Resepi Daging Bakar Harimau Menangis dan sos ala Thai (Sua Rong Hai)

Assalamualaikum dan salam aidiladha.. Dah alang2 musim Hari Raya Aidiladha ni. Ciktom nak share resepi tengah viral untuk daging korban yang banyak tu. Resepi Daging Bakar Harimau Menangis. Mesti korang tengah pening fikir nak masak lauk atau masakan daging apa lagi tu??

Boring asyik masak gulai daging? sup gearbox? sup daging? daging blackpepper? Mai la cuba tengok gambar menggoda daging bakar harimau menangis ni. hehe..

Menggiurkan tak??

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis
Resepi Daging Bakar Harimau Menangis

Lagi-lagi daging korban fresh mesti lagi sedap masak pelbagai resepi mudah. Korang mungkin ingat susah tapi sebenarnya senang je cara nak masak daging bakar harimau menangnis ni. Jomlah korang cuba resipi daging bakar ini yang memang sangat sedap!

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis

Resepi asal dari: My Resepi
Kredit resepi: Lina Thomas

Bahan untuk Perapan Daging

500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
1 sudu besar kecil garam
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar brown sugar

Cara mudah masak daging harimau menangis:

  1. Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap.
  2. Kalau ikut tuan punya resepi, dia perap selama 4 hingga 5 jam tapi ibu perap dari malam sebelumnya.
  3. Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven.
  4. Tapi cara paling mudah korang guna Periuk Pemanggang Ajaib je.
Resepi sos ala Thai (Sua Rong Hai)
Resepi sos ala Thai (Sua Rong Hai)

Bahan untuk membuat Sos Ala Thai

6 ulas bawang putih ditumbuk
10 biji cili api ditumbuk
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan nampla
3 sudu brown sugar
1 bawang merah hiris nipis
2 biji cili api dihiris
1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
Sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara mudah masak sos ala Thai (Sua Rong Hai):

Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaikan kesemua rasa dengan selera anda.

Antara resepi daging lain yang pernah ciktom kongsikan di dalam blog;

Selamat mencuba pelbagai resepi masakan daging termasuk daging bakar harimau menangis sepanjang Aidiladha ni. hehe…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Resepi Daging Bakar Harimau Menangis dan sos ala Thai (Sua Rong Hai)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!