Pakej Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio Johor Bahru

Pakej Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio Johor Bahru | Assalamualaikum dan salam sayang.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir& Batin diucapkan kepada semua pembaca blog ciktom.com. Diharapnya sambutan raya korang meriah disamping keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Hari Ahad yang lepas tertunailah hasrat di hati suami ciktom nak bergambar raya sekeluarga di studio. Dah lama teringin nak bergambar di studio sejak lahirnya anak kami,Adira. Tapi memikirkan bajet kami simpan niat kami seketika. Alhamdulillah kali ni berpeluang photoshoot raya bersama family di studio.

Memang seronok dengan layanan yang baik dari abang-abang photographer. Lagi-lagi diorang pandai attract Adira untuk senyum dan pandang kamera.

Abang photographer siap cakap Adira berani tengok kamera dan langsung tak takut atau berkelip mata tengok flash lampu kamera. Ehem..dah ada bakat tu sesiapa nak ambil Adira untuk photoshoot produk baby. hihi..

Bukan senang tau nak photoshoot dengan baby 5 bulan ni. Hihi.

Tiberr… cik tom ada 2 orang anak lagi. Abang Ilham dan Syamil. hihi..

Antara sebab ciktom suka sesi photoshoot whitestudio di The Empire Studio Johor Bahru;

  1. Harga pakej photoshoot raya yang berpatutan dan sangat berbaloi-baloi.
  2. Krew photographer yang peramah buatkan ciktom kurang segan nak posing didepan kamera.
  3. Terdapat pilihan sudut dan props untuk bergambar.
  4. Kemudahan bilik persalinan baju dan toilet yang selesa.
  5. Ruang menunggu dengan kerusi empuk dan besar. Siap Adira sempat tidur dan tukar lampin lagi. hihi..
  6. Lokasi studio yang strategik ditengah bandar Johor Bahru. Studio ni terletak di padi emas atas restoran Eat& Repeat.
  7. Mudah dan banyak kemudahan parking kereta.

Cinderdira asyik tercicirkan stokin atau kasut je. Tengah photoshoot pun boleh tercicir lagi. huhu..

Pakej Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio Johor Bahru

Antara senarai pakej photoshoot raya dan harga whitestudio sempena Aidilfitri di The Empire Studio Johor Bahru.

Pakej Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio Johor Bahru

Pada yang duk sekitar Johor atau Singapura berminat utk photoshoot raya sekeluarga, jom terjah 👇🏻👇🏻👇🏻

THE EMPIRE STUDIO
Lokasi: No. 58-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor.
Waktu Operasi: Dibuka 8pagi-10malam dari Raya 1-4.
Instagram: https://www.instagram.com/theempirestudio/
Facebook pages: https://www.facebook.com/theempirestudio/
Whatsapp: http://www.wasap.my/+60137008889

#studiojohor #theempirestudio #whitestudio #photoshoot #photoshootraya #photography #JBPhotographer #familyphotography #pakejfotografi #hariraya2018 #bloggerreview #tourismjohor #JDTBlogger

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

27 thoughts on “Pakej Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE