Review Novel “Tuan Rumah Pembantu Rumah”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Novel kali ialah novel cinta yang sweet “Tuan Rumah Pembantu Rumah”. Banyak scene gaduh2 antara tuan rumah dan juga pembantu rumah.

Review Novel "Tuan Rumah Pembantu Rumah"
Review Novel “Tuan Rumah Pembantu Rumah”

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH

Penulis: ORKID EDYLIYNE ( Terbitan FAJAR PAKEER{FP})

~“She’s my maid. Not yours..”~

Harga: RM21 (SM) & RM24 (S/S)

Muka surat: 517 m/s 

Review Novel “Tuan Rumah Pembantu Rumah”

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off.. Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkainya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukah ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badree dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta merungkaikan semua yang terjadi?

Secara keseluruhan, rating saya berikan bagi novel “Tuan Rumah Pembantu Rumah” ialah 4.5 dari 5 (4.5/5). Jalan ceritanya memang menarik dan cerita kisah percintaan antara mereka berdua sangat sweet. Buku ini memang best untuk jadi koleksi tambahan bagi kaki novel. 😉

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

12 thoughts on “Review Novel “Tuan Rumah Pembantu Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE