalam kulit dan rambut ini, sering digunakan oleh ibu hamil untuk di sapu pada permukaan perut dan juga pada bahagian kaki.

Orang yang mengandung je tahu bagaimana rasa perut yang semakin menegang dan membesar. Dengan kesan stretch marks yang susah nak dihilangkan. Tapi dengan Dr.Beau ni bukan setakat parut bekas jewarat dan jeragat, malah parut kesan stretch marks pada perut ibu hamil lepas bersalin juga boleh dikurangkan.

Cara Penggunaan Dr. Beau Serum Yang Sangat Mudah

Don’t worry, mudah je cara untuk menggunakan serum Dr.Beau. Anak ciktom pun dah pro tengok ibu dia guna hari-hari. hehe… Korang cuma perlu :

  1. Tarik hujung gel
  2. Titis di kawasan dahi, pipi dan dagu
  3. Sapu rata pada seluruh kulit muka
  4. Jika ada lebihan minyak di tangan boleh terus sapu ke rambut

Ciktom suka serum ini cepat menyerap tanpa meninggalkan sebarang kesan berminyak. Lepas sapu di wajah terasa telapak tangan juga menjadi lebih lembut.  Baunya pun wangi bau bunga mawar dari minyak roseship.

Sebaik-baiknya serum DR.BEAU ini disapu dua kali sehari, pagi dan malam. Dalam satu botol serum ini ada 30 biji gel. Korang boleh guna setengah daripada sebiji gel untuk pagi dan setengah lagi untuk malam. Tapi lebih bagus jika guna satu biji gel untuk sekali pakai. Pemakaian secara konsisten pagi dan malam akan mempercepatkan hasil yang korang mahukan.

Testimoni Review Pengalaman Ciktom Sendiri, Rawat Jerawat dengan Dr.Beau Serum

Hasil dari pemerhatian dan ciktom tilik hari-hari depan cermin. haha… Kesan seawal 3 hari je tau, jerawat yang kecil mula mengecut, kulit juga bertambah lembap dan lembut.

Serum DR.BEAU juga tidak melekit. Bila sapu pada kulit, terasa lebih segar dan nyaman. Korang tak perlu risau, ianya sesuai untuk semua jenis kulit – normal, sensitif, kering mahupun kulit yang  bermasalah. Macam ciktom jenis kulit berminyak. Bila sapu je serum ni cepat je menyerap dalam kulit tau. Serius best!

Yang jerawat besar dan degil ambil masa sikit nak kecut dalam seminggu lebih gitu. hihi.. tapi yang penting menjadi!

Tengok ni gambar sebelum dan selepas penggunaan Dr.Beau Serum selama sebulan. Nampak kulit muka ciktom semakin smooth, jerawat mengecut dan parut jerawat semakin pudar.

Dua-dua gambar ni kira bare face ye. Yang after tu lepas ciktom sapu serum Dr.Beau Nampak lagi glowing kulit. Hihi..

Yang ciktom suka serum ni sambil dia kecutkan jerawat tu takdelah kesan dia kulit jadi mengelupas ke apa. Sebab dulu ciktom pernah la try produk chemical kuat jenis dap2 memang sapu je kesannya kulit kering dan jadi menggelupas.

Lagi best parut jerawat pun cepat pudar tau! Jerawat yang kecut elok tanpa gangguan ciktom picit tu pun elok je takde parut. haha…Warma kulit pun lebih sekata dan cerah.

Paling penting Dr.Beau tak beri kesan sampingan sama sekali. Yelah, Dr.Beau kan dihasilkan daripada bahan semulajadi dengan sifatnya sebagai pati minyak asli. Jadi memang sesuailah untuk kita guna, malah tak terasa risau untuk di bawa solat juga.

serum untuk jerawat dan jeragat

Serum ni bagus juga kerana packaging di dalam capsule gel. Setiap kali nak guna ambil 1 gel untuk sekali pengguna. Kiranya dapat jaga tahap kebersihan produk dan juga jimat sebab 1 gel tu memang dikira cukup untuk sekali penggunaan. Jadi takdelah kes tertumpah kes.. membazir ke.. susah nak bawa ke sana sini ke.

Ramai Pengguna Berpuashati, Ini Antara Dr.Beau Serum Testimoni Yang Mengangumkan

Ciktom kagum banyak betul testimoni pengguna Dr.Beau Serum ni. Yelah produk dah ada di pasaran 4 tahun kan (serum Dr Beau telah pun berada dalam pasaran sejak tahun 2015 di Malaysia). Mesti dah well establish dan mendapat kepercayaan orang ramai. Jadi korang tak perlu was-was nak gunakan produk ni sebab halal dan juga dapat kelulusan dari KKM.

Jom tengok hasil before and after dorang pakai. Jangan jeless uolsssss…

feedback customer dr beau serum

Berapa Harga Dr.Beau Dan Bagaimana Nak Beli?

Masa up status ciktom tengah amalkan Serum Dr.Beau ni ramai tanya berapa harga? Mahal tak serum Dr.Beau. Bagi ciktom harganya mampu milik setanding dengan kualiti produk. Normal Price ialah RM119 tapi special sekarang hanyalah RM77.  Jika guna sehari sekali, eh dah boleh bertahan sampai sebulan. Murah kan?

Untuk korang yang ada masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, kulit kering, kulit merekah dan sebagainya, ciktom sarankan untuk cuba Dr.Beau serum ni. Ciktom dah cuba dan dah pun berjaya mendapat hasil sebagaimana yang ciktom harapkan sebab itu ciktom berani rekomen.

Serum Terbaik Murah, Boleh Rawat Jerawat di Rumah dengan Dr. Beau Serum

Sambil-sambil usaha cantik kulit pakai Dr. Beau serum ni boleh juga korang amalkan doa hilangkan jerawat.

Japp belum habis.. ciktom ada terbaca di facebook yang dorang tengah mencari agent dan dropshipper bagi produk Tejja Herbs. Kalau korang tengah cari produk atau peluang perniagaan musim Covid-19 boleh la mencuba. Produk laku keras dan ramai orang cari ni tau. Lagi-lagi surirumah jomlah cari duit tepi untuk masa depan.

Incase, korang nak cari apa lagi produk yang ada keluaran dari Tejja Herbs bolehlah dapatkan maklumat lanjut di social media berikut :

Website : https://tejjaherbs.com/
Instagram : https://www.instagram.com/drbeau_official/
Facebook : https://www.facebook.com/tejaherbs/

Disclaimer: Serum Dr.Beau best dan produk di atas bergantung tahap keberkesanan mengikut diri masing-masing ya.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “Ramai Berjaya Rawat Masalah Jerawat Dengan Dr.Beau Serum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!