Pentingnya Set Baju Tidur Menyusu Untuk Ibu Menyusu
Assalamualaikum dan salam sayang… Tahniah kepada rakan-rakan yang sedang mengandung ataupun telah bersalin. Teringat pulak kenangan ciktom ketika excited mencari kelengkapan bayi, bersalin dan juga berpantang. Alhamdulillah adik ciktom, yaty banyak membantu bagi senarai keperluan barang ibu dan juga bayi.
Salah satu keperluan untuk ibu selepas bersalin yang yaty suka share ialah baju menyusu jenis selak yang lebih praktikal dan mudah berbanding baju menyusu jenis butang atau zip. Yelah dia dah banyak pengalaman dengan anak dah 2 orang. Jadi ciktom memang suka dapatkan tips-tips atau ilmu mengenai baby dan menyusu dari dia. Lagipun tak segan sebab adik sendiri. Terbalik pulak kan? hihi..
Pada mulanya ciktom rasa macam takde kepentingan sangat nak beli baju tidur (set pajamas) jenis mesra menyusu. Yelah ciktom fikir malam stay kat rumah sendiri je, tak perlu runsing nak menyusu freestyle dan kat mana sahaja.
Tapi ciktom terlupa keadaan tak sama bila berada di kampung bersama ipar duai. Banyak ciktom kena teliti dan oleh sebab tu ciktom ambil keputusan beli Minnie Lollipop Nursing Pajamas brand Mamaway. Comel sangat corak minnie lollipop ciktom pilih ni kan??hehe…
Kasi can ciktom selfie pakai baju tidur cute mute
Pentingnya Set Baju Tidur Menyusu Untuk Ibu Menyusu
Ada kawan ciktom tanya; kenapa penting ibu menyusu pakai baju tidur menyusu? Pakai baju tidur biasa je tak boleh ke? Bagi ciktom memang penting untuk ibu menyusu ada at least satu helai baju tidur menyusu. Of course lagi banyak lagi bagus.
1.Tampil sopan dan menutup aurat
Bila menyusukan bayi dihadapan orang ramai seperti ipar duai, pastinya menimbulkan rasa ketidakselesaan dan malu kerana ada yang beranggapan ianya kurang sopan. Perasaan ini terjadi bila sebahagian badan terdedah ketika ibu menyusu.
Adira tengah menyusu ke baring je tu?
Dengan baju tidur menyusu jenis selak yang direka bukaan khusus hanya pada bahagian dada dapat mengelakkan kejadian bahagian lain terdedah seperti belahan dada atau perut. Selalu orang salah sangka Adira sedang tidur atas riba ciktom, sedangkan sebenarnya Adira tengah menyusu. Hihi..
2.Tidak perlu susah buka/tutup butang atau zip baju
Kenapa orang cari nursing pajamas? Sudah semestinya mudah untuk dibuka walau hanya menggunakan sebelah tangan je pun boleh. Korang hanya perlu selak je sikit baju tidur tu dan suakan mulut bayi. Siap!
Mudahkan?
Tak perlu nak bersusah buka zip atau butang baju yang kekadang ketat dan perlu guna dua belah tangan. Tambah-tambah lagi anak pulak tengah cranky lapar nakmenyusu,confirm lagi haru jadinya bila lambat bagi susu.
Rekaan baju tidur menyusu (pajamas set) jenis selak, suakan mulut bayi pada bukaan khas di dada dan takkan siapa perasaan sebenarnya korang tengah menyusu anak sambil berborak-borak. Hihi..
3.Mudah menyusu sambil mengendong bayi
Dengan sebelah tangan sahaja untuk selak, korang boleh menyusu bayi sambil mengendong tanpa sebarang masalah. Pergerakan juga lebih pantas tanpa perlu tercari-cari pula nursing cover di dalam beg.
4.Tidak perlu mencari tempat menyusu
Ibu tak perlu mencari bilik atau tempat tersorok bila nak menyusukan bayi korang. Korang boleh bebas menyusu di hadapan orang lain tanpa rasa segan. Tahu jelah bayi kalau menyusu tu agak lama, kalau pergi tidur rumah mertua asyik terperap menyusu je dalam bilik. Apa pulak pandangan diorang nanti. Yelah semua kena jaga adab tingkah laku kan. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Kain Pajamas Set dari Mamaway ini ringan,sejuk dan selesa sangat bila ciktom pakai tau. Material berkualiti ni diperbuat daripada 65% Polyester dan35% Rayon. Penting untuk korang beli kain yang mudah menyerap supaya tetap selesa walaupun berpeluh. Nak jemur pun cepat kering dan kain jenis payah untuk berkedut.
Selain tu, ciktom suka jahitan kemas kemas dan kukuh set baju tidur menyusu ni. Ciktom memang suka teliti bab jahitan sebab serik selalu jahitan baju beli dapat tak kemas. Basuh sekali je terus tertetas jahitan bajunya. Geram je tau!
Korang jangan ingat set baju tidur ni sesuai untuk ibu yang menyusukan anak je tau. Pajamas set ni sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusu. Potongan baju berbentuk A selesa untuk dipakai ibu mengandung tanpa rasa ketat pada bahagian perut. Lagi best ialah seluar ibu mengandung (maternity pants) yang bergetah serta boleh dilaras mengikut keselesaan perut ibu mengandung yang makin membesar.
Potongan A shape baju ni bagi nampak slim sikit bila ciktom pakai. Haha.. Tak rugi tau beli set baju tidur ni serbaguna. Boleh pakai waktu mengandung dan juga selepas bersalin.
Set baju tidur ni ada pilihan lengan panjang dan pendek tapi ciktom memang lagi suka pakai lengan panjang selesa nak tidur sejuk memalam.
Ada banyak pilihan dan design pajamas set yang cantik , so jangan korang rambang mata sudah la nak pilih design yang berkenan. Ciktom memang suka corak Minnie Lolipop ni. Nampak sweet sangat kan?haha…
Tak payah risau, pelbagai saiz dari saiz kecil sehingga plus size iaitu saiz XS hingga 2XL. Nak buat macam mana kekadang bila mengandung atau bersalin ni memang berat badan biasa naik sekali ganda. Tapi tak perlu pening banyak pilihan saiz untuk yang kurus atau berbadan gempal.hihi..
Korang yang berminat nak survery design dan saiz Pajamas Set boleh tengok kat website Mamaway ni>> http://bit.ly/2wL4KA8
Untuk maklumat lanjut pelbagai produk kelengkapan ibu dan anak yang menarik, boleh layari di laman sosial Mamaway berikut:
Website : https://my.mamaway.com/ Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/ Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
Sharing is caring
creative design for those mothers to ease their work on feeding their newborn baby! and yes without all the buttons is surely much easier!
Jom baca entri terkini henry tan …EPF Increases Minimum Basic Savings to RM240,000 At Age 55 Effectively Starting 2019
Lucu juga ya bajunya ini buat ibu ibu yang sedang menyusui. Tampil kemana mana ttp bisa menyusui dengan sopan dan santun. Selain model yg di pakak itu, apa ada model lain?
kena beli ! sesuai sangat kalau balik rumah MIL ke apa kan.corak pun comel jeee.airah memang cari baju sennag nak menyusu ni
Jom baca entri terkini Airah Syahirah …Cara mengurangkan stretch mark
Wahhh canteknya baju tido ni. Penting baju tido ni especially kalau tido umah in laws. Tertutup aurat dan lebih selesa
Best betul mommy zaman sekarang..macam- macam product ada ha…kalau akak dulu takde pun…bila dah semua lengkap memang menyenangkan…
Comelnya baju tidur hehehehe emak pun nak kenal comel juga bukan anak jer wakakakaka.. Tak apa sangat selesa dan sesuai untuk waktu kecemasan tidur anak nak menyusu..
Jom baca entri terkini Mahamahu …Yoodo Menganjurkan Hari Bertemu Komuniti Sempena Ulang Tahun Yang Pertama
kiut sangat pilihan baju ciktom ni…. sambil jaga aurat jika di kampung dan bf kan.. sambil kekal comel. hehehe. kita takde baju nyusu, tak senonoh betul ek.. nak beli jugalah sebab kiut sangat. alkisahnya anak dah setahun lebih ikut suka dia je selak merata. horror betul!
Jom baca entri terkini Puteri emme marina mohamad …Best Ke Shopee? Baca Kelebihan di Shopee Sebagai Seller Dan Buyer
Alahai comelnya. Baju tidur walaupun Nampak seperti tak perlu, tp fungsinya penting. Ibu lepas bersalin sering kesejukan. Nak menyusu Anak dalam pakaian berkemban atau baju t-shirt lengan pendek / panjang pun susah nak selak. Nak senang, pakai baju t-shirt husband. Hahaha. Bagus bila ada yang mereka baju tidur utk breast feed mama. Rindu nak menyusu kan anak. Alhamdulillah dah lepas fasa tu semua. Sebagai ibu, jaga diri dan utama kan diri sendiri. Penampilan perlu jaga. Aurat juga harus dijaga.
Jom baca entri terkini Ruby …Ayamas Kitchen Perkenal 10 Jenis Dim Sum Sejuk Beku Halal
Baju nampak comel and practical. Tapi to me Yang penting sesuai and selesa. Memang betul perlukan baju untuk menyusu baby at least senang buka but still cover Surat.
