Seronok Beli Buku Kanak-kanak Murah Berkualiti di Online Bookstore My Children’s Book

Assalamualaikum dan salam sayang.. Adira dah makin membesar dan sudah semestinya ciktom planning untuk adira jadi pecinta buku. Suka baca buku macam ibu dia. Bak orang tua-tua cakap nak melentur buluh biar dari rebung. Jadi memang dari baby ciktom dah biasakan tunjuk buku jenis kain (cloth book) yang berwarna warni untuk adira.

Bila dah makin membesar ciktom tercari-cari kat mana nak beli buku yang sesuai untuk setiap peringkat penumbesaran adira dari baby, toddler sehinggalah seterusnya. Ada juga ciktom pergi ke kedai buku tapi sayangnya lebih banyak buku dijual untuk umur 3 tahun ke atas. Sehinggalah ciktom terjumpa satu website online bookstore yang direview oleh salah seorang rakan blogger ciktom.

Dengan sepantas kilat terus ciktom survey apa yang menarik di website My Children’s Book. Sekali ciktom terjebak buka website tu sampai 3 jam tau duk scroll tengok pelbagai jenis buku yang menarik dan harga murah-murah. Sampai rambang mata ciktom dibuatnya dan terus hari sama ciktom order dan buat payment. hehe.. Excited dan tak sabar nak cecepat terima parcel buku.

Jadi ciktom nak ambil kesempatan dalam artikel kali ini untuk kongsi serba sedikit mengenai online bookstore ni hasil dari pengalaman ciktom dah beli dan dapat koleksi buku-buku untuk adira.

Adira happy dapat hadiah buku dari ibu

7 sebab ciktom suka shopping buku kanak-kanak secara online di My Children’s Book

Sebenarnya kalau nak list banyak lagi sebabnya tapi baik korang dengar 7 sebab je kalau lebih tak tahan dengar ciktom melalut ke laut. haha… Kedai Buku Online ini yang bagus dan rasa lengkap bagi ciktom ialah ianya dan disusun mengikut kategori yang sesuai untuk setiap lapisan umur dari bayi, kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa. Interface website bookstore ini juga ringan dan mobile friendly untuk loading walaupun menggunakan handphone je. Senang dan laju je scroll nak tengok beribu jenis buku.

Malahan ada juga dikategori buku mengikut kategori jenis buku seperti buku jenis board, picture book, hardcover book, colouring book, novel dan banyak lagi yang memang sangat sesuai buat pencinta buku macam ciktom ni. Contoh macam ciktom belikan buku untuk adira jenis picture book, colouring book, flip book dan juga bedtime stories versi 2 minutes.

Kalau ciktom bagitahu harga ciktom beli confirm korang tak kan percaya. Harganya ala-ala korang pergi Big Bad Wolf tapi tak perlu bersesak beratur panjang nak shopping buku. Just klik dari hujung jari guna smartphone/laptop/pc, bayar dan tunggu adik posmen pos ke depan pintu rumah tau! Best kan? Jimat tenaga, minyak, tol dan jammed. hihi..

Koleksi buku adira yang sempat ciktom borong

My Children’s Book ini juga menjual pelbagai pilihan buku kanak-kanak hasil terbitan penulis famous dan terbaik dari seluruh dunia tau. Paling ciktom ingat Enid Blyton, salah seorang penulis buku yang ciktom sukai dari kecil. Katalog buku yang ada di dalam online bookstore ni tersangat banyak pilihan iaitu melebihi 1000 tajuk buku. Korang kena jenguk dan tengok sendiri macam mana ciktom tak rambang mata. hehe..

Mesti kalau order barang online, salah satu perkara yang perlu titik berat ialah harga kos pos kan. Mesti korang sama macam ciktom fikir alah buku berat mesti harga pos mahal! Tak payah risau, kos pos semua buku bawah RM100 ialah flat rate pos hanya RM6.50 SM. Nak lagi best beli RM100 ke atas FREE POS terus untuk Semenanjung Malaysia. Ciktom ni pembelian pertama bawah RM100. InsyaAllah next order nak order lebih, nak borong buku untuk ciktom sekali. hihi..

Jom tengok close up 7 buah buku kanak-kanak yang ciktom belikan secara online untuk adira. Semua kualiti tip top dan harga serius murah! Semua 7 buah buku ni hanya RM60 tau! 5 buah buku tu jenis hardcover, buku Twinle Twinkle Little Star tu hardcover dan juga ada muzik bila tekan gambar kat tapi buku.

Close up 7 buah buku adira dengan harga RM60 je tauuuu. Siap hardcover, tebal dan ada muzik

Dalam 1 buah buku adira (My Little Learning World) tu jenis mini compilation , ada lagi 9 buah buku kecil jenis keras. Buku mini version tu sesuai untuk saiz tangan adira yang halus. 9 buku tu farm, colours, number, weather, toys, shapes, party, go! and opposites. Memang khusyuk dan suka sangat dia main dengan buku tu. Lagi  bagus jenis keras jadi memang tak de la kes koyak ke pe sebab adira kalau bagi kertas tisu dia dah suka koyakkan. hihi..

9 buah buku kecil adira suka pegang main dan belek buku

Ciktom order hari ini pagi, keesokan hari dah terima buku2nya. Kiranya memang cepat proses penghantaran buku kanak-kanak ciktom terima. Alhamdulillah kesemua buku yang ciktom terima semua dengan kondisi yang elok tanpa ada kesan kemek/tercalar dari pos.

Kesemua buku diwrap dengan bubble wrap

Tips untuk korang nak shopping buku anak di My Children’s Book ni make sure baca info ni: Book condition. Kat sana ada maklumat mengenai condition buku dan make sure korang beli dan pilih buku mengikut taste masing-masing. Serius pelaburan ciktom untuk shopping buku memang berbaloi sebab harga buku murah, kos pos murah dan buku pun berkualiti. Yang paling penting Adira suka kesemua buku ciktom beli tu sebab berwarna warni, ada gambar, muzik, jenis flip..memang menarik sesuai untuk peringkat kanak-kanak.

Salah satu buku berserta muzik Twinkle Twinkle Little Star favourite Adira juga. Adira suka sangat tengok gambar star dalam buku ni.

Untuk korang yang tengah mencari kedai buku kanak-kanak online yang murah dan berkualiti, ciktom highly recommend korang layari ke website:

Website: My Children’s Book.

Facebook: https://www.facebook.com/childrensbooks.my/

Lepas ni jangan cakap ciktom tak payung pulak mana tempat beli buku best2 dan murah. hihi..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

30 thoughts on “Seronok Beli Buku Kanak-kanak Murah Berkualiti di Online Bookstore My Children’s Book

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!