Resepi Kek Cawan Coklat Kukus Cara Mudah

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat kek cawan coklat kukus yang mudah dan sedap. Resepinya kek cawan (cupcakes) ini bagi cik tom amatlah mudah dan senang especially bagi yang tak berapa pandai sangat memasak. hehe.. Kalau ada yang tak tahu pasal nama bahan-bahan jangan bimbang pergi je kat kedai jual bahan untuk kek (bakery) or supermarket dan tanyakan je dengan selesgirl yang ada kat situ. Pasti diorang akan bagitahu kat mana boleh dapati senarai bahan-bahan untuk buat kek cawan coklat kukus ni.

kek cawan coklat dengan hiasan

Contoh gambar kek cawan coklat kukus yang sudah di hias dengan aising dan coklat chip.

Bahan-bahan untuk resepi kek cawan coklat kukus :

Bahan A

150 gm minyak masak
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

Bahan B

50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C

3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang

Hiasan Kek

1 bar coklat masakan atau aising kek
Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat

kek cawan coklat mudah dan sedap

Contoh gambar kek cawan coklat kukus tanpa hiasan

Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :

1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara perlahan-lahan hingga gula hancur.  Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.

2. Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

4. Biarkan adunan selama 20 minit.

5. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira dalam 20 minit.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.

6. Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan aising kek diatas kek cawan.

7. Letakkan hiasan seperti cip coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

Selamat mencuba Resepi Kek Cawan Coklat Kukus Cara Mudah. Good luck!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

83 thoughts on “Resepi Kek Cawan Coklat Kukus Cara Mudah

  • June 21, 2011 at 12:47 am
    Permalink

    huuuu..sedapnyaaa sis..agak2 boleh tak pos barang sekotak dua?;p

    xpun kirim kat adiknya ecah abdullah.heeeeee;p

    Reply
  • June 21, 2011 at 2:53 am
    Permalink

    cik tom punye kek kukus yang lepas tu esok akak nak buat..
    hari tu belek2 entry lama ciktom maisara nampak kek kukus tu..
    beriya2 suruh akak masak kan esok..
    tapi nak kena pi beli bahan dulu la nampak gaya nya..

    Reply
  • June 21, 2011 at 11:57 am
    Permalink

    kalau rajin boleh cuba ni. hihi. ;D

    watermark baru 🙂

    Reply
  • June 21, 2011 at 2:14 pm
    Permalink

    wah2.. saye pun ske buat bnda2 mcm nie.. tgk kat blog saye!! =)

    Reply
  • June 21, 2011 at 6:13 pm
    Permalink

    wahh, rajinnya buat kek cawan..

    Reply
  • June 22, 2011 at 12:40 pm
    Permalink

    cik tom.. nk salin resipe jugak la.. sedap tu

    Reply
  • July 8, 2011 at 10:35 am
    Permalink

    Saya dah cuba memang sedap, senang dan lembut anak2 saya suka sangat

    Reply
  • July 8, 2011 at 10:39 am
    Permalink

    Terima kasih CikTom kongsi resepi ini..

    Reply
  • August 9, 2011 at 11:07 pm
    Permalink

    saya da try! sedap!! thanks 4 the recipe. tp nak tanye, emulco coklat tu utk ape ye? pewarna ke?

    Reply
    • August 9, 2011 at 11:33 pm
      Permalink

      fungsi emulco ialah fungsinya 2 dalam 1 iaitu sebagai perisa dan juga pewarna.

      Reply
      • August 10, 2011 at 5:38 am
        Permalink

        habis yang serbuk koko tu?

        Reply
  • August 17, 2011 at 8:10 pm
    Permalink

    kalau kek cwan besaiz kecil bleh buat hiasan x gak2 nyer

    Reply
    • August 18, 2011 at 11:31 am
      Permalink

      boleh je yunk..ikut kreativiti…kalau yang kecik pun boleh buat hiasan…means kita akan letak hiasan sikit je..sesuai dengan saiz kek cawan tue..

      Reply
  • August 17, 2011 at 8:11 pm
    Permalink

    saya suka buat kek cawan….sbb cantik.I LIKE KEK CAWAN(cup cake baby)

    Reply
    • August 18, 2011 at 11:31 am
      Permalink

      dah cuba resepi ni?tue la memang best buat kek cawan yang comel2 😉

      Reply
    • August 23, 2011 at 3:27 pm
      Permalink

      memang senang je resepi cupcakes ni…jangan lupa untuk mencuba ye

      Reply
  • September 2, 2011 at 10:26 pm
    Permalink

    cdpnye..erm nie bule amek tempahan tak law time raye or opn house ? coz penat ar wat manyak2… bule kew ?

    Reply
    • September 13, 2011 at 7:43 pm
      Permalink

      tempahan?hehe…cik tom busy kerja la yunk…xde masa amik tempahan..tapi adik boleh try order dari blog yang memang buat bisnes tempahan cupcakes…cuba google…

      Reply
  • September 12, 2011 at 10:04 am
    Permalink

    salam,nak tanyer.. kalau letak dalam cup cake,hanya kukus 20 minit shj.. kalau1 jam? contohnya kalau cup 3.25oz.. atau bergantung pada besar atau kecil cup cake. tq. 🙂

    Reply
    • September 13, 2011 at 3:15 pm
      Permalink

      salam..yup semuanya bergantung pada size cup yang yein gunakan…kalau besar makin lama masa nak ambil untuk kukus…nak tahu masak atau tak yein boleh cucuk cupcakes tue dengan lidi dan tengok ada melekat tak pada lidi..kalau takde means dah masak cupcakes tue..

      Reply
  • September 12, 2011 at 7:06 pm
    Permalink

    Nak tanya…. Kalau kita nak letak dalam papercup, kita kena letak dalam acuan tak? Macam buat apam polkadot kena letak dalam acuan utk mengelak dia jadi kembang.

    Reply
    • September 13, 2011 at 3:07 pm
      Permalink

      yup letak dalam acuan juga…fungsinya pun lebih kurang sama nak kukus apam polkadot xnak bagi kembang sangat dan mengikut acuan..

      Reply
  • September 21, 2011 at 3:47 pm
    Permalink

    nk tanya..nk letak kek dlm cawan tu byk mana?
    3/4 cawan ke atau penuh?

    Reply
    • October 3, 2011 at 1:00 am
      Permalink

      sori baru reply sebab xsihat sebelum ni…3/4 cawan…sebab nati cupcakes ni akan naik masa masak..

      Reply
  • September 22, 2011 at 6:19 pm
    Permalink

    emulco coklat tu ape ye? hehehe, baru nak blajar buat la…

    Reply
  • September 22, 2011 at 10:00 pm
    Permalink

    salam, sis cup cakes ni manis tak? coz tgh bhnnye ada susu krimer manis + gula lg..

    Reply
    • October 3, 2011 at 12:04 am
      Permalink

      salam effa…tak manis…rasanya standard cupcakes…kalau bimbang manis boleh kurangkan sukatan..

      Reply
    • October 12, 2011 at 2:33 pm
      Permalink

      selamat mencuba cupcakes coklat ni ye izzah 🙂

      Reply
    • October 12, 2011 at 1:47 pm
      Permalink

      itu bukan gambar kek ciktom buat kak..kalau gambar dari ciktom sendiri memang ciktom akan letak watermark pada gambar tue..ni gambar dari google…

      Reply
  • October 23, 2011 at 2:42 pm
    Permalink

    nak tanye, susu cair takde laa leh tukar ngan ape ye..?? atau leh abaikan tak..??hehehe 😛

    Reply
    • October 27, 2011 at 1:08 pm
      Permalink

      kalau abaikan kurang rasa lemak krim..kalau nak gantikan dengan susu pekat pun boleh..tapi letak 3/4 tin je sebab susu pekat lagi manis dr susu cair..

      Reply
  • November 1, 2011 at 11:22 am
    Permalink

    salam ciktom..kte nk tnye,kte memang suke bt cupcakes tp kte xpndai nk sukat pkai gm2 ni..lau skat pakai cawan ble x?brape sukatanye?br2 ni kwn sy ada nk tempah cupcakes tok kawin dia tp kte xtau nk bt mcm ner n nk ltk harga..dia nk kte jgk y bt..memng sblm ni kte ada bt tempahn kek coklat kukus bsaiz kek chinfon…kte jual pd hr raye je…hargaye pn mrh,sy memang xuntung pn..sye sj2 jual bt pusing2 duit je..tp ni sye ingt nk bt btol2 n nk komersil kn kek buatan sy ni..ciktom ble x bantu sy?

