Tabung Misi Insurans Kereta, Roadtax dan Kecemasan
Assalamualaikum dan salam sayang… Tujuan cik tom paparkan semua kisah tabung cik tom ni bukan nak menunjuk atau riak ke pe ek. Sebab ikutkan jumlah simpanannya tak seberapa mana pun. Tapi cik tom nak ajak korang semua untuk amalkan sikap menabung jugak. Kalau dah ada anak-anak tu ajar diorang amalkan sikap menabung ni dari kecik lagi. Bak kata peribahasa melentur buluh biar rebungnya.
Cik tom paling tak gemar bila orang respon nak menabung tapi tak mampu. Banyak nak guna duit belanja perkara lain. Cik tom rasa kalau kita ajar diri kita menabung dan pandai uruskan duit kita mengikut bajet disediakan memang tak mustahil untuk simpan duit. Kalau belanja ikut suka hati lepas tue baru nak saving. Memang takde bakilah jawabnya.
Tabung Misi Insurans Kereta, Roadtax dan Kecemasan
Tabung kartun frozen cik tom ni dah arwah pada 24/7/2015 dengan jumlah duit terkumpul RM825. Yang ni cik tom lupa mula menabung bila. Tapi rasanya lepas pecahkan tabung kartun minnion misi raya kot. Duit ni dah selamat cik tom spend tanpa sempat nak simpan satu sen pun.
Duitnya sepertimana target cik tom buat bayar roadtax+insurans kereta dalam RM400. Kemudian RM300++ cik tom servis kereta tukar minyak hitam dan minyak2 seangkatan dengannya. Selebihnya belanja famili makan-makan kat Restoran Ayam Penyet AP kat Mydin Gong Badak. hehe..
Alhamdulillah dengan hasil tabung misi insurans kereta, roadtax dan kecemasan ni dapat la cover bayar insurans+ roadtax dan boleh servis kereta dan belanja famili makan lagi. Kalau harap semua nak guna gaji yang dapat confirm sesak jugak kan.
Korang biasa menabung target untuk guna apa? Ke untuk saving dalam bank?
Sharing is caring
Rajin ciktom menabung
Aku plg susah nak komited simpan duit
Lagi2 guna tabung
arghh
semua orang boleh menabung..cuba praktis slow2 dari sekarang..letak rm1 pun okay sehari..mesti mampu kan?
Memang betul lepas buat tabungan atau potong gaji siap siap memang boleh menyimpan.Tak mampu simpan banyak simpan sikit
yup simpan mengikut kemampuan..sebaiknya 10% dari gaji bulanan yg dapat..
Cara saya menabung duit Insurans dan Road Tax kereta dengan menyertai geng kutu… Tiap bulan kena bayar RM200 kepada ibu kutu…
Saya memilih giliran dapat duit kutu pada bulan saya kena renew lesen dan road tax… Alhamdulillah, masa dapat duit kutu adalah dalam RM2200… Lepaslah bayar duit insurans dan road tax…
Jom baca entri terkini Anuar …HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berhasil!!)
idea yang menarik jugak main duit kutu utk bayar insuran dan roadtax kereta..ciktom biasa main kutu ni nak pergi holiday..hehe
Buat gini gak.. Tapi, emergency tak ada..
Just buat saving utk kawen 1, anak-anak 1, dan belanja 1. Belanja ni utk saving lepas dapat income from business. Kalau dapat income from bisnes lepas tu masuk semua dalam untung, masak lah,…… huhu
kang itu dibuat rolling modal, itu juga dibuat belanja makan sndri. ahhaa
Jom baca entri terkini akinassufi …Syarat Memohon Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor
fuyoo siap saving kawen dan anak2..bagus2…takpe xde tabung emergency pun sbb dah ada tabung lain..maybe kalau ada emergency boleh guna tabung sedia ada tu..hehe…
mesti byk untung bisnes ni kan..
5 ringgit per day pon ok at least RM150 per month setahun almost or at least 1500 dalam tangan . Ahaks
Jom baca entri terkini syamsid dhuha …Anime Talk & Review : Kiseijuu – Sei No Kakuritsu / Parasyte – the maxim – / 寄生獣 セイの格率 (17+)
cik tom pernah menabung guna duit hijau..tapi xdelah perday..kalau dapat balanced duit RM5..ciktom xkan guna duit tu..dan masukkan ke dalam tabung..tabung penuh baru pecahkan..
bagusnya! syok bila dpt hasilnya.
Tapi disiplin kena kuatlah.
Jom baca entri terkini ujie …Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi di Sarawak
btul tgk hasil mmg syok..tp kalau xkomited nk menabung mmg xjadi apa la..
Alhamdulillah. Plannya nak simpan dalam masa 5 tahun semua tabung tu, Alhamdulillah, so far belum pernah pecah lagi tabung. hihi Dah nak hampir setahun rasanya. Since mula kerja .
Haaaa.. Alhamdulillah rezeki lebih Allah kirimkan. ada rezeki lebih simpan, xboleh enjoy semua. saving kat kawan2 belanja makan sikit… ^_^
Jom baca entri terkini akinassufi …Teknik Double Boiling Homemade Chocolate Yang Betul
tapi bahaya jugak simpan duit dalam tabung lama2..kalau boleh elakkan simpan sampai 5 tahun lama tue..melainkan simpan tempat tersorok betul2..sebab kita tak boleh predict apa jadi in future kan..kalau tiba2 dah menimbun duit dalam tabung bertahun simpan..pastu ada pecah rumah tak nangis jadinya..nauzubillah mitak elakkan 🙂
insyaAllah rezeki pasti bertambah berkat dan nikmat bila dikongsi bersama kawan atau yang lebih memerlukan..
Ada duit simpanan boleh selamatkan keadaan. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …asing sampah dahulu baru buang.
yup duit kecemasan ni memang bagus jadi penyelamat
Rajin menabung khas untuk insurans dan roadtax. saya menabuing takde pengkhusussan. main menabung je. hehe
takpe setiap orang ada style masing2 kan..ciktom memang suka menabung ada target..hihi
Mesti kat rumah cik tom ada mcm2 jenis tabung kan.. Mmg bagus tu.. Dah selamat nak byr insurance dan lain2 kan..
saya pula, tabung saya kat bank. heee
tabung kat bank lagi selamat..tabung kat rumah selalu risau..hehe
memang dah asing siap-siap dah duit menda ni semua.
hoho..
cikgu lagi terer bab manage duit kan..
rajinnye cik tom menabung..tapi tabung road tax dan insurans memang bagus kalau ada, sebab setiap tahun akan keluar duit untuk itu kan..saya pernah mempunyai 6 tabung..masa tu semangat menabung..akhirnya tinggal tabung cuti-cuti malaysia shj
Jom baca entri terkini zara …Bagaimana Resveratrol Dalam Vivix Shaklee Membantu Penyembuhan Kanser
wah lagi banyak tu sampai 6 tabung..ciktom paling banyak pun 4 setakat ni.
yup mmg setiap tahun ada bt tabung insurans ni utk backup.,
kena buat juga la camni untk next year
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …Cara Naikkan Berat dan Tinggi Anak Dengan Cepat
Rajin sangat ciktom ni menabung … Bagus tu untuk masa depan …
menabung memang bagus untuk long term benefit.