PURE HEART BUKTI MASIH ADA YANG SAYANG
Assalamualaikum dan salam sayang… Alhamdulillah masih diberikan peluang dariNYA untuk ciktom terus menulis di blog ciktom. Sejak akhir-akhir ini, banyak pula berita kematian dikalangan saudara mara terdekat ciktom. Apa yang menyedihkan apabila ada yang menjadi ibu tunggal dan hilang punca pencarian keluarga.
Yang ciktom dapat lihat kebanyakan golongan yang memerlukan masih tidak tahu bagaimana untuk memohon saluran bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Atas rasa tanggungjawab bersama untuk perkongsian kali ini ciktom ingin kongsi salah satu program PURE HEART dari pihak Muslim Volunteer Malaysia.
PURE HEART MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Pada anda yang belum familiar, Muslim Volunteer Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarelawan NGO yang telah ditubuhkan sejak dari tahun 2014 lagi. Atas dasar tanggungjawab ingin membantu golongan yang memerlukan, pihak Muslim Volunteer Malaysia kita giat menjalankan program berfasa iaitu PURE HEART MVM.
Bantuan yang diberikan bagi membantu keluarga asnaf adalah dalam bentuk barangan asas dapur dan yang paling menarik ialah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit. Bantuan seperti ini memang sangat memberi kelegaan pada keluarga yang mempunyai pendapatan RM1,500 seisi keluarga.
Apa yang mengagumkan ciktom ialah hasil kejayaan program Pure Heart sehingga Muslim Volunteer Malaysia telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia dalam acara Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri oleh pihak IM4U.
Anda nak tahu lebih lanjut mengenai persatuan sukarelawan MVM, anda boleh juga baca artikel ciktom sebelum ini: Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia.
PROGRAM PURE HEART SEMENJAK TAHUN 2016
Untuk pengetahuan anda, program Pure Heart ini sudah dilaksanakan oleh pihak Muslim Volunteer Malaysia sejak dari tahun 2016 yang bermakna kini sudah masuk memasuki usia 4 tahun. Kalau budak kira dah pandai berlari, berjalan serta melompat gitu. hihi…
Setiap tahun, program ini akan berlangsung selama 10 bulan bermula dari bulan Februari sehinggalah ke November.
Alhamdulillah sepanjang 4 tahun dijalankan program Pure Heart ini, pihak Muslim Volunteer Malaysia telah berkolaborasi dengan beberapa buah sekolah kebangsaan di sekitar Selangor.
Ini bagi mengenalpasti keluarga-keluarga asnaf dengan hasil kerjasama dari pihak sekolah. Muslim Volunteer Malaysia juga menerima khidmat nasihat daripada pihak Zakat Selangor.
Antara senarai sekolah yang pernah terlibat berkolaborasi dan juga jumlah penerima bantuan bersama Muslim Volunteer Malaysia untuk program Pure Heart ialah:
- 2016 – Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga)
- 2017 – Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga)
- 2018 – Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga)
- 2019 – Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga)
Secara keseluruhannya, penerima bantuan dalam program Pure Heart selama 4 tahun program ini berlangsung telah membantu hampir 3,790 orang.Alhamdulillah begitu besar jumlah keluarga yang menerima bantuan dan pasti mereka merasa lega dan lebih selesa untuk meneruskan kehidupan seharian.
SIAPA LAYAK MEMOHON PURE HEART?
Pasti anda tertanya-tanya golongan bagaimana layak untuk memohon program Pure Heart? Syarat-syaratnya ialah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Keluarga dalam kategori asnaf yang berpendapatan sekitar RM1,500 ke bawah seisi keluarga.
Jika sekiranya anda atau terdapat saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga yang tersenarai seperti diatas, silalah war-warkan kepada mereka untuk memohon bantuan dari program Pure Heart ini. Saluran nak mohon nanti tunggu ciktom kongsi maklumat di hujung artikel.
3 FASA BANTUAN PURE HEART
Dari kefahaman ciktom, Pure Heart terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa bantuan asas, fasa bantuan kemahiran dan fasa bantuan komitmen.
a) FASA BANTUAN BARANGAN ASAS : Fasa ini dimana penerima bantuan akan terima satu kotak Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan selama sebulan. Selain keluarga penerima, anak-anak asnaf juga turut mendapat bantuan dalam bentuk bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah.
b) FASA BANTUAN KEMAHIRAN : Ini inisiatif dari MVM yang ciktom sokong 100% iaitu memberi bantuan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan. Ini bantuan yang dapat dipraktiskan oleh mereka untuk mengahdapi cabaran hidup yang mendatang.
c) FASA BANTUAN KOMITMEN MVM: MVM berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaan kepada keluarga asnaf yang mempunyai skill dan bakat tersendiri dalam menambah pendapatan keluarga mereka.
InsyaAllah tahun ini, MVM akan meneruskan usaha untuk membawa keluarga asnaf untuk mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang memberi komitmen penuh sepanjang program Pure Heart.
ANTARA KEMPEN DI DALAM PROGRAM PURE HEART
a) Kempen Lunch Box Junior
Ciktom salute dengan 2 inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan dan botol minuman dalam kempen Lunch Box Junior.
b) Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia
Kempen ini membuka peluang kepada orang ramai terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk bersedekah barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf. Antara barangan asas yang diperlukan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili.
Anda boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut: Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima atau boleh hubungi 012 235 6854 (Azizi) untuk pertanyaan lanjut.
c) Kempen Wakaf Buku Si Cilik
Kempen ini memang bagus untuk memupuk minat membaca seterusnya menjadi hobi si cilik di sekolah. Anda boleh wakafkan buku-buku terpakai seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita kanak-kanak atau Al-Quran dan muqaddam terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah.
Boleh hantar atau pos buku-buku tersebut di HQ Muslim Volunteer Malaysia: 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor atau boleh hubungi Azizi 012 235 6854.
JOM BERSEDEKAH UNTUK KELUARGA ASNAF PURE HEART
Ciktom tahu ada sebilangan dari anda yang berminat nak mendaftar program Volunteer Malaysia tapi kekangan masa dan kudrat. Tapi anda berminat nak memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit? Pihak MVM membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja barangan asas dapur dan keperluan harian untuk keluarga asnaf Pure Heart.
Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut :
- Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
- Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
- Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.
Maklumat tajaan :
- 1 Tajaan Kotak Pure Heart = RM80 untuk 1 keluarga.
- Sasaran = 250 keluarga
- Jumlah sasaran = RM20,000 / sebulan atau RM200,000 / 10 bulan
Untuk lihat lebih banyak pilihan tajaan, anda boleh layari web donation berikut >> https://donation.mvm.org.my/donations/pure-heart-2019/
PENAJAAN KORPORAT
Jika anda berminat nak buat penajaan korporat, apply bantuan, ingin berkolaborasi, nak daftar Volunteer Malaysia atau sebarang pertanyaan berkaitan program yang diperkenalkan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.
Bagi urusan penajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM: 012 235 6854 atau email: fund@mvm.org.my.
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854 Website: http://www.mvm.org.my Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia Twitter: https://twitter.com/volunteermvm
Pada yang berminat untuk sertai program sukarelawan Malaysia bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), boleh mendaftar untuk sertai pelbagai aktiviti sukarelawan menarik.
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
Semoga segala usaha dan bantuan yang diberikan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ini, dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan. Jomlah kita bersama membantu mereka dengan memberikan sedekah mengikut kemampuan.
Sharing is caring
TB salute mereka yang anjurkan kempen macam ni.. selain dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah, dapat juga kita menyumbangkan bakti kita untuk memberi rasa bahagia dna gembira buat mereka yang serba kekurangan..
Jom baca entri terkini TENGKUBUTANG …20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR
Bagus ada kempen macam ni. Sikit sebanyak dapat la bantu keluarga yang tak mampu. Ekonomi sekarang ni tak menentu. Kadang barang naik pastu tak turun-turun dah. Kesian pada orang yang kurang kemampuan. Dengan ada kempen macam ni sekurangnya dapat la bantu sikit-sikit.
Akak pun baru tau pasal ni. Padahal dah diwujudkan pada tahun 2016 lagi kan.. Lama tu.. Moga Pure Heart dapat diteruskan dan ramai badan yang boleh bekerjasama dengan mereka bagi membantu golongan yang susah
Jom baca entri terkini Kisahsidairy …Sedap ke Nescafe Rose Latte edisi terhad tu?
Terima kasih diatas perkongsian tentang info ini, saya akan sharekan info ini pada yang lain. diharap yang lain dapa memberi bantuan juga nanti. InsyaAllah
Jom baca entri terkini Bonde Zaidalifah …GAMBAR KONVO DARI SERAMIK DAN KANVAS TEMPAH DI PRINTCIOUS.COM
Satu usaha yang bagus dan juga yang murni kena banyak lagi badan koperat dan juga kaya raya kat luar sana menyumbang dalam keadaan ekonomi makin teruk dan makin tak mampu untuk mereka yang bergaji rendah ni hidup terutama kat bandar… Kita pun yang ada kerja ni rasa kadang-kadang sesak juga wakakakak..
