Suri rumah sepenuh masa atau Suri rumah bisnes

Suri rumah sepenuh masa atau Suri rumah bisnes | Assalamualaikum dan salam sayang… Ciktom ada terbaca wall kawan facebook ciktom dan tertarik dengan nasihat yang fura luahkan mengenai suri rumah sepenuh masa vs suri rumah bisnes. Apa yang diperkatakan memang mendalam.

Ciktom sangat setuju dan boleh katakan apa yang dia luahkan memang dah lama berlegar-legar dalam kepala ciktom bila selalu nampak ramai surirumah buat duit secara sampingan, suka buat status kena pandai cari duit nanti samada 2 kemungkinan iaitu suami tinggalkan kita kerana meninggal dunia atau suami tinggalkan kita kerana perempuan lain.

Suri rumah sepenuh masa atau Suri rumah bisnes
Gambar sekadar hiasan

Suri rumah sepenuh masa atau Suri rumah bisnes

Nukilan: FB Safura

Fura ada baca 1 status baru ni pasal nasihat dekat orang perempuan. walau apa pun kena kerja. Kena ada duit sendiri. Jangan hanya berharap pada suami.

Nanti suami tinggal, terkontang kanting..
Atau mungkin Suami mudah berubah hati..

1 kena pegang, hati manusia Allah yang pegang.
Berdoalah..

Kalau diuji, terima dan cuba melangkah lagi..

Kedua.. Tak payah bagi status macam tu dan bagi tekanan dan stress pada suri rumah yang tak mampu cari pendapatan sampingan.

Setiap manusia kehidupan berbeza. Mungkin kau dipermudahkan urusan untuk berniaga. Ada yang terpaksa jaga anak istimewa sampai nak makan pun tak sempat. Apatah lagi nak berniaga online.

Tapi nasihat fura pada suri rumah. Simpanlah duit walaupun RM10 sebulan.
Kalau tak mampu cari duit sendiri. Mintak dengan suami walaupun RM5.
Kalau Rm5 sebulan pun suami kedekut. Buatlah sesuatu. Mintak duit beli barang dapur, simpanlah sikit demi sikit.
Keraskan hati..simpan lah duit…

Bila jatuh atau ditinggalkan, sekurang-kurangnya ada modal untuk mula hidup baru..
Allah tu ada.. Takkan Allah uji tarik hati suami kamu, pastu biarkan kamu sendiri…

Allah sentiasa ada untuk kamu..
Bumi Allah luas.. Rezeki ada di mana2..

Jangan sibuk bekerjaya dan bisnes, hingga rasa suami tu lemah..
Kaki boleh melangkah sendiri.. Biarlah suami pun ada rasa tanggungjawab..
Kita tanggung jawab kita..dia tanggung jawab dia..
Sama-sama galas.

################################################################

Bagi ciktom memang betul hidup setiap orang pasti berbeza. Jadi kita sesama manusia tak perlu pertikai atau memperlekehkan suri rumah yang tidak mampu buat sideincome..

Tapi tetap beringatlah pada suri rumah yang tak mampu cari duit sendiri tetap kena sediakan juga simpanan sendiri atas nama akaun korang sendiri demi untuk masa depan. Silalah simpan duit dari nafkah suami bagi. Sikit demi sedikit insyaAllah kalau apa- apa berlaku kemudian hari pada diri atau keluarga kita. Sekurang-kurangnya dah ada duit backup ataupun emergency.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!