Resepi Sambal Kering Ikan Bilis, Kentang dan Kacang Sedap dan Mudah

Salam Ramadhan… Bulan Ramadhan yang mulia ni memang setiap hari masak sebabnya agak susah nak cari kedai yang kena dengan selera. Pastu pulak kebiasaan gerai yang menjual makanan berbuka ni kadang-kadang suka recycle balik makanan yang dijual semalam. Macam cik tom sendiri pernah kena sakit perut dan cirit-birit lepas makan makanan beli kat bazar ramadhan. Lepas tue terus serik nak beli makanan kat bazar. Rasa lagi prefer masak. Bagi yang dah berkahwin satu kemestian kerja masak memasak untuk suami dan keluarga tersayang. Kali ini cik tom nak kongsikan resepi sambal kering ikan bilis, kentang dan kacang.

Resepi sambal kering ikan bilis, kentang dan kacang ni memang favourite cik tom. Selalu kalau time sekolah asrama dan kat universiti, emak akan sediakan bekal sambal kering ikan bilis, kentang dan kacang. Buat pembuka selera makan dengan nasi sebab kadang-kadang lauk yang ada tak sedap sangat. Lagipun air tangan emak lagi berkat kan. hehe…. Sempena bulan puasa ni, cik tom pun masak sambal kering ikan bilis, kentang dan kacang untuk hidangan tambahan berbuka puasa dan sahur. Nak tunggu emak kirim jauh pulak negeri sembilan dengan terengganu. huk3… Jomlah tengok resepi  sambal kering ikan bilis, kentang dan kacang.

ubi kentang+ikan bilis

Bahan-bahan untuk Sambal Kering Ikan Bilis, Kentang dan Kacang;

2 biji ubi kentang
200 gm ikan bilis kering (yang sudah dibersihkan)
100 gm kacang tanah (yang dah dibuang kulit)
1 labu bawang besar + 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
2 sudu besar cili boh
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk perasa
Asam Jawa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan kering yang digoreng;

Kentang (dihiris nipis, rendam didalam air yang dicampur 1 sudu teh garam. Rendam selama 15 minit, dan gorengkan sehingga warna kekuningan)
Ikan Bilis (digoreng garing)
Kacang Tanah (digoreng garing)

Cara-cara Masak Sambal Kering Ikan Bilis, Kentang dan Kacang;

1. Goreng bahan-bahan kering untuk digoreng (kentang, ikan bilis dan kacang) berasingan sehingga betul-betul garing supaya bila dicampurkan dengan sambal ia akan ranggup dan tidak lembik.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga naik bau.

3. Masukkan cili boh dan masak sehingga betul-betul masak iaitu bertukar kepada warna merah gelap. Cili hendaklah dimasak dengan betul supaya baunya tidak maung.

4.  Masukkan gula, garam, perasa dan air jawa.

5. Untuk tahu sambal telah matang (cukup masak), sambal akan berwarna merah pekat gelap.

6. Setelah itu baru masukkan ikan bilis, kacang dan kentang yang telah digoreng garing ke dalam kuali. Perlahankan api dan gaul rata biar sambal betul-betul kering barulah boleh diangkat. (jangan terlalu lama bagi mengelakkan ikan bilis menjadi liat)

**Sambal tu, kalau dimasak betul2 kering, boleh disimpan sehingga 1-2 minggu.

Gambar ambil guna handphone je. So, tak berapa cantik. hee… Selamat mencuba resepi sambal kering ikan bilis, kentang dan kacang. ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Resepi Sambal Kering Ikan Bilis, Kentang dan Kacang Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE