Tips Mengenali Jantina Kura-kura Versi 2

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia… Entry ni khas bagi peminat haiwan peliharaan jenis kura-kura (pet lover). Cik tom nak sambung tips mengenali jantina kura-kura versi 2 hasil sambungan dari versi pertama; Tips Mengenali Jantina Kura-kura. Sebabnya cik tom terjumpa satu tips terbaru dari google. Tips nak kenal jantina kura-kura versi 2 ni cik tom jumpa dan ambil input dari blog aida. Kura-kura aida ni pun comel2. Geram tengok pic kura-kura aida ni dan tempat tinggal kura2 tue pun cantik! hee…

Cara mengenal pasti jantina kura-kura
Klik kanan+open new tab pada gambar bagi besarkan gambar untuk lihat lebih jelas.

Gambar atas ni ialah posisi kura-kura dari depan (anterior). Cara kenal jantina kura-kura ni melalui corak bawah cengkerang kura-kura. Yang sebelah kiri, kura-kura jantan dan kanan tue kura-kura betina. Corak kura-kura jantan lebih banyak dan lagi serabut berbanding kura-kura betina. Cuba perhatikan yang corak pada kura-kura betina lebih kemas dan sikit je.

Selain tue, corak hujung bawah badan kura-kura jantan tue ada dua jalur terbuka manakala kura-kura betina pulak corak dia tertutup. Corak jalur terbuka dan tertutup tue dah aida tunjukkan dalam kotak kat gambar atas ni.

Perbezaan saiz; kura-kura betina biasanya lebih besar dari jantan.

Gambar atas ni pulak posisi kura-kura dari belakang (posterior). Perbezaan dari saiz badan kura-kura ialah saiz kura-kura betina lagi besar daripada kura-kura jantan (tips ni cik tom ada share dalam versi 1). Manakala ekor kura-kura betina lagi panjang dan lebar berbanding kura-kura jantan. Entry mengenai kura-kura peliharaan cik tom, tips penjagaan kura-kura yang pernah cik tom buat yang korang boleh baca jugak ialah under “category kura-kura“.

Entry menarik tentang kura-kura comel dari blog aida yang korang boleh baca;

* Mana jantan mana betina??
* Couple yang belum kawin tumpang kondo kami tanpa segan silu dan kura-kura comei
* Rumah kura-kura ala-ala hawai sempena raya

Sumber gambar dan rujukan: Cara mengenal pasti jantina kura-kura dari aida4eva = Belog Cekelat Celup

Update 14 october 2011

Selain tips diatas, satu lagi tips bergambar untuk kenal pasti jantina kura-kura jantan atau betina ialah seperti dalam gambar kat bawah ini. Harap entry ni dapat membantu korang mengenalpasti jantina kura-kura kesayangan masing-masing.

Gambar untuk kenal pasti jantina Kura-kura

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “Tips Mengenali Jantina Kura-kura Versi 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE