Buat Duit dengan Menulis Mudah ke?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Hasil penulisan artikel cik tom mengenai peluang kerja sambilan dengan menulis berdasarkan pengalaman rakan cik tom, Hajar. Memang tak putus cik tom terima email pertanyaan mengenai bagaimana nak cari duit dengan menulis.
Hai semua!
Saya suka sangat berkarya ni tapi tak tahulah macam mana nak hantar, akhirnya karya saya tersimpan macam tu saja dalam memori. dah banyak cerita saya buat melalui pengalaman dan imaginasi sahaja tapi macam tu sajalah tak dapat nak hantar.
Yang Merindui-Nya
- Peluang Kerja Sambilan Dengan Menulis
- Pengalaman Kerja Sambilan dengan Menulis RM500/ Artikel
- Minat Menulis? Jom Buat Duit dengan Menulis!
Buat Duit dengan Menulis Mudah ke?
Bagi cik tom dalam dunia ini tiada perkara terlalu mudah atau terlalu susah. Semuanya terletak pada diri kita untuk mencorakkan sesuatu perkara itu samaada untuk menjadi susah atau mudah. Kalau kita katakan pada diri kita menulis ini mudah maka mudahlah ia. Kalau rasa susah makan susahlah yang kita dapat. So, korang nak yang mana?? Susah atau mudah??
Berapa panjang artikel yang perlu ditulis?
Berapa panjang penulisan artikel/ novel/ majalah yang ditulis terletak pada diri masing-masing. Takkan nak hantar artikel/ novel main redah je kan?
Korang boleh call bertanyakan sendiri kepada pihak editor apakah kriteria, format atau syarat penting dalam penghantaran sesuatu manuskrip kepada pihak editor. Jangan lupa tanyakan terus bagaimana cara penghantaran manuskrip/ artikel yang diterima? Adakah melalui email atau penghantaran hardcopy?
Jangan malu atau berat mulut nak bertanya. Kalau malu sampai bila terpendam macam tue je semua impian korang nak jadi penulis.
Nak tulis artikel yang bagaimana menarik perhatian pembaca? Bagaimana nak dapat idea menarik?
Bagi cik tom perkara utama sebelum kita mula menulis ialah mempunyai idea yang menarik dalam penulisan. Idea yang unik, mempunyai gaya penulisan diri sendiri dan tidak terikut dengan gaya penulis lain.
Sudah semestinya melalui pembacaan akan menambah lagi ilmu yang sedia ada. Dari pembacaan kita boleh create new idea. Untuk dapat banyak idea menarik dan fresh, korang perlu rajin membaca, buat survey dan pemerhatian dari situasi di sekeliling. Letakkan diri korang di tempat pembaca setiap kali menulis supaya penulisan korang lebih dekat dengan jiwa pembaca.
Sebulan boleh dapat berapa duit dengan menulis?
Berapa bayaran sebulan dengan menulis yang boleh anda dapat bergantung pada sebanyak mana usaha yang dilakukan dalam menghasilkan artikel yang bagus. Lagi banyak pilihan artikel yang dihantar insyaAllah lagi tinggi peluang untuk diterima. But make sure penulisan yang berkualiti. Bukan main cincai je.
- Based on experience Hajar, minimun bayaran satu artikel ialah RM200.
- Manakala pengalaman Adi, bayaran satu artikel yang diterima ialah RM500.
- Cik tom pun ada sediakan servis menulis review produk di blog cik tom normally RM200 per article.
Itu baru cik tom tunjuk contoh bayaran untuk satu artikel je. Kalau lebih korang kiralah sendiri. Bayaran untuk tulis novel lagi best. Kalau ulang2 cetak lagi banyak. Duit royalti lagi. Kalau producer amik novel adaptasi jadi drama atau filem pulak? Bling..bling $$$$
Antara bayaran diterima dengan menulis di blog
Semuanya terletak pada diri. Tepuk dada tanya hati dan fikiran. Selain baca artikel di blog cik tom ni. Korang boleh dapatkan rujukan tentang rahsia dan tips-tips bagaimana anda dibayar untuk menulis dari penulis yang lebih berpengalaman>> Panduan Buat Duit Dengan Menulis.
Saudara Aqif banyak berkongsi tips bagaimana untuk menjadi penulis berbayar secara sambilan mahupun tetap.
Jangan cepat putus asa ye. Usaha tangga kejayaan. Cik tom doakan korang semua dapat jadi penulis yang berjaya. amin.. 😉
UPDATE 2017
Pada yang banyak email cik tom bertanyakan mengenai ebook menulis diatas, cik tom minta maaf ebook tersebut telah dihentikan penjualan pada tahun 2016. Tapi jangan risau cik tom dah dapatkan source baru bagi korang yang berminat untuk belajar cara buat duit dengan menulis. Hasil nukilan dari saudara Shamsuriyadi seorang penulis buku yang banyak mengeluarkan pelbagai jenis buku di pasaran.
Beliau seorang juga seorang blogger dan juga penulis bebas. Ada pelbagai tips untuk buat duit yang didedahkan dan ianya amat berbaloi dipelajari untuk tambahan duit sampingan dan mungkin sepenuh masa. 🙂
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut sila ke website beliau>> Rahsia Buat Duit Dengan Menulis<<
Sharing is caring
Rasanya susah sebab tidak jumpa formula yang berjaya setakat ini.
Jom baca entri terkini akubiomed …Contest SEO Eridy medan menguji taktikal
sbb tue kena tambah ilmu pengetahuan…blh dptkan panduan dr bro sham seorang penulis yg dh berpengalaman..
banyak juga yang aku kena asah nih
Jom baca entri terkini onlajer …Terjah Tak Terkalah Edisi November Rain
Betul kata cik tom. Kita sebenarnya banyak idea yang tersimpan dalam benak fikiran. Cuma nak tak nak je kita tulis. Nak seribu daya xnak seribu alasan. Selamat berkarya.
boleh berjaya dengan menulis tapi perlulah kesabaran
Jom baca entri terkini hafiz …Bonus penjawat awam dibayar 2 Januari 2014
mmg betul tue..
Setuju dgn Cik Tom…. kalau rajin mesti dapat duit…
Jom baca entri terkini wanzi …Bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela meninggal dunia
kena rajin usaha & konsisten..insyaallah senang masuk duit..
Seronok apabila membaca pengalaman Cik Tom yang berjaya mendapat banyak income melalui Penulisan.. Saya pun nag berguru dengan Cik Tom juga pada satu hari nanti… 😉
Jom baca entri terkini Anuar …Contest SEO Eridy bahan Ujikaji ke 6
teringin nak beli ebook ni 🙂
Jom baca entri terkini cik amal …RAKYAT MALAYSIA PART 1
ciktom rekemen bagus untuk tahu teknik, tips nak jadi penulis berbayar yang berjaya..kl betul2 serius nak jd penulis better beli..tak rugi..
Bagi saya usaha dengan menulis ni memang makan masa. Tak macam makan gaji sebulan terus dapat ‘seketul’ duit. Just my 2 cent.
Jom baca entri terkini kaykillua …Ape Kriteria Untuk Naikkan SEO?
thanks utk pndpt…
kalau tak kena teknik memang akan makan masa…tapi kalau tau teknik, tips, timing memang mudah & cepat dapat income..income yang dapat tue lagi “besar’ jumlah dari duit makan gaji yg dapat “seketul” duit..tue yg ciktom ckp nak pandai menulis ni kena cari ilmu dan panduan yg betul..barulah berhasil.jgn main redah je.. 🙂
Kita yang gemar menulis bisa memanfaatkan kemampuan kita tersebut untuk buat duit ya setidaknya dalam blog kitalah..
Sukses selalu mbak 🙂
Jom baca entri terkini Rina …Basic CSS Tutorial : Create Multiple Background Images For Website
memang lumayan buat duit dengan menulis ni kalau tau rahsianya..cuma starting tu kena struggle dulu..dah tau tue boleh senyum tunggu duit masuk 🙂
Menulis perlu ada identiti sendiri..selain tu, apa yang penting kena tahu teknik yang betul..
Jom baca entri terkini Hairul Azni …Banjir Di Kuantan – Ada Yang Anggap Ia Lakonan
setuju ngan bro.hehe. kena ada identiti sendiri kan.hehe
Jom baca entri terkini pahan …Tip Jadi Pemenang Contest SEO Eridy like a boss
saya masih belajar lagi tapi tak tahu cuba try and errorr jer ha huuuu
Jom baca entri terkini suri …Cara Mudah Periuk Manual Berdendang Sayang
terima kasih dengan entri ini…saya juga minat menulis tetapi belum jumpa teknik yang betul2 berkesan dengan diri sendiri.
Jom baca entri terkini faizal …7 Tanda Keberkatan Rezeki
betul. mari tulis banyak-banyak setiap hariiii..
Jom baca entri terkini titan …Komisen Ketiga dari Ashadee.com
Menulis perlulah sabar dan tahan kutukan. Tak gitu?
Jom baca entri terkini Shamshul Kamar …Bagaimana Membina Authoriti Di Online
tak la mudah mana bila nak target buat duit dengan penulisan ni…
sekrang pula orang dah mula bertukar angin ke konten dalam bentuk video…
namun, dalam bidang penulisan blog masih evergreen sebenarnya…
Jom baca entri terkini Mazuki Mustaffa …Panduan Bisnes Dropship Tudung | 17 Bisnes Boleh Anda Sertai Segera