Design baju pun lawa dah tak nampak macam baju tido dah. Nak menyusu pun tak rasa segan ataupun malu kan. Memang patut recommended dekat di luar sana
Walaupun sis dah lama tinggalkan dunia menyusu anak ni tapi kalau dapat baju cantik cam ni memang nak jugak..buat baju tido je apa salahnya ya dak..hehehe.
Tak pun sis boleh dapatkan baju ni untuk diberi hadiah pada anak2 buah yang baru melahirkan, bagi diaorg lebih selesa bila nak menyusukan baby
Jom baca entri terkini Hanny Abdullah …Album Moonstruck Himpunan Lagu Inggeris Berkonsep Romantik Dan Sentimental Nyanyian Norrela
Waaaa.. Baru tahu ada pijamas bf friendly.
Nanti nk dapatkan juga la.
Memang pnting bg ibu menyusu ni.
Selalu tido mlm memang akan terselak tanpa sengaja.
Tak tahu pula ada dari brand mamaway.
Jom baca entri terkini Syamimi …Jauh Perjalanan, Luas Permandangan.
comel gila design.. ye la CT akak sejak beranak pinak ni mmg jarang la baju beli x BF friendly.. semua BF friendly senang mak nak selak..maklumlah BREASTaurant open 24/7 365days hahaha
Jom baca entri terkini Hernee Nazir …Hernee Nazir’s Youtube Channel Reached 100 Subscribers! Thanks Everyone!
wew ! comelnya ada baju khas ^^ untuk para ibu yang tengah menyusukan anak, style ni memang bagus, mudah dan selesa,
Betul tu, Mouse mommy pun mementingkan keselesaan dan jugak senang utk menyusukan ank2. Tak nak zip punya design, nnt senang mencalar kulit sensitif bayi dan mama. Mouse mommy pun suka cari yg jenis kain punya.
Jom baca entri terkini Wui Kathy aka #MouseMommyTreats …School Holiday Fun With Astro First-Ever Fun Escapade At Puteri Harbour, Sanrio Hello Kitty Town And Thomas Town, Johor!
Wah cabtiknya baju dia.. Lawa sagat la.. Nak juga.. Ibu menyusu memg wajib pakai baju menyusu, sennag nak susukan anak. Takyah selak2..bestla..
Comel pula design baju nie. Dah macam bukan pyjama dah. Macam sesuai nak dipakai oleh sesiapa pun kan. Yang penting, keselesaan dan aurat terjamin kan
Jom baca entri terkini Rawlins GLAM …The House with a Clock in Its Walls [Movie Review]
Wahh innovation. Lebih mudah la mommies nak menyusukan anak lepasni especially bila ada tetamu datang kan. Design dan corak dia pun comel. Kain pun tengok macam comfortable. Berapa ringgot harga baju ni ciktom?
Jom baca entri terkini Nadratul Syazwana …Pengalaman Kerja Sebagai Kitchen Helper di Laura Medina Cafe, Subang Bestari
Yup! Memang sangat penting utk ibu-ibu yang menyusu baju yang selesa camni. Maklum lah bila menyusukan anak ni kte perlu baju yang sangat selesa buat anak dan ibu juga
betul sekalee mama ..
Jom baca entri terkini dp selamat tahun baru …10 Game Offline Android Terbaik Terbaru 2018
Cute sangat baju tidur tu cik tom baik dari segi warna..segi coraknya. Nampak sangat selesa pula tu bila bawak tidur.
Jom baca entri terkini Mar Mansor …Giveaway The Berkat Di Mialiana.com
Macam-macam inovasi untuk ibu menyusu badan.
Jom baca entri terkini akubiomed …Burung Murai Kampung hinggap atas pagar
Wowwew.. Bestnya aada baju tidur mnyusu mcm ni.. Xperlu nak. Selak2 lagi dah kan.. Orang yg buat baju ni kreatif betul la
Jom baca entri terkini Alia …My Althea Top 10 Wishlist
Cantiknya baju ni
Jom baca entri terkini Zumal …Jom Jalan Jalan Cari Makan
Menyusukan anak memang mencabar, sebab tu zaman moden ni ramai mak mak bekerja tak sanggup menyusu badan. Pilih susu tepung je. Selain i,mu penyusuan, pakaian menyusu dan pam susu sangat membantu jimatkan masa. tak kiralah di pejabat mahupun di rumah banglo sendiri.
Jom baca entri terkini Mama Hakim …Bina rumah atas tanah sendiri! Panduan lengkap membina banglo idaman anda!