Rahsia Tulisan Tangan Bongkar Peribadi
Salam 1 Malaysia…Sebelum ini, cik tom dah pernah share kan 3 post mengenai rahsia tandatangan, nama email dan warna aura. So, kali ini cik tom nak share lagi rahsia mengenai jenis tulisan tangan hasil penyelidikan dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Segala kebenaran mengenai jenis tulisan ini cik tom tak berapa pasti tentang kesahihannya. Maybe kalau ada persamaan ia adalah secara kebetulan sahaja atau memang benar betul hasil kajian ini. Sebab kebiasaanya Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah akan membuat kajian atau survey dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa bahan.
Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
So, apa korang punya tulisan dan peribadi?? Betul tak sama dengan description di atas??
Sumber: Rahsia Melalui Tulisan| News @ feryco
Sharing is caring
kebanyakan sifat-sifat yang deisebutkan memang ada dalam kebanyakan manusia kan..
Jom baca entri terkini naimulfirdaus …betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
akak pun tak tau akak yang jenis mana satu…
kadang2 dia jadi bulat..
kadang2 leper..
kadang2 rapat2…
heheheh…ikut mood la..
kalau malas jadi la besor..:)
Jom baca entri terkini diana …Baru 6 minggu
dimanakah tulisan kakD berada ye…hehehehhe
hmm…impressive.
Jom baca entri terkini v …Meet Ara, Borneo’s Next Top Model
tulisan sy berubah ikut umur..hehhe
ms bdk2 dl tulisan sy bulat2.. bila dah umur mcm ni..tulisan dh bersepah2 sebab dah tak biasa pegang pen asik pegang keyboard
Jom baca entri terkini ciksembang …Wordless Wednesday 4- Kedai 2 Riyal di Mekah
tulisan saya campur-campur.. >.< tapi kalau menulis memang tekan kuat gila -.-' sampai 2 page boleh berbekas tulisan.. -.-' dah lama tak menulis, asyik menaip jaa.. 😀 btw tanx cik tom for sharing 😀
psst : bila nak ajak tok esah buat gath lagi? hehe 😀
Jom baca entri terkini Queen F …Spontaneous Thursday #4
Jai punya tlisan ikut mood, kalau mood ok cantik, kalau mood hancus, hancus la tulisan tu…he3
Jom baca entri terkini Jai …Gambar Kad Kahwin Norman Hakim Dan Memey (Ekslusif)
tulisan berbeza-beza. kejap tulisan malas kejap tulisan rajin
Jom baca entri terkini lost kitty …Hikayat aku bukan si anu itu
tulisan siapa yang macam butir biji jagung? bulat2 dan jarang2 hehee
hihi..terima kasih kak tom…skrg dah tawu dah…sy tulis condong ke kiri. mmg ada tempias ciri2 tu ..hihi 🙂
Jom baca entri terkini Lilynn Sazlin …When words failed, Music speaks
maybe ada persamaan sebab ni hasil kaji penyelidik..cik tom kebanyakan tulisan bulat2 satu persatu…hehe..
err,,,,m….x tau la yang mne
tandatangan dulu pastu compare dengan contoh yg mana??xpun try minta tlg kawan2 bandingkan 🙂