Jom baca entri terkini Mahamahu …Buat Pecinta Daging Sizzling Combos Kembali Di NY Steak Shack
Alhamdulillah masih ada program-program bantuan macam ni. Yelah sekarang ni harga-harga barang pun dah mahal dan harga kos sara hidup meningkat. Harap program-program macam ini diteruskan dan membantu lebih ramai lagi orang diluar sana yang memerlukan
Bagus kan MVM ni, saya suka ikuti instagram mereka. Sangat aktif dan dari situ kita tahu apa mereka sedang buat. So, ruby tau la ramai yang masih memerlukan bantuan. Terus derma. InsyaAllah dipermudahkan. Moga banyak pahala Allah s.w.t berikan untuk team MVM.
Jom baca entri terkini Ruby …Lactacyd Love Your V
Memang bagus ada program dn kempen sebegini bagi membantu mereka yg kurang berkemampuan. Dlm ekonomi yg sdg gawat mcm ni..harap ramailah lagi volenteer yg membuat kerja2 amal sebegini
Bagus program seperti ini. Dapat bantu golongan yang susah. Dan lagi bagus sebab ade kemahiran semua tu. Dapat la diaorang beljar kan. Dari beljr, dapat buat duit tambah pendapatan
Jom baca entri terkini Nadia johari …BERSERONOK DI FUTURE LAND FUN ZONE SUNWAY PYRAMID
Wah tahniah pure heart kerana berjaya kajadi antara 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia. Semoga usaha murni ni dapat diteruskan.
Bgus ada NGO sebegini yg mbantu asnaf. Kdg2 ada keciciran & tlepas pndg asnaf2 di kota metropolitan
Tahniah Muslim Volunteer malaysia atas program sebegini. Semoga membuka mata lebih ramai dermawan di luar sana utk membantu yg lebih memerlukan.
Jom baca entri terkini Julia Mahir …Terlioq Pasta Sandwiches, Kompleks Desiran Tanjung, Tanjung Tokong, Penang
Tahniah buat semua terlibat…
Moga program ini meringankan beban kepada mereka yang memerlukan..
alhamdulillah.
ni usaha / inisiatif yg sgt bagus. perlu berbykkan program camni la di seluruh negara.
agar kita bentuk masyarakat yg prihatin tau.
lelebih kat bandar besar. org susah tu mcm kita tak nampak dek kesibukan persekitaran.
Rawlins kagum dengan usaha anak belia sebegini. Moga dipermudahkan urusan mereka semua membantu yang memerlukan dan moga yang membantu juga dimurahkan rezki.
Jom baca entri terkini Rawlins GLAM …The Prodigy [Movie Review]
Semalam emi ada terbaca pasal pure heart ni. Before ni langsung tak tahu kewujudan pure heart. Tp bagus la ada inisiatif macam ni.
Memang bagus kempen ni. Its a good initiative to help the needy and underprivileged. Always be grateful of what we have and dont forget those who is still in need and struggling to survive.
Jom baca entri terkini Sunshine Kelly …Tighten Your Pores with SKIN1004 Zombie Pack Mask Review
Bagusnya ada pertubuhan macam ni.
Yang penting segala bantuan dapat disalurkan pada tempat yang betul.
Mereka yang susah dapat dibantu..
Terima kasih atas informasinya.
Jom baca entri terkini Zivin Maulana …Ini Cara Mеngurаngі Aѕuраn Gulа Pada Anak уаng Gеmаr Camilan Mаnіѕ
Kerja mengamal ni mmg banyak membantu masyarakat yang memerlukan. Harap dapat menyambung aktiviti mengamal yg seperti ini. Terima kasih.
Jom baca entri terkini Wui Kathy …BER-FABULOUS This International Women’s Day To Win A Car From Guardian Malaysia!
komen pun bukti masih ada yang sayang pada blogger tersebut
Jom baca entri terkini rujukan …Status Video YouTube Dari Limited Jadi Monetized
program macam ni kena banyakkan lagi di semua negeri. smeoga dengan usaha yang sedikit dapat membantu lebih ramai lagi orang yang memerlukan, aaminn
Jom baca entri terkini KakNa …Nak Join Team JDT Blogger
Assalamualaikym CT….mmg bagus kalau.dot join kan…
Jom baca entri terkini maszull …MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
terbaek 🙂
Tahniah sbb ada NGO sebegini yg membantu asnaf.