Review Novel “Hingga Hujung Waktu”
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Eda nak review novel seram tajuk “Hingga Hujung Waktu” bukan drama Setia Hujung Nyawa watak Zain & Ersalina tue. hihihi… Cover novel ini seperti dalam gambar entri ini. Gambar cover novel ni agak menyeramkan kalau tengok tengah malam duk sorang-sorang dalam bilik. ;D
HINGGA HUJUNG WAKTU
Penulis: SAIDEE NOR AZAM (Terbitan BUKU PRIMA)
~Bahagia yang tercipta hanya sementara, walau ke penghujung waktu~
Harga: RM25.90 (SM) & RM28.90 (S/S)
Muka surat: 659 m/s
Sinopsis Ringkas Novel “Hingga Hujung Waktu”
Sebuah jam antik yang di beli Datuk Osman akan menjerit tatkala jarum tepat ke pukul 12.00 tengah malam. Namun, ia hanya berlaku pada setiap malam Jumaat sahaja. Apa yang menyeramkan, jam antik itu akan menjerit ngeri persis suara wanita yang berada di dalam ketakutan. Manakala, Irfan Rushidi pewaris segala harta milik Datuk Osman telah kehilangan kekasih hati yang amat dicintainya, Ayu Aleya. Pihak polis turut gagal menemui sebarang jawapan yang pasti. Sahabat baik Irfan Rushidi, Zulkefli pula amat setia melindungi dan menolongnya dalam apa jua keadaan. Cuma Zulkefli agak keberatan untuk menolong Irfan mencari Ayu Aleya. Antara kesetiaan, cinta dan persahabatan, apakah pilihan Irfan? Ketika deringan jam antik Datuk Osman masih kekal dalam misteri…
“Ingatlah pesanan Leya ini sayang. Cinta Leya pada Irfan hingga hujung waktu. Ya, Leya berjanji akan mencintai Irfan hingga hujung waktu.”
-Ayu Aleya
“tolonglah..jangan menjerit lagi, ampunkan aku..aku tahu aku banyak dosa. Ampunkanlah aku.”
-Datuk Osman
“ikutkan hati Irfan, memang nak gunting semua rambut Leya ni, geram..”
-Irfan Rushidi
“kenapa kau tak jujur dengan ak, kenapa kau sanggup korbankan nyawa semata-mata kerana aku. Kau bodoh Rasydan, kau bodoh!”
-Inspektor Maria
Review Novel “Hingga Hujung Waktu”
Cerita Hingga Hujung Waktu ini bertemakan kisah Cinta, Persahabatan, Kesetiaan dan juga Pengorbanan. Di awal novel ini, pembaca di berikan satu penceritaan yang suspen dan misteri mengenai sebuah jam antik yang berhantu. Pelbagai persoalan akan bermain di minda pembaca tentang misteri sebuah jam antik di rumah Datuk Osman. Kemudian, akan timbul pula persoalan yang lain. Namun, di awal penceritaan novel ini, telah banyak benda dapat di rungkai oleh pembaca kerana ia tidak mempunyai terlalu banyak plot suspen. Banyak benda dapat di teka oleh pembaca. Namun begitu, perjalanan cerita ini tidaklah akan menghampakan pembaca seratus peratus. Ianya masih mempunyai elemen misteri dan seram. Sesiapa yang penakut, jangan baca di malam hari…
Datuk Osman mempunyai sebuah jam antik. Beliau sememangnya seorang yang sangat meminati barangan antik. Dia sanggup berhabis banyak duit semata-mata untuk membida atau membeli barang-barang antik. Namun, jam antik ini menjadi penuh misteri. Malahan, Datuk Osman juga telah membida dalam jumlah wang yang banyak semata-mata untuk dapatkan jam antik ini sehingga mengejutkan semua orang. Kenapakah Datuk Osman berkelakuan seperti itu?
