Kenapa Simpan Emas Lebih Menguntungkan?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Persoalan kenapa simpan emas lebih menguntungkan? Bagi cik tom untuk tahu adakah ia menguntungkan bergantung kepada nawaitu asal kita simpan emas. Plan cik tom simpan emas dengan matlamat jangka panjang untuk beli rumah dan juga as long term backup. Dalam 6 bulan sekali, cik tom akan ambil 10% dari saving untuk tukarkan kepada barang kemas. Alhamdulillah berjaya konsisten dari tahun lepas beli rantai tangan bebola dan pertengahan tahun beli loket.
Bagi cik tom Wang Simpanan Banyak Tetapi Hanya Sekadar Simpanan agak merugikan lebih2 lagi kalau sekadar simpan di bank untuk tempoh jangka masa yang panjang sehingga tercapai matlamat yang diidamkan. Emas perhiasan ini bagus untuk dijadikan medium simpan lebihan aliran tunai iaitu wang kertas kepada bentuk aset emas perhiasan. Tapi bukan semua aliran tunai ditukarkan kepada emas perhiasan hanya 1/4 sahaja daripadanya. Selebihnya masih disimpan dalam bentuk aliran tunai di bank kerana semua sedia maklum yang segala urusan jual beli di Malaysia masih menggunakan wang kertas dan syilling. Cik tom lihat emas sebagai satu alternatif untuk memaksimakan nilai aset.
Sehari sebelum raya haji, cik tom keluarkan duit dari saving untuk beli rantai tangan emas. Lepas survey 3,4 buah kedai emas, cik tom buat keputusan untuk beli rantai tangan emas 916 design kelisa berat 17 gram. Lepas dah potong ikut saiz tangan cik tom, rantai tangan tue jadi berat 15.31 gram. Kira oklah masih dalam lingkungan budget cik tom.
Kenapa Simpan Emas Lebih Menguntungkan?
2 hari sebelum plan nak pergi beli emas tue pulak rantai tangan Love 916 cik tom pakai terputus. Ish macam tau2 je tuan dia nak beli yang baru. Merajuklah tue. huhu.. Cik tom ada tanya kat tokei emas berapa dia amik kalau nak jual rantai tangan tue. Lepas timbang di bagitahu amik dalam RM1950. Tapi cik tom tak tengok pula beratnya masa dia timbang+malas nak tanya lebih2 sebab tanya saje2 je nak tengok market. Rantai tangan tue hadiah dari emak dalam 8-10 tahun lepas. Emak bagitau masa beli harga RM500 je. Harganya naik hampir 4x ganda!! Agak2 kalau simpan duit je dalam bank RM500+dividen ada dapat total 4x ganda duit tue bertambah ke??
Selagi ada peluang beli emas dan simpan selagi takde urgent nak guna. Nilai emas makin lama makin naik. Sedangkan simpan duit nilainya tak menentu+ mengalami kadar inflasi. Fikir apa simpanan yang kita perlu ada untuk masa depan diri dan juga keluarga kita. Mungkin sekarang kita masih OK tapi 5 tahun akan datang boleh ke kita expect apa yang akan terjadi??
Memang ada yang cakap kalau nak jual beli emas ini kena tahu tentang harga spread a.k.a susut nilai. Kalau harga spread tinggi maka rugilah kalau beli emasnya. Apa itu harga spread?? Harga Spread adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) berbanding harga jualan (WE BUY). Harga Spread yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut.
Formula untuk kira harga spread;
Harga Spread = Harga Belian – Harga Jualan.
Kebiasaan emas perhiasan mengalami peratusan susut nilai yang amat tinggi di antara 25 – 35% berbanding dengan jongkong/ dinar emas. Ramai berpendapat emas jongkong lebih sesuai dan menguntungkan untuk dijadikan pelaburan dan simpanan. Pendapat cik tom emas perhiasan lebih menguntungkan jika betul teknik membeli emas perhiasan.
Selain itu, emas perhiasan mudah dipajak dimana-mana (sebaiknya guna sistem gadaian ISLAM) berbanding jongkong emas yang hanya boleh digadai di pajak gadai yang terpilih sahaja.
BERINGAT dalam sibuk+ seronok kumpul emas tue jangan lupa kewajipan kita sebagai umat Islam untuk bayar ZAKAT. Zakat untuk emas jongkong/ dinar emas akan dikenakan jika melebihi 85 gram manakala zakat emas perhiasan yang dipakai dikenakan jika melebihi 850 gram (untuk maklumat lanjut mengenai zakat: Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam).
Antara artikel-artikel lain dalam kategori emas yang pernah cik tom kongsi di blog ini;
1. Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas Jongkong
2. Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa Depan
3. Fakta dan Cara Nak Kenal Emas
4. Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam
5. Motivasi Diri Dengan Hadiah Untuk Diri Sendiri
6. Emas Perhiasan Sebagai Simpanan Masa Depan Bukan Pelaburan Emas
7. Panduan Analisis Teknikal Emas dan Perak versi PREMIUM
8. Jangan Melabur Emas dan Perak Sebelum…
9. Tips Membeli Emas Perhiasan a.k.a Barang Kemas
10. Termimpi- mimpi Jongkong Perak
11. Pelaburan Emas dan Perak
Kalau modal kecil, kita boleh beli emas secara kecil-kecilan dengan bermula 1 gram setiap bulan. InsyaAllah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Sharing is caring
Salam..
pelaburan emas adalah yang terbaik
tapi berhati-hati juga, byk yang cuba
menipu sekarang ni 🙂
wslm..aah mmg kn bhati2 sbb emas bukannya murah..so mmg ramai yg suka amik peluang utk menipu..
btul tu..kene dptkan byk info sblm mula melabur
kalau salah info boleh rugi pelaburan..
memang menguntungkan menyimpan emas ni, tidak susut nilainya sampai bila-bila..
harga emas pun ada turun naik juga..
kalau lihat sepanjang tahun mmg harga emas ada turun naik..tapi untuk long term mmg emas sentiasa naik harganya..
boleh mula beli emas sikit demi sedikit!
Naik turun harga memang lumrah. Tapi apa yang pasti, emas akan ada nilai sampai bila2… 🙂
yup betul tue..hee
emas mmg bgs buat pelaburan…
bygkan emas lama boleh jual lebih tinggi drpd belian… mesti byk untung kan?
jgn lupa byr zakat emas… hehehe
kl jual emas lama mmg byk untung..yup yg pntg jgn lupa tuntutan zakat..
emas. memang sangat berharga. dari zaman nabi sampailah ke hari ini.
cikgu pun buat pelaburan emas k?
memang pelaburan terbaik sbb hrga dia x pernah turun 🙂
betul tue auc..
4 kali ganda tu memang banyak. Kalau rantai emas mungkin dapat berkali ganda. Tapi cincin berlian tu takdapat untung sangat. Beli RM4k..tolak dekat kedai emas dapat RM1k je..Sebab design tu yang mahal..huhuhuh
aah kalau mana emas perhiasan yang ada berlian mmg masa beli mahal 1 sbb upah pastu harga berlian tu pulak..tp bila nak jual blk murah sbb dah tak tolak xkira harga upah n biasa setiap satu berlian tue akan dikira n ditolak harga dari total berat emas yg kita nak jual..so advice blh refer entry cik tom tips nak optimakan keuntungan beli emas perhiasan..
cik tom… dkna orang klate dan tak dinafikan kami memang suka pakai emas :p
nak tanya ciktom, ada yang cakap emas putih susut harga bila nak dijual balik..dkna tak tau sejauh mana kepastian kata2 tu..dkna ada satu cincin emas putih, tahun lepas dkna beli harganya memang mahal..nak beli rantai emas putih tapi bila dengar cakap orang harganya jatuh jd terpaksa abaikan niat tu :p
aah org klate mmg suka pakai brg kemas…nmpk besar2 plk tue..kayoo!
yup kalau beli emas putih mmg valuenya lagi tinggi dari emas kuning..but once dah beli bila kita nak jual harganya drop sampai separuh harga..means once dah beli valuenya dah jatuh..utk long term lg bagus beli emas kuning..ciktom pun ada 1 cincin emas putih..
emas sangat membantu utk masa hadapan
mmg bagus sebagai backup 4 long term.
Bagus simpanan emas nio yea.Boleh cuba ni. Jon join segmen saya akak 🙂
jom beli emas..hee..ok nanti sy terjah ye
untung ciktom sebab lama kelamaan emas akan meningkat harganya..
mmg beli plan utk jangka masa lagi 10tahun..
yup pelaburan emas mmg menguntungkan…begitu juga dgn pelaburan rumah kan…:)
pelaburan rumah lagi untung!kenaikan 100% setiap tahun..
memang berminat pelaburan emas tapi lum ada modal
nanti ada modal boleh mulakan..insyaAllah..
ingin juga nak buat pelaburan kalau keadaan mengizinkan
insyaAllah ada peluang..
Beli emas perhiasan pun okay juga selain dinar atau jongkong. Bagi wanita bling-bling dengan kilauan emas tersebut. 🙂
sbb tue ciktom lg prefer emas perhiasan sbb bling2..hehe..kl dinar o jongkong xblh pakai..kena simpan je..
memang elok buat pelaburan emas nie..insyaAllah rezeki makin bertambah2 lagi dengan emas..
harap camtulah..dalam Islam pun galakkan guna emas..
simpan emas memang bagus sbab harga emas semakin hari semakin naik. dulu saya pernah kerja kedai emas harga baru rm50 lebih 1g tapi sekarang dah nak mencecah rm200 1g…
aah emak cik tom pun pernah cerita dulu harga emas murah je tak sampai pun RM100.. skang dah mencecah Rm200 pergram bagi emas 916..insyaAllah akan makin meningkat naik..
emas dan perak adalah satu pelaburan bijak yang sangat2 menguntungkan.. harga akan terus meningkat dan meningkat.. jadi, jangan was2 utk melabur dalam emas dan perak..
yup..pelaburan emas dan perak mmg bagus untuk long term 🙂
Kalau org perempuan rasanya better beli perhiasan dari jongkong kot 😀 Lagipun kalau sesak nak guna duit, lebih senang gunakan perhiasan utk gadaian dari jongkong provided ia tidak banyak bahan lain yang dicampurka bersama utk buat cangkuk dsb. Simpan emas better dari duit sebab nilai nya sentiasa menaik. In fact, the last 10 years, harganya naik lebih 50%. Another thing, bila kita simpan emas dari duit, keberangkalian untuk berboros kurang sebab kecairan emas kurang berbanding duit. Cuma kalau dah terlalu banyak emas, seram sejuk lak kalu di simpan di rumah 😀
setuju dgn pndpt DLSL…cuma kl terlampau byk tu lebih baik simpan dalam bank..
saya sebagai orang lelaki beli emas untuk isteri.
saya beli dengan public gold. mmg ada untungnya..
wah happy la wife dpt emas dr hubby..heehe
betoi tuh cik tom.. sy setuju bangat.. disamping menyimpan leh gak kita melawa.. hihihihi
perempuan mmg xlarik dr sifat suka melawa..hehee
Mmg untung tu dari rm500 naik RM2000. Kalau simpan kat bank, confirm habis digunakan…Seumur hidup saya tak pernah beli barangan emas nie. Risau juga nak beli takut kena tipu.. satu lagi risau plak simpan kat rumah, nanti kena rompak…
hehe..beli emas kat kedai yang establish…insyaAllah xkena tipu..kalau takut kena rompak simpan dlm bank..
kawan-kawan saya dan orang rumah sendiri pun banyak bercerita pasal emas ni, terutama dari GSR. Saya pula hanya diam. Tidak tahu pasal pelaburan emas. Oh!
hehe..iwani tau bab gadget je kot..xpe nanti blh tmbh info psl emas..hee
andai masa itu boleh diundur ..sudah pasti ramai yg borong emas pada masa yg lalu..kan.
oh..ya.. masa juga emas kan
masa tue xramai ada kesedaran sgt..hee
terima kasih dengan backlink nya ciktom, tapi kenapa ciktom simpan emas dlm bentuk barang kemas, kenapa tidak membeli emas dalam bentuk bar, ini kerana barang kemas sudah dimasukkan sekali harga kos upah pekerja utk design emas, jadi spread harga jualan balik agak lambat untuk untung bagi mengatasi harga belian awal, sekadar pandangan saya, tapi apa pun tindakkan ciktom tetap terbaik kerana ciktom “menyimpan” dan bukan “membazir”, hehehe
ciktom dh beli brg kemas dgn min harga upah n emas yg dibeli pun dh tawaran murah dr harga stadard fgjm..so spread jualan xjauh beza sgt kl ciktom nak jual blk..hehe..
wahhh menarik nih..semoga ciktom dimurahkan rezeki selalu..aminnn…
smoga hafizul pn sm dimurahkan rezeki..amin..tq hafizul..
sama-sama cik tom..doakan sy agar meendapat klik yang banyak yer untuk contest iphone 5 tu,..hehe
insyaAllah..amin..
saya pun kumpul emas jugak, dalam bentuk jongkong la tapi 🙂
bagus2..ciktom lagi suka barang kemas sbb boleh pakai..pastu simpan utk long term..kl jongkong takut xsbr2 plk ciktom nak jual nanti..hee
Saya dah search mengenai topic nie… dan setakat pencarian saya.
.. karya awak antara yang terbaik.. teruskan berkarya.
.. dari peminat blog awak… 🙂
harga emas public gold http://www.publicgold.com.my/referral/PG025002/258271 atau call 019 5189722