Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021

Assalamualaikum dan salam sayang.. Alhamdulillah pejam celik tak sangka cepat betul masa berlalu dan tahun 2020 pun dah melabuhkan tirainya 2 hari lepas. Boleh dikatakan terlampau banyak kenangan pahit serta manis sepanjang tahun 2020 yang tidak akan ciktom lupakan sampai bebila. InsyaAllah akan dijadikan sebagai kenangan dan pengajaran untuk penambahbaikan hidup mendatang.

Dulu ciktom memang suka sangat berkongsi kisah ciktom kat blog ni. Tapi makin meningkat usia nampaknya blog ni lebih banyak berupdate pada review. Kekadang rasa sayang pun ada sebab satu masa dulu boleh dikatakan blog ini ialah jiwa ciktom. Tempat meluahkan apa yang ciktom rasa.

Jom kita go through sepintas lalu apa yang berlaku sepanjang tahun 2020 dalam hidup ciktom.

Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021

Januari 2020

Permulaan tahun 2020 dimata ciktom terlampau risaukan isu speech delay anak ciktom, Adira. So, ciktom aktif caril ilmu dan mulakan homeschooling untuk adira.

Kenangan tak best celebrate birthday ke 2 adira bila bakers buat hal hantar lambat kek sampai 9 malam ye. Lepas tu pulak dapat kek tu topping coklat keras kejungggg. Ciktom tak berdiam dan complain, bakers nak ganti duit/  kek lain tapi ciktom tawar hati tak nak. Setuju maafkan mungkin kesilapan kali pertama.

Ingatkan sampai situ attitude tu. Lain kali ulang order delivery lepas tu masih attitude servis yang teruk. So, blacklist terus tak order sampai sekarang. Jangan kata tak support bisnes Melayu kalau dah servis pun teruk berulang kali.

Ciktom dan juga suami ada terima hadiah goldbar yang kami menangi dari tahun lepas. Yang suami punya hadiahkan kat Adira sempena birthday dia.

Februari 2020

Memori di bulan Februari ni macam samar-samar je. Tak ingat tapi ingat asal plan nak balik kampung terengganu raya cina tapi postponed sebab emak ciktom risau tengah sarat mengandung berjalan jauh. Tambah pulak dengan musim perayaan mesti jam. Tapi boleh kata terkilan betul sebab tak balik CNY ni. hmm…

Mac 2020

Kenangan bermulanya PKP pada pertengahan Mac 2020, suami bekerja sepenuhnya dari rumah (work from home) Rasanya lagi haru biru dan arahan kerja diterima tidak tentu waktu. Bagi ciktom baik kerja ikut waktu bekerja je. huhu…

Masa PKP ni juga mood suami mendekorasi rumah membuak-buak. Siap DIY wainscoting, shiplaps, pasang wallpaper Korea, drill dan pasang rak dinding dan macam lagi.

April 2020

MCO ni lagi penat bila suami duduk dirumah. Dengan asyik nak makan dan minum. Sampai terberanak awal ciktom. Sepatutnya due date 13 Mei 2020, tapi beranak awal 3 minggu. huhu…

Asal plan nak balik bersalin di Terengganu tapi tak kesampaian sebab tak dapat kebbenaran rentas negeri dari pihak polis. Sedih kalau ingat balik kenangan bersalin ni. InsyaAllah kalau free share akan datang.

Kelahiran anak kedua ciktom, Indera pada 23 April 2020. Alhamdulillah kira dah sepasang anak ciktom iaitu Adira dan Indera. Usah ditanya soalan nak tambah anak lagi. Bagi ciktom cukuplah 2 orang pertama hati yang ciktom sayangi setakat ini.

Mei 2020

Bulan yang penuh kesedihan iaitu ayah kesayangan ciktom, Md Rushdi bin Taib meninggal dunia pada 6 Mei 2020. Memang sayu sangat sebab last jumpa ayah bulan 10/2019. Bila jumpa kali terakhir dalam van jenazah yang nak bergerak menuju ke kubur. Ciktom dapat tengok je masa tu sebab orang-orang tua situ tak bagi sentuh alasan ciktom tengah nifas @ masih dalam pantang.

Tapi lepas tu baru tahu sebenarnya boleh je. Rasa nak nangis je plus banyak jahil ilmu agama.

Kenangan ciktom, adira dan indera beraya di Terengganu tanpa suami disisi. Suami terperangkap di Johor, raya sesorang kat sana. Tak dapat ambil kami kat sini plus ciktom masa tu nak stay dengan emak kat kampung habiskan pantang. Suami balik sesorang Johor. Keputusan ni walaupun banyak kesan tapi ulang balik rasa ciktom tetap akan buat keputusan yang sama. huhu..

Jun 2020

Balik dari Terengganu @ selesai pantang, suami bagi kejutan kabinet dapur IKEA lengkap sekali dengan dapur dan hood baru. Terima kasih bebanyak.

Julai 2020

Alhamdulillah rezeki menang goldbar dari contest yang dianjurkan oleh YaPEIM.

Ogos 2020

Dah lama mengidam nak Owl Diffuser Young Living. Alhamdulillah berjaya juga bela sekor dan dapat harga yang memang murah selepas dapat contact yang direcommend oleh kak Hernee.

Selepas penantian 3 tahun, dapat pasang @unifi kat sini 😅 Start masuk rumah ni 8/8/2017, line internet slow macam siput. Buat report takde perubahan sebab staff tu bagitau takde pencawang telco dekat kawasan rumah. Bila mohon unifi pulak. Katanya kawasan perumahan baru kena cukup 80 permohonan baru celcom pasang kabel optik unifi.

September 2020

Indera lulus permohonan untuk duit caruman percuma RM100 untuk akaun SSPN bagi anak kelahiran Johor yang lahir dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2020. Terima kasih @yayasanpelajaranjohor ♥️♥️♥️

Lepas ni, kami akan carum sendiri bulanan untuk Indera pulak. Sama macam Adira, cuma adira dulu mohon under anak kelahiran Terengganu. Jumlah sama juga RM100 masuk ke akaun SSPN-i. Dana Didik Harapan Johor ni under #YPJprogram

Adik ciktom, Yaty ada datang berkunjung 3 hari di rumah. Memang seronok dan rasa happening rumah bila ada tetamu ni. Adira pun seronok ada kawan. Buat pertama kali jugak ibu, adira dan adik pergi paradigm mall. haha….

29 September 2020, kisah ngeri tertumpah air milo atas laptop. Terus drastik ciktom off laptop dan tonggeng laptop. Lepas tu search tips jika sekiranya laptop terkena air apa perlu dibuat. Serik uiittt. Kesilapan sendiri padan muka. Kesan laptop sepi berehat sehingga penghujung 2020 sebab takde masa nak pi hantar kedai check. Untuk keselamatan ciktom blow kering, sedut guna vacuum, off dan jemur untuk keringkan (jemur tempat redup bukan direct sunlight tau).

Oktober 2020

Balik Perak kali kedua, ibu mertua tak sihat. Alhamdulillah balik tengok okay je. Rupanya tak sihat rindukan rumah sebab masa sakit tu stay kat rumah kakak ipar di Penang seminggu. huhu..

November 2020

Kali ketiga tahun ni balik Perak oleh sebab ibu mertua tak sihat. Suami rush ajak balik kampung dan tengah malam ibu mertua admit masuk wad. Hampir seminggu juga mertua kat wad dan kami di kampung. Lepas ibu mertua keluar hospital baru kami balik Johor.

Disember 2020

Alhamdulillah penutup 2020, waktu sale 12/12 ciktom dapat grab microwave dan juga air fryer di PG Mall hasil dari job menulis di blog.

Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021

Selain itu, ciktom dapat beli juga peti ais 2 pintu kolor hitam brand Hitachi dengan ciri save energy 5 star dan juga inverter. Syukur Alhamdulillah boleh beli stock aiskrim dan buat aiskrim. hehe..

Banyak je lagi kenangan sedih cuma tak dapat nak kongsikan di sini. Cukuplah sekadar di ingatan. Alhamdulillah rezeki menang giveaways dan contest pun meriah sepanjang tahun 2020 ni. Syukur Alhamdulillah.

Semoga tahun 2021, bakal memberikan sinar yang lebih indah untuk kami sekeluarga dan semua umat Islam. amin..

Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

4 thoughts on “Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!