Resepi Aiskrim Malaysia Viral Ala Magnum Cara Mudah

Resepi Aiskrim Malaysia Viral Ala Magnum | Assalamualaikum dan salam ceria.. Ciktom ni memang hantu aiskrim sejak dari dulu. Suka betul cuba macam- macam resepi aiskrim. Seronok tau, siap boleh makan sepuas hati. Kalau beli aiskrim makan sorang okay la. Kalau ramai ampun memang tak cukup sebekas. hehe…

Sebelum ni hebat viral aiskrim malaysia ala magnum ni. Memang evergreen la aiskrim malaysia ni dari kecik sampai sekarang dah mak orang. Yang beza aiskrim malaysia ni dah upgrade kepada pelbagai perisa lebih menarik dan moden.

Resepi Aiskrim Malaysia Viral Ala Magnum Cara Mudah

Jadi ciktom tertarik nak cuba buat aiskrim malaysia versi magnum ni cuma sayang keadaan peti ais sejuk beku tidak mengizinkan hajat ciktom nak buat aiskrim malaysia magnum ni. So, alang- alang ciktom share dulu resepi ini dalam blog untuk senang nak rujuk lain kali.

Antara homemade aiskrim yang ciktom pernah buat sebelum ni;

Bahan- bahan Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum
Bahan- bahan Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum

Bahan- bahan Aiskrim Malaysia Ala Magnum:

2 cawan whipping krim (dairy)
*kalau guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih, tapi nak guna susu cair/ susu fullcream pun boleh je
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil ovelatte
Sedikit esen vanila

Cara- cara Membuat Aiskrim Malaysia Ala Magnum:

Cara Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum
Cara Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum

1. Mula- mula campurkan kesemua bahan mix atau blender hingga kembang gebu (boleh pakai blender juga). Korang mix atau blender sehingga adunan kembang 2 kali ganda.
2. 350gm coklat masakan atau dark chocolate apa- apa brand pun boleh je.
3. Double boilkan hingga cair. Bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan. Agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat
5. Tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6jam atau semalaman.

Resepi Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum
Resepi Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum

Tips tambahan

#1- Salutan coklat tu tak perlu mengeras, kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim.
#2- Nak lagi senang buat pendek- pendek je. Dalam contoh ni, dah potong sikit plastik aiskrim tu.
adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je
#3- Coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah2 tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah.

Kredit resepi: Siti Zubaidah Mohd Ruslan
Hasil Aiskrim Malaysia Ala Magnum
Hasil Aiskrim Malaysia Ala Magnum

Jomlah sama- sama cuba buat Aiskrim Malaysia ala Magnum. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

4 thoughts on “Resepi Aiskrim Malaysia Viral Ala Magnum Cara Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!