Resepi Sardin Gulung Mudah dan Sedap
Salam 1 Malaysia…Cik tom nak share resepi sardin gulung mudah dan sedap. Roti sardin gulung (roll) ini memang sesuai digunakan sebagai sarapan atau makanan untuk pergi berkelah kerana penyediaan yang mudah. Cik tom buat roti sardin gulung ni banyak2 dan frozenkan dalam peti. Bila bangun pagi untuk sahur time bulan puasa ni just celup luar roti tu dengan telur dan gorengkan. Kat bawah gambar roti sardin yang cik tom buatkan untuk frozen dan juga yang sudah digoreng.
Bahan-bahan masak resepi roti sardin gulung
1 tin kecil tin sardin (boleh guna apa sahaja jenama yang disukai)
1 labu bawang besar (dipotong)
4 biji cili padi (dihiris)
sebuku roti sandwich (kecil)
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng
Cara-cara masak resepi roti sardin gulung
a) Cara masak inti sardin bagi roti sardin gulung
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.
2. Keluarkan sardin dari tin dan asingkan tulang.(supaya takde kes tercekik tulang ikan)
3. Masukkan sardin dan cili padi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga hancur.
4. Siap untuk dibuat inti roti sardin gulung.
b) Cara buat kulit roti sardin gulung
1. Ambil roti sandwich dan gelek/ lenyek (guna sudu) sehingga menjadi mampat dan nipis.
**Sila pastikan roti tu betul-betul mampat untuk mengelakkan minyak banyak diserap ketika mengoreng.
2. Isikan roti dengan inti sardin yang telah dimasak.
**selain sardin, intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
3. Selepas masukkan inti, gulungkan roti dan sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum (gandum+air) atau telur bagi gam/ lekat gulungan itu supaya tidak terbuka ketika mengoreng.
4. Untuk lapisan luar roti yang telah digulung tu ada 3 cara yang korang boleh guna iaitu samada celup roti dengan telur kemudian goreng/ celup telur kemudian golek dengan serbuk roti dan goreng/ goreng roti tu begitu sahaja.
**Jika tak nak goreng terus, korang boleh frozenkan dalam peti jadi roti sardin gulung segera dan boleh digoreng bila-bila masa.
Sharing is caring
alahai..tadi baru terasa ngidam2 nak buat sardin gulung tuk makan lepas terawih..heehe..
Jom baca entri terkini yana …Kaunter โOne JPJโ di Pasar Tani STAR Paroi
salam ciktom cayang,
bagus idea cik tom utk
frozen kan..bolehlah kak ati
cuba frozen pulak…thanks!
selamat berpuasa cik tom ๐
Jom baca entri terkini atimasrif …Rabu Tanpa Kata
boleh dibuat sahur malam nih…..tq ciktom
Jom baca entri terkini sud@is …Imam Muda Imam Tua
sesuwai sgt la utk sy yg teramat malaz ini
tak terfikir lak nak frozen.lps ni bolehla buat..=)
Jom baca entri terkini mrs redzuan …ramadhan giveaway: feel and felt
wahh sedap…boleh dicuba ni resepi nie…:)
Jom baca entri terkini adah …Wanita berpurdah…
saya memang suka roti sardin sejak mak saya buat kat umah
Jom baca entri terkini Juan …Kempen Hias Laman Web Dan Blog Sempena Merdeka ke 54
saya tukar sardin dengan sosej..saya belah 2 ssosej tu dan boleh dpt 2 gulung roti dgn satu batang sosej..
sy suka bc part mampatkan roti supaya tidakserap minyak.. benar sekali
ooh,,baru tau pasal mampatkan roti tuh. tau dah kenapa anak buah penyekkan roti masa dia buat roti sardin nih.
Jom baca entri terkini eiela …Jeruk Mangga Pembuka Selera
bestnyeee…..nk try jugkk..!
nk try lah..dah xtau nk wt breakfrist pe nie…
try la..simple dan rasa pun sedap ๐
nk try jgk la…tp nk tye roti tu leyek / mampat ngn sudu tu tuk 1 keping roti ke?
yup untuk satu keping roti..kalau nk banyak buat byk keping roti..satu roti tue kita akan letak inti pastu gulung utk 1 sardin gulung..
Minyak nak goreng tu mcm deep fry ke shallow fry?
cik tom guna shallow fry je utk elak byk minyak masuk..
dah prnh makan dah
nak cari resipi buat roti sardin gulung ni. sekali blog cik tom lah..
nak try buat pagi ni
Jom baca entri terkini zool …Ringkasan Bulan Mac, Whatsapp di Laman Web, Survey untuk Sistem Rumah Sewa