    Reply
    • November 12, 2011 at 11:25 am
      Permalink

      pakai cawan ek..ciktom anggarkan je ye..lebih kurang terlebih; 90 gm tepung = 1/2 cawan..220 gm gula halus = 1 cawan..180 gm=3/4 cawan..
      bagus buat bisnes..kalau nak meniaga..cuba kira modal pastu untuk upah amik separuh or 3/4 harga modal tue untuk upah buat kek…so [email protected]/4 harga modal=harga sebiji kek…tue sekadar cdgn ciktom…kl nak meniaga biar la ada untung dan berbaloi dgn usaha kita buat kek…good luck in ur biz…

      sori lmbt reply sbb ciktom jrg on9..

      Reply
  • November 17, 2011 at 12:02 am
    Permalink

    salam..nk tny..kalau org jual kek yg dlm bekas tu die kukus guna bekas bakar kek (loyang)or trus kukus ngn bekas tu jer?

    Reply
    • November 26, 2011 at 6:07 pm
      Permalink

      guna loyang untuk kukus cupcakes ni..

      Reply
  • November 28, 2011 at 9:21 pm
    Permalink

    saya minat sangt nak buat kek kukus,,kalau tak de mesen pengandun takpekan ciktom

    Reply
    • December 26, 2011 at 6:56 pm
      Permalink

      xde mixer boleh guna manual tangan je..xpun boleh guna blender…

      Reply
  • December 28, 2011 at 7:01 pm
    Permalink

    Nak tau la,emulco coklat tu,boleh dapat kat mane ya???..

    Reply
    • December 29, 2011 at 3:53 am
      Permalink

      emulco tue boleh beli kat kedai jual bahan bakery or pasaraya berdekatan..

      Reply
  • December 30, 2011 at 11:57 am
    Permalink

    bahan cecair iaitu minyak ngn susu pakai sukatan gm / ml..?

    Reply
    • December 30, 2011 at 8:25 pm
      Permalink

      kalau cecair guna mL..sukatan gm=mL..

      Reply
  • January 4, 2012 at 5:09 pm
    Permalink

    salam sis,mcm mane nak buat aising bahan2 & cara2nye please

    Reply
  • January 7, 2012 at 4:11 am
    Permalink

    salam cik tom…
    sy dh try bnyk kali nk msk cupcake ne tp yg bahagian tgh ke atas x brapa nk msk la n bhgian bwh dh hangus.
    sy guna oven butterfly je..

    Reply
    • January 13, 2012 at 1:02 pm
      Permalink

      salam..sbb tue ciktom kurang suka skit masak guna oven..ciktom lg prefer msk gn kukus sbb cupcakes tue xkan hangus wlpn berapa lama masak..cuba tukar pd teknik kukus pulak..kl nak guna oven jugak pastikan suhu sesuai..kl before this suhu tinggi sgt cuba perlahankan..to make sure whole cupcakes tue masak..

      Reply
  • January 11, 2012 at 2:20 pm
    Permalink

    emulco 2 apa??

    Reply
  • January 14, 2012 at 4:38 pm
    Permalink

    salam cik tom..nk tanye nie..mcm mane klau nk tkar buat cupcakes perisa lain?? gne cara sme boleh tak??

    Reply
    • January 14, 2012 at 5:58 pm
      Permalink

      caranya sama jugak…cuma tukar perisa je…

      Reply
  • January 15, 2012 at 9:57 am
    Permalink

    kak sa nak bljr cra2 nak bt ke keju..??? blh x..??

    Reply
    • January 15, 2012 at 11:30 am
      Permalink

      boleh adik..tapi buat masa ni ciktom belum sempat lagi nak buat entry masakan..

      Reply
  • January 15, 2012 at 10:00 am
    Permalink

    kak blh rya susu krimer manis yg mcm mn ah…?? susu pkt kah??

    Reply
    • January 15, 2012 at 11:29 am
      Permalink

      aah susu krimer manis tue susu pekat..

      Reply
  • January 25, 2012 at 8:51 pm
    Permalink

    kalau kite kukus cupcakeyang kite letak dlm papercup blh ke???????pape cup x koyak ke…

    Reply
  • January 31, 2012 at 8:53 pm
    Permalink

    soda bkarbonat dgn srbux penaik xsme ker??????????

