Akhirnya Dividen dan Bonus Tabung Haji 2015 di bayar pada 2016 telah diumumkan

Assalamualaikum dan salam sayang… Selepas pelbagai desas desus mengenai tabung haji. Akhirnya pada hari ini 4 Februari 2016 pihak tabung haji telah mengumumkan tentang dividen dan bonus bagi pendeposit Tabung Haji bagi tahun 2015.

Pihak tabung haji telah mengumumkan bahawa dividen atau bonus tahunan Tabung Haji sebanyak 5% dan juga bonus tabung haji sebanyak 3% bagi simpanan sepanjang tahun 2015. Korang boleh semak bermula pada 10 Februari 2016. Datang check baki tabung haji hari ini memang tak masuklah lagilah bonusnya. hehe…

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2015

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2015

Kalau diikutkan dividen bagi tahun 2014 lagi tinggi iaitu sebanyak 6.25% dan bonus tabung haji ialah 2%. Kiranya bagi bonus tahanan turun sebanyak 1.25% dan bonus tabung haji kenaikan sebanyak 1% berbanding dengan dividen dan bonus 2014.

Kat bawah ni cik tom just copy paste dari website Tabung Haji–> Bonus Pendeposit Tabung Haji 2015.

Pengiraan Bonus Pendeposit TH 2015 adalah seperti berikut:

BONUS PENGIRAAN
Bonus Tahunan TH(5.00%) Akaun Pendeposit TH Aktif

Kiraan:
Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2015)/12 bulan) x 5.00%

*Bonus Haji (3.0%) Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji

Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang

Kiraan:
Baki purata minima bulanan ≤ RM9,980 (Jan-Dis 2015)/12 bulan) x 3.00%

Bermula pada Rabu, 10 Februari 2016 para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Pendeposit TH 2015 melalui kaunter TH atau ATM bank-bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.
NOTA:* Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

Haa jadi mesti dah boleh agak berapa bonus tahunan dan bonus haji yang masuk dalam akaun tabung haji korang 10 Februari 2016 kan??

Korang nak guna bonus tahunan tabung haji untuk apa? Cik tom rasa macam nak buat pelaburan beli ebook resepi masakan. Cik tom dah ada dalam koleksi yang ebook resepi dan panduan perniaagaan putu piring & putu bambu dan ebook resepi cakoi dan donut. Rasa macam nak beli ebook buat kek lah pulak sebab ada resepi kek aiskrim dan kek blueberry yang cik tom suka makan. hehe…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

39 thoughts on “Akhirnya Dividen dan Bonus Tabung Haji 2015 di bayar pada 2016 telah diumumkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!