Irfan Rushidi, anak saudara kepada Datuk Osman. Dia seorang yang baik hati dan telah bercinta dengan seorang gadis bernama Ayu Aleya. Percintaan mereka sangat indah dan bahagia. Mereka telah berjanji untuk saling mencintai sehingga hujung waktu walau sejauh mana pun jarak mereka. Namun, semasa Irfan berada di luar negara, dia telah mendapat berita yang Ayu Aleya telah hilang tanpa khabar berita dan tidak dapat di kesan oleh pihak polis. Irfan berasa sungguh sedih dan sentiasa mengharapkan dan menunggu kekasih hatinya itu. Adakah janji mereka akan untuk setia hingga hujung waktu terlaksana? Apakah yang telah berlaku ke atas Ayu Aleya? Kemana dia menghilang?
Zulkefli, sahabat baik kepada Irfan. Mereka bersahabat baik sejak zaman sekolah sehinggalah dewasa. Dia sentiasa melindungi Irfan dari sebarang bahaya. Irfan telah meminta bantuanye untuk mencari seorang penyiasat untuk mencari Ayu Aleya. Dia telah mengupah Rasydan. Ramai yang pelik, kenapa Zulkefli sering melindungi Irfan. Seperti ada sesuatu di sebaliknya. Dia telah berjanji dengan Irfan untuk sentiasa melindunginya hingga hujung waktu. Adakah janji itu akan tertunai? Kenapa Zulkefli begitu menjaga Irfan seperti nyawanya? Dan apakah kaitan Zulkefli dengan Datuk Osman dan Ayu Aleya?
Ayu Aleya, seorang gadis yang cantik dan kekasih hati Irfan. Kehilangannya menjadi misteri kepada semua orang. Selepas empat tahun sudah empat tahun kehilangannya, adakah misteri itu akan terungkai? Adakah dia akan di temui? Dan bagaimana seorang gadis yang miskin boleh memiliki sebuah banglo kuning yang cantik di tengah hutan?
Adakah cinta Irfan dan Ayu Aleya akan setia hingga hujung waktu? Adakah cinta mereka akan bersatu di Taman Cinta mereka? Adakah Zulkefli mampu menunaikan janjinya untuk sentiasa melindungi Irfan hingga hujung waktu? Apakah misteri di sebalik jam antik yang berbunyi seperti wanita menjerit ketakutan menjelang detik 12 malam?
Secara keseluruhan, rating saya berikan bagi novel “Hingga Hujung Waktu” ialah 3 dari 5 (3/5). Cerita terlampau panjang dengan jalan cerita yang agak meleret kerana di awal cerita dah boleh agak 90% akan jalan ceritanya. Serta kurang unsur suspen kerana biasanya unsur suspen @ cerita yang tidak dapat diagak oleh pembaca lebih disukai dari cerita yang sudah dapat diramal pada awal pembacaan novel ini. Ini hanyalah review peribadi dan mungkin berbeza minat dengan orang lain yang membacanya. Apa pun ini satu novel yang agak bagus untuk hasil novel pertama saudara Saidee. Mungkin jika diasah penulisan dari masa ke semasa, satu hari nanti namanya akan sebaris dengan RAM.
Jom rungkaikan sama-sama dengan membaca novel HINGGA HUJUNG WAKTU ini yang di terbitkan pada 2013 di bawah pengurusan BUKU PRIMA hasil tulisan SAIDEE NOR AZMAN. Sama-sama kita menyokong terbitan novel sulung beliau ini.
Sharing is caring
Novel baru ni.. Tajuk hampir sama macam Filem hingga hujung nyawa lakonan Erra Fazira dan yussri KRU…
betul la Anuar…saya pun teringat cerita tu
Jom baca entri terkini faizal …Dua Cara Bertindak Balas Dengan Al-Quran
Menarik jalan cerita novel ini, dan harga pun berpatutan… 😉
Jom baca entri terkini Anuar …Tarif Elektrik Baru 2014
Novel yang bagus, pas dibaca untuk mengisi waktu luang seperti weekend nie
Jom baca entri terkini Rina …How To Create jQuery Image And Photo Gallery Slideshow For Website
Kalau ada masa terluang teringin juga saya membacanya. Dah lama tak baca novel ni.
Mahut Tahu Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee?
Jom baca entri terkini adilah manaf celikvitamin …Punca Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung
amalan membaca memberi makanan kepada minda
Jom baca entri terkini faizal …Dua Cara Bertindak Balas Dengan Al-Quran