Post navigation

Resepi Kentang Putar @ Mashed Potato KFC Cara Mudah dan Sedap

Posted on by

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi kentang putar @ mashed potato KFC yang kawan cik tom, miz azy masak. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap. Cik tom ingatkan susah nak buat kentang putar dan sos ala2 KFC ni. Rupanya mudah je. Kalau siapa yang suka makan mashed potato memang direkemenkan masak sendiri sebab boleh makan sepuas hati. hehe.. Resepi kentang putar @mashed potato KFC ini dimasak khas oleh Miz azy ye. Cuba tengok hasil kentang putar kat bawah, nampak sedap kan. ;)

mashed potato @ kentang putar

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:

1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))

2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

Selamat mencuba resepi kentang putar @ mashed potato KFC yang mudah.

********************************************************
klik sini

35 thoughts on “Resepi Kentang Putar @ Mashed Potato KFC Cara Mudah dan Sedap

    • salin jangan tak salin uncle…mashed potato yang buat sendiri lagi sedap rasanya…hee..selamat mencuba resepi kentang putar..

    • cuba jangan tak cuba..memang kalau buat ni kos nya takdelah mahal mana..boleh makan sepuasnya..kalau kfc satu bekas besar tue dalam rm5…tapi sikit je..hee

    • ye ke?ni komen dah cuba ke buat sendiri??kalau xcuba buat sendiri lagi baik xpayah komen..dont judge the taste just look thru the pic …huhu