Tips Penjagaan Tayar Kereta Cara Mudah Untuk Wanita
Penjagaan Tayar Kereta Cara Mudah | Hai, Salam sayang dari ciktom. Ramai antara kita memiliki kereta, tetapi tak ramai juga yang betul – betul pandai menjaganya. Tambah pula macam kita ni, perempuan memang jarang sangat lah nak ambil tahu pasal kereta. Pulas kunci tengok meter petrol dan jalan saje.
Ciktom kira beruntung juga banyak belajar dari abang – abang ciktom tentang penjagaan kereta. Yang simple dan mudah sebenarnya kita kena ambil tahu juga. Macam periksa angin tayar, pemeriksaan bateri atau periksa air di radiator.
Kereta ni benda yang diguna pakai jadi ada part yang memang akan haus, rosak dan perlu ditukar ganti. Cuma mungkin kita boleh panjangkan jangka hayat sambil mengekalkan kondisi kereta dalam keadaan terbaik. Melalui nasihat abang – abang ciktom, kerosakan kereta banyak berpunca daripada kurangnya ilmu.
Tips Penjagaan Tayar Kereta Cara Mudah
#1 – Tekanan tayar
Tekanan tayar sangat penting untuk penjagaan tayar. Kalau kurang angin, ada masalahnya. Kalau terlebih angin pun akan timbul masalah lain pulak. Jadi kena jadikan rutinlah untuk periksa angin tayar.
Tak perlu setiap hari pun.
#2- Tahun buatan tayar
Paling penting masa nak beli tayar tengok tahun buatannya. Takut nanti kita beli tahun 2020, tapi tahun tayar dibuat 2014. Naya je kan.
Dulu ciktom fikir selagi bunga tayar elok tak perlulah tukar kan? Rupanya ciktom silap percaturan bila mekanik tu bagitau tayar ciktom tu dah lama buatan. Walaupun bunga masih elok tapi getah tayar tu dah keras dan perlu ditukar untuk penambahbaikan keselamatan dan keselesaan pemanduan.
#3- Jenis tayar
Beli tayar dengan kesesuaian pemanduan. Kita tahu jalanraya di negara kita ni bukannya tip top sangat jadi elakkan membeli tayar nipis. Boleh baca lagi mengenai tips beli tayar kereta.
#4- Servis tayar (Wheel Alignment and Balancing)
Wheel alignment dan balancing pun main peranan. Sekurang – kurangnya buat lah setahun sekali. Anggap je itu termasuk belanja tahunan untuk kereta tersayang.
Bukan apa, ciktom menitikberatkan pasal tayar ni sebab tayar adalah benda terakhir yang bersentuhan dengan jalan bila kita memandu.
Kalau yang ini failed, kita nak ubah mode kereta terbang? haha..
Apakah kesan lambat servis kereta?
Penjagaan kereta bukan sekadar basuh luar dan dalam saja, tetapi pemilik kereta perlulah tahu kenapa kereta perlu diservis atau disenggara?
Ini adalah penting untuk menjaga kondisi kereta supaya dapat terus beroperasi pada tahap optimum. Sebagai objek yang memang dicipta untuk bergerak, kereta terdedah kepada masalah haus dan lusuh (wear and tear). Jadi, ia perlu sentiasa diperiksa dan diservis secara berkala berdasarkan tempoh senggara disarankan oleh syarikat servis.
Komponen bendalir seperti minyak enjin, minyak brek, minyak gear atau seumpamanya termasuk dalam faktor haus dan lusuh akibat usia penggunaan. Jadi, mahu tidak mahu anda perlu melakukan servis kerana semua komponen tersebut mengalami proses degradasi apabila sampai tempoh masa tertentu.
Jadi yang tertanya servis kereta ikut tarikh atau kilometer? Jawapannya ialah sila ikut tarikh yang ditetapkan walaupun kilometer atau mileage belum mencapai nilai yang disarankan. Ini kebiasaan bagi kes yang jarang guna kereta/ mungkin ada kereta kedua atau ketiga/ guna kereta dalam jarak dekat sahaja.
Tapi jika sekiranya mileage sudah mencapai nilai saranan sebelum tarikh, Anda perlulah segerakan servis kereta anda.
Pengalaman Ciktom dengan Kereta Secondhand
Sebelum ini ciktom pernah kongsikan pengalaman ciktom dengan kereta kelisa. Boleh baca juga sebagai bahan bacaan tambahan jika berminat. Tapi sedih sangat sekarang kereta kelisa tu dah takde sebab kemalangan bulan 11/ 2017 dan pihak insurans declared total lost.
Ciktom pun dah beli kereta lain bulan 5/2019 lepas iaitu kereta Axia bagi memudahkan urusan ciktom untuk bergerak ke sana ke mari. Kereta kedua ciktom beli ini ialah kereta baru dan pembelian secara pinjaman.
50 Tips Penjagaan Kereta Kekal Tip Top
Nak tulis banyak pon ciktom baru nak belajar juga. Jadi daripada ciktom membebel tak tentu arah, baik untuk kita terutama perempuan dapatkan naskah ebook “Mudahnya Menjaga Kereta”.
Keluarga penulis memiliki perniagaan bengkel membaiki kereta dan aksesori kereta di Terengganu. Penulis juga berpengalaman membantu keluarga di bengkel dan pernah memiliki kereta second hand. Jadi memang sesuailah penulis mencurahkan ilmu dan pengalamannya dalam ebook tersebut untuk membantu kita menjaga kereta dengan baik.
Selain daripada 50 tips penjagaan kereta, penulis memberikan dua bonus tambahan iaitu panduan mencuci kereta dan Rahsia Terbongkar-Penipuan Bengkel. Bagus juga ni kan. Kurang – kurang lepas ni kita boleh elak ditipu oleh bengkel.
Ok. itu saja. Kalau berminat, anda boleh dapatkan ebook “Mudahnya Menjaga Kereta” ni. Miliki ilmu sebenar yang ramai pomen bengkel taknak kita tahu.
Okay, ciktom nak cuci kereta ni. Kesian warna dah pudar berjemur setiap hari di luar pagar.
Sharing is caring
pernah kena juga , tayar pecah di highway , masa tu anak baru 4 .. kengan sungguh ..
Jom baca entri terkini puanbee …Penyakit kucing FELINE INFECTIOUS PERITONITIS VIRUS OR FELINE CORONAVIRUS INFECTION
Kalau ikut jadual penyelenggaraan yang dibekalkan semasa beli kereta. Insyallah jangka hayat kereta boleh dipanjangkan. Jangan masa tempoh jaminan yang dijaga.
baik lah cik tom Norsiah..