Cara Mudah Shopping IKEA guna Personal Shopper Ikea Johor by NF Imtiyaz Enterprise
Personal Shopper Ikea Johor | IKEA bukan satu nama yang asing lagi bagi pencinta dekorasi di Malaysia. Sejarah Ikea Malaysia pertama dibuka ialah di pusat membeli belah One Utama, PJ pada tahun 1996 sebelum membuka gedung mereka sendiri di Mutiara Damansara. Terkini, terdapat empat Ikea Malaysia location iaitu Damansara, Batu Kawan, Cheras dan Tebrau. Ciktom dan keluarga sendiri memang suka pergi ke IKEA Tebrau cuci mata lihat apa barang yang menarik untuk dibeli. Ciktom gemarkan produk Ikea yang minimalist dan sesuai untuk dekorasi ruang kecil apatah lagi besar. Terbaru pada tahun ini, ciktom dapat hadiah Kabinet Dapur IKEA dari suami selepas habis berpantang.
Cuma semenjak pandemik ni, ciktom dah takde pergi ke sana untuk mengelakkan pergi ke tempat orang ramai atau sesak. Lagi-lagi ada anak kecil dan bayi. So as solution, ciktom lebih suka gunakan khidmat personal shopper Ikea untuk dapatkan barang ikea yang menarik lagi2 kalau time Ikea Malaysia Sale. Untuk yang tak mampu ke IKEA store, korang boleh guna servis personal shopper ikea dari NF Imtiyaz Enterprise. Cas personal shopper Ikea dari mereka memang berpatutan.
Kelebihan Personal Shopper IKEA Johor
Perbandingan beli di IKEA online store, platform online store & Personal Shopper
Kenapa tak beli je guna IKEA Online store? Haaa kalau barang kita order adalah item kecil dan ringan memang lebih baik order direct dengan IKEA online store tapi kalau kita beli item besar dan berat, ia akan mempengaruhi kos penghantaran yang boleh mencecah RM2++.
Untuk platform online store pula kebanyakan hanya memenuhi kehendak bagi item kecil. Dan cas courier adalah berbeza belum termasuk kos unit barang.
Jadi memilih Personal Shopper yang lebih banyak memberi manfaat:
- Pembelian tidak terhad kepada jumlah atau saiz.
- Kita lebih mudah berhubung dengan trusted seller kerana boleh pergi ke showroom.
- Jumlah Servise Charge (SC) pula bergantung kepada berat item. Kalau barang besar tetapi ringan seperti toys takdelah sc mahal. Uwh yee tiada servis pemasangan, jadi sila lah DIY (Do it Yourself) sendiri.
- Jimat masa, tenaga dan wang kerana tak perlu ke IKEA Tebrau, tak perlu beratur dan menjimatkan kos perjalanan ke sana bagi yang jauh daripada Johor Bahru.
**Apabila musim Pandemik ni sesuai sangat untuk gunakan khidmat Personal Shopper
NF Imtiyaz Enterprise, Trusted Personal Shopper IKEA Muar, Tangkak dan Batu Pahat
Kalau korang nak tahu pengasas Personal Shopper Ikea Muar ni adalah pasangan suami isteri yang berkhidmat sebagai guru iaitu Cikgu Shahrul dan Cikgu Madihah (Kak Ya). Minat ini tercetus pada Ogos 2020. Tapi siapa sangka minat ini boleh membina mini showroom yang pada asalnya adalah tempat anak murid tuisyen dan belajar mengaji. Lokasi bersebelahan Sekolah Menegah Sains Muar dan janakuasa elektrik TNB.
10 SOALAN vs 10 JAWAPAN
1) Di Muo/Tangkak ada Showroom@ Personal IKEA?
Ada
2) Siapa nama Personal IKEA tu?
Shahrul & Kak Ya
3) Macam mana kira harga?
Service charge ( sc ) ikut pada nilai harga & berat setiap barang
4) Macam mana saya nak tau sc barang tersebut?
PM Shahrul & Kak Ya
5) Mahal ke?
Anda pasti berpuas hati & happy
6) Macam mana nak beli?
Pembelian barangan IKEA melalui kami dengan 3 cara
7) Apa nombor handphone Personal Shopper Ikea tu?
Shahrul >>> klik disini 014-5068355
Kak Ya >>> klik disini 011-59629629
8) Ada buat COD (Cash on Delivery) ?
Tiada
9) Barang besar boleh order?
Boleh, setakat ini paling besar adalah katil
10) Showroom dibuka hari apa?
Akan dimaklumkan dalam group whatsapp
Terdapat ready stock item memudahkan pelanggan walk-in. Kebanyakan stok adalah hot selling. Tetapi jika tiada barang yang diinginkan tiada masalah kerana Personal Shopper akan membuat trip beberapa kali setiap bulan untuk memenuhi kehendak pelanggan bukan sahaja Muar, Tangkak dan Batu Pahat tetapi dari Kluang pon ada taw. Mereka akan menunggu di perhentian Tol untuk penyerahan barang.
Pembelian barangan IKEA melalui kami dengan 3 cara :
1) Order awal & Transfer ( Trip akan kami maklumkan dalam group ini )
2) Order semasa kami berada di IKEA ( Order & Transfer )
3) Pembelian barangan di Showroom kami
Kaedah 1: Rujuk Link group >>> https://chat.whatsapp.com/KZlseO9tVKZLSiU0FB0Xwv
Jika korang tak familiar nama barang boleh terus tengok katalog online dan snap gambar untuk memudahkan tempahan.
Melihat katalog IKEA
https://www.ikea.com/my/en/stores/tebrau/offers-and-events-pub18fbbccc
Everyday essentials under RM20
https://www.ikea.com/my/en/campaigns/everyday-essentials-under-rm20-pubc9b4fe10
Lowest Price Wonderworkers
https://www.ikea.com/my/en/campaigns/our-lowest-price-wonderworkers-pub21c6a5e0
Di showroom juga ada menjual pelbagai rempah seperti rempah nasi beriyani, nasi khomok, mamak letops, nasi arab mendi, nasi daging utaqa dan banyak lagi.
Kaedah 2 : Tempahan ketika jualan berlangsung di IKEA Tebrau
Lebih suka membeli dengan kaedah kedua sebab kadang-kandang ada promosi tengah berjalan di IKEA Tebrau. Contohnya semasa trip 12/12 yang lepas Personal Shopper trip kesana dan korang boleh terus melihat group untuk dapat update semasa secara langsung. Jangan risau kalau nak borong item besar sebab pengangkutan yang digunakan adalah lori.
Contoh gambar yang di update ke dalam group. Haa masa ni cepat-cepat lah order ya. Untuk memudahkan korang survey harga dan sc dikenakan boleh tengok senarai dibawah. Tak semua yang ena tahu. Ini adalah senarai yang biasa pelanggan beli. Jika nak tahu lebih lanjut item lain boleh terus join group.
Senarai Caj Personal Shopper IKEA
Lihat Personal Shopper terima order daripada pelanggan. Memang banyak tempahan dan harga sc adalah berpatutan sesuai dengan tenaga keringat mereka nak pergi ke IKEA Tebrau mengambil produk.
Bukan itu sahaja. Di showroom IKEA Muar juga menyediakan servis demonstrasi Norwex Microfibre. Jadi pelanggan yang walk in boleh mencuba keberkesanan kain kayangan ini.
Maklumat lanjut boleh terus layari laman sosial media berikut :
Facebook :
https://www.facebook.com/IKEA-Muo-Personal-Shopper-632427177385606/
………………………………………………………………………………………
Join Group Muar, Tangkak & Batu Pahat :
http://www.wasap.my/60145068355/JoinGroupIKEA
………………………………………………………………………………………
Join Telegram :
………………………………………………………………………………………
Lokasi showroom Muar :
NF Imtiyaz Enterprise, Lot 171, batu 1 3/4, Tanjung Agas, 84000 Muar Johor
Sharing is caring
Time pandemic ni snang ada ps ikea.
Jom baca entri terkini Cik Puan Ena …Tidak menjual di Facebook tetapi akaun disekat. Blogger perlu periksa Marketplace supaya link blog tidak disekat
sakan lah orang2 johor shopping barang ikea lepas ni ha
Dah lama tak cuci mata ke Ikea. 🙂