    Reply
    • January 31, 2012 at 11:51 pm
      Permalink

      soda bikarbonat dan serbuk penaik berbeza…untuk makluman anda, soda penaik juga dikenali dengan soda bikarbonat. Manakala serbuk penaik adalah baking powder. Serbuk penaik sangat penting untuk memastikan kek kembang dan gebu. Ia telah ditambah dalam tepung naik sendiri.Soda penaik pula dicampurkan sekali terutama di dalam adunan kek yang mempunyai kandungan cecair yang tinggi, seperti mufin dan sesetengah kek lembap yang juga dikenali sebagai gateau.

      info detail lagi;

      Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik (baking powder). Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

      Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan serbuk koko, susu masam, jus buah-buahan, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

      Reply
  • February 1, 2012 at 6:32 pm
    Permalink

    ada x resepi yg guna secawan secawan? klu ada la..sebab rumah sewa saya xder penimbang..^^

    Reply
    • February 21, 2012 at 8:02 pm
      Permalink

      boleh anggar 220 gm (2 cawan), 50 gm (1/2 cawan) dan seterusnya..good luck!

      Reply
  • February 4, 2012 at 3:13 pm
    Permalink

    mne bleh dptkan emulco tuh??

    Reply
    • February 19, 2012 at 8:19 am
      Permalink

      boleh beli kat supermarket or kedai jual bahan2 bakery.

      Reply
  • February 9, 2012 at 5:21 pm
    Permalink

    Asslam… nak tanya.. knpa klau kukus dlm loyang kek coklat akn merekah sprti rekahan gunung berapi~~… musykiL aku…

    Reply
    • February 19, 2012 at 6:50 am
      Permalink

      kalau merekah maybe api terlalu besar atau terlebih soda bikarbonat..

      Reply
  • February 13, 2012 at 5:25 pm
    Permalink

    salam cik tom..kalu mcm sy tada hand-mixer..so boleh ke pakai tgn jek mix kan..pukul lelaju..huhu~ad efek pd adunan tak? n another one, kalau x guna coklat bar guna serbuk koko blh? thank you cik tom 🙂

    Reply
    • February 19, 2012 at 6:31 am
      Permalink

      salam..boleh je guna tangan nak miz but make sure kembang masa pukul telur dan adunan sebati…coklat bar dan serbuk koko tue 2-2 guna dalam resepi kek cawan ni..coklat bar sebagai hiasan je..serbuk koko yang penting letak dalam adunan..

      Reply
      • February 22, 2012 at 5:23 pm
        Permalink

        Ouh, thank you cik Tom. mmm~ I mean, utk hiasan, boleh x gune serbuk koko. cairkan serbuk koko, kemudian tuang da ratakan ats kek tu..boleh x? 🙂 ngeee~

        Reply
  • February 18, 2012 at 1:19 pm
    Permalink

    sama…. jew cuma perisa tukar

    Reply
  • March 4, 2012 at 10:28 pm
    Permalink

    WAH…………….dapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………………………….maw buat jgk la…..

    Reply
  • Pingback:Resepi Cupcake Kukus

  • January 13, 2013 at 11:46 pm
    Permalink

    akum…nk tanye la,klau nk kukus cup cake tu gune kertas cawan yg nipis tu mcm mane nye…yg mcm sis punye cup cake tu letak dlm loyang aje ke….saya tk tahu la nk letak kat dlm ape klau gune kukus,klau utk apam yg warne merah tu kecik pulak…saya sis punye cup cakes besar sikit…

    Reply
    • January 14, 2013 at 1:02 pm
      Permalink

      wslm…aah ni letak dalam lorang..kalau guna kertas cawan yg nipis..awak boleh beli bekas loyang atau bekas mcm apam tp yang saiz besar..

      Reply
  • January 14, 2013 at 1:36 pm
    Permalink

    sis blh tunjuk akan tk mcm betuk.klau ketak terus dlm loyang boleh ke sis..tk koyak kene air atau dia akan kembang…sory banyak tanye..hihih

    Reply
  • January 22, 2013 at 10:50 pm
    Permalink

    sis saya nk tanye knape tepung gandum 90gm sikit sangat…saya buat cair jadi ye….salah tulis ke…saya tambah tepung lagi baru ok….klau tk lembik sangat…tk jadi cup cake saya….90gm betul